Tragedi Tahfiz 2 Orang bakal ke TALI GANTUNG?

BERITA

Susulan daripada kes bakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Datuk Keramat, dua daripada tujuh orang suspek kes ini didakwa di Mahkamah Majistret semalam di atas tuduhan membunuh 23 pelajar dan guru pusat tahfiz tersebut.

Kedua-dua pesalah yang berusia 16 tahun itu hanya mampu menerima pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes ini adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua tertuduh ini tidak diwakili oleh peguam dan boleh disabitkan  hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan gantung sampai mati.

BAKAR PUSAT TAHFIZ SUSPEK BAKAL KE TALI GANDUNG

Pendakwaan ini dijalankan pada jam 11.30 pagi semalam dan merupakan prosiding tertutup kerana kedua-dua yang tertuduh adalah di bawah umur.

Semua pihak termasuk keluarga, pihak media dan juga orang awam diarahkan keluar dari kamar mahkamah dan tidak dibenarkan untuk mendengar pertuduhan ketika ianya dibacakan terhadap tertuduh.

Sumber: Amazingnara

Sementara itu menurut Laporan Berita Awani

KUALA LUMPUR: Dua daripada tujuh suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI), Kampung Datuk Keramat, 14 September lalu, dituduh dengan 23 pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pertuduhan terhadap kedua-dua suspek berusia 16 tahun itu dibaca di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua suspek bersama-sama pada 14 September, 2017 di antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, dengan niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap 23 mangsa di DQI.

Prosiding kes itu yang berlangsung dari 12.05 tengah hari sehingga 12.25 tengah hari dijalankan di Mahkamah Majistret 7 secara tertutup kerana ia melibatkan kes juvana di mana hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada di bilik bicara.

BAKAR PUSAT TAHFIZ SUSPEK BAKAL KE TALI GANDUNG

Pendakwaan kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah dan dua Timbalan Pendakwa Raya iaitu Mohd Nordin Ismail serta Nurakmal Farhan Aziz, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Kesemua tujuh suspek tamat tempoh reman hari ini selepas direman selama 13 hari bermula 16 September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh sebelum ini dilaporkan berkata, enam daripada tujuh suspek itu didapati positif dadah jenis ganja dan dipercayai khayal ketika memulakan kebakaran itu, manakala dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau iaitu gaduh dan curi.

Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat ejek-mengejek di antara suspek dengan segelintir penghuni asrama tahfiz itu yang bermula beberapa hari sebelum kejadian.

Seramai 21 pelajar lelaki berusia 6 hingga 17 tahun serta dua tenaga pengajar berusia 25 dan 26 tahun terkorban dalam kebakaran jam 5.15 pagi, 14 September lalu.

Tujuh mangsa termasuk enam pelajar pusat tahfiz itu turut cedera dalam tragedi berkenaan.

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KINI TRENDING
7 Rahsia Kecilkan Perut, Peha & Punggung. Semua Dalam 2 Minggu!

Kegemukan dan lemak lelaki terletak pada perut. Bila nampak ‘boroi’, maka selalunya kita kata dia gemuk. Sebaliknya, lemak perempuan tidak terkumpul di perut tetapi di paha. Oleh kerana itu, ada orang perempuan yang nampak kurus di muka, tapi sebenar masih mengalami masalah berat badan berlebihan. Maka inilah yang paling mereka …

KINI TRENDING
6 Perkara Encik Suami Tak Tahu Tentang Ibu Yang Bekerja Dari Rumah

“Kerja dari rumah bukannya susah mana. Tak payah nak bersiap, boleh buat di mana-mana. Sambil jaga anak pun tak ada masalah.” Inilah antara pendapat suami ataupun sesiapa pun yang belum pernah memerhatikan aktiviti ibu yang menjalankan kerja dari rumah. Tidak dinafikan, pelbagai keistimewaan dan kelebihan mereka yang tidak perlu ke …

KINI TRENDING
11 Perkara Yang Dilakukan Oleh Orang Berjaya Sebelum Usia 30 Tahun

Secara umumnya, usia 20an adalah amat kritikal dan mencabar. Ini kerana, menurut ahli psikologi, wanita sedang dalam memasuki fasa terawal dalam kareer seseorang. Dalam usia ini juga, ramai yang sedang disibukkan dengan persediaan menjejaki alam rumahtangga dan sebagainya. Oleh itu, perasaan insecurity atau ketidakstabilan adalah sesuatu yang sinonim dengan usia …