Dah Lah Kek Dari Polisterin, Ini Yang Buat Pengantin Ketika Majlis Perkahwinan Berlangsung.

LUAR NEGARA

Korang boleh imagine tak hari bahagia korang jadi disaster! Korang dah bayar berbelas-belas ribu untuk pastikan majlis perkahwinan meriah dan berjalan lancar tapi sebaliknya yang berlaku.

Inilah hakikat yang perlu diterima bila korang salah pilih perancang perkahwinan ataupun dapat caterer yang buat taik. Kisah malang ni terjadi kepada satu pasangan di Filipina baru-baru ini.

Menurut dailymail, Shine Tamayo (26 tahun) dan pasangannya Jhon Chen (40 tahun) telah membelanjakan wang sebanyak 140,000 peso iaitu kira-kira RM11,000 kepada seorang perancang perkahwinan.

Shine dan Jhon…

Bayaran tu meliputi penyediaan makanan dan dekorasi bagi majlis resepsi pasangan tersebut yang diadakan di Pasig, Filipina. Nak dijadikan cerita, selepas selesai upacara di gereja pasangan tersebut dibawa ke satu hotel di Bandar Pasig bagi majlis resepsi mereka.

Malangnya disinilah bermula mimpi ngeri pasangan tersebut apabila setibanya mereka di hotel itu, mereka dapati tiada langsung makanan yang disediakan kepada tetamu..what theeee heckkk!!

Disebabkan majlis sedang berlangsung maka Shine dan Jhon sendiri pergi ke restoran berhampiran hotel tersebut untuk membeli mee, nasi dan lauk-lauk untuk dihidangkan kepada tetamu, selain air blackcurrant..aduhhh orang yang diraikan pulak yang kena.

Mee dan nasi putih.

Air blackcurrant.

Bila dah selesai je isu makanan, pasangan pengantin yang keletihan tu kembali bagi meneruskan majlis resepsi tersebut, namun apa yang berlaku seterusnya lebih mengejutkan!

Shine dan pasangannya baru je nak memotong kek perkahwinan tapi kek 2 tingkat itu tak boleh dipotong. Rupa-rupanya tingkat bawah kek berkenaan hanyalah polisterin yang disadur dengan aising..astaghfirullah aniaya ni..

Kek 2 tingkat PALSU

Kek POLISTERIN sadur aising je..

Apa lagi, menangis lah pengantin perempuan tersebut sambil menutup wajahnya kerana berasa sangat malu di hadapan keluarga dan kawan-kawan. “Saya tidak pernah berasa sangat malu seperti ini seumur hidup saya.

“Ia sepatutnya menjadi memori indah, tapi sebaliknya yang berlaku,” Difahamkan Shine menjadi tidak tentu arah, so tetamu yang hadir ambil keputusan membawa dia dan caterer tersebut ke balai polis berdekatan.

Siap bawak kek sebagai bukti!

Shine berkata wanita yang dia dan suaminya upah untuk menyediakan makanan telah merosakkan majlis perkahwinannya.

“Dia penipu. Dia selalu meminta wang dan saya sentiasa memberikan apa yang dia perlukan kerana saya mahu majlis perkahwinan saya sempurna.

“Saya tidak akan terima permohonan maaf daripadanya, ia tidak mencukupi. Dia patut dipenjarakan. “Hanya kek di bahagian atas yang boleh dimakan.”

Untuk pengetahuan korang, pegawai Polis Pasig City mengesahkan caterer tu, iaitu Krissa Cananea telah ditangkap keranan disyaki melakukan penipuan..padan muka, aishh bengang plak admin.

Seorang jurucakap memaklumkan yang siasatan ke atas perkahwinan tersebut sedang dijalankan dan pengantin perempuan kelihatan sangat tertekan. “Kami mengesahkan bahawa sejumlah besar wang telah dibayar untuk perkhidmatan yang tidak dilaksanakan dengan sewajarnya.

“Pembekal, Cik Krissa Cananea, telah disoal siasat dan kami berhasrat untuk membawa kes itu ke mahkamah.” Kalau la admin kena, admin sumbat mulut caterer tu dengan polisterin kek tu then baru bagi polis…ishh panas weh!!

INSPIRASI
Dia Ditertawakan Jiran Kerana Pasang Pagar Air Di Rumah, Tapi Setelah Melihat Hasilnya Ramai Jiran Yang Menyesal.

Pada bulan Jun lepas, bandar Texas Amerika syarikat mengalami hujan yang lebat dan berpanjangan. Penduduk setempat merasa bimbang dengan hal tersebut. Mereka bimbang b@njir akan melanda bandar tersebut dan menengg@lami semua rumah. Kerana bimbang akan hal itu, salah seorang penduduk disana mendapat sebuah idea yang cukup unik. Lelaki tersebut akan …

VIRAL
[Video] Kata-kata Padu Rambo Kepada McGregor Ini Membuatkan Peminat Khabib Tersenyum..

  [Video] Kata-kata Padu Rambo Kepada McGregor Ini Membuatkan Peminat Khabib Tersenyum..     BINTANG Hollywood, Sylvester Stallone berkata bekas juara featherweight dan lightweight UFC Conor McGregor berada di persimpangan jalan kariernya.   Selepas atlet digelar ‘The Notorious’ itu disaman kerana memecahkan telefon bimbit seorang peminatnya di luar kelab malam …

LUAR NEGARA
Keluarga Ini Berjalan Menggunakan Kaki Dan Tangan, Setelah Diselidik Siapa Sangka Ini Sebabnya..

  Keluarga Ini Berjalan Menggunakan Kaki Dan Tangan, Setelah Diselidik Siapa Sangka Ini Sebabnya..   Sewajarnya, manusia berjalan dengan dua kaki atau disebut dengan istilah bipedal. Namun, ternyata ada sebuah keluarga di Turki yang semua anggotanya berjalan dengan tangan dan kaki ataupun dengan kata lain merangkak.   Penemuan di tahun …