Tindakan Ibu Seret Anak Autisme Terima Kecaman, Namun Ini Sebenarnya Berlaku…

KINI TRENDING

Penyakit autisme kini sudah diketahui ramai. Rata-ratanya peka akan tingkah laku anak-anak istimewa ini dan pastinya akan dilayan baik oleh ibu bapa mereka mahupun orang awam. Berbeza pula situasinya yang berlaku di Liverpool, di mana seorang wanita telah mengheret anak istimewanya ketika berjalan di luarBiar betul?

Menurut Malaysian Digest, sebuah video berjaya dirakam oleh orang awam, menunjukkan seorang wanita telah mengheret anaknya yang berusia 4 tahun menggunakan tali ketika berjalan di luar. Video tersebut tular di media sosial dan netizen telah menyifatkan bahawa tindakan wanita itu seperti seorang ibu yang tidak berperikemanusiaan.

Sumber: Malaysian Digest

Wanita itu ‘sentap’ dengan komen negatif dari netizen yang rata-ratanya mengecam perbuatannya itu, lalu menjelaskan keadaan sebenar.

“Anak saya ada sakit autisme. Dia yang ‘campak’ badan dia supaya diheret”

“Apa yang awak semua nampak di dalam video tersebut adalah hanya satu-satunya cara untuk gerakkan dia”

Wanita yang berumur 31 tahun itu menjelaskan bahawa situasi ini adalah normal baginya. Memang sudah menjadi kebiasaan, anaknya akan terbaring begitu sekiranya ingin berjalan.

Gambar hiasan

“Orang ramai patutnya tanya dulu, kenapa saya buat macam tu. Bukan main tuduh je”

“Hanya orang yang memang kenal saya je tahu macam mana saya melayan dia”

Tambahnya lagi, dia amat jarang sekali keluar rumah hanya kerana anak istimewa nya itu.

“Masa tu saya berjalan dan tiba- tiba ternampak budak ni terjatuh ketika berjalan. Ibu nya nampak yang dia terjatuh, tetapi tidak diendahkan,” Joe Cain, saksi.

“Sejujurnya, saya nampak budak tu okay je. Seolah- olah memang biasa dengan keadaan dia macam tu. Orang ramai yang buatkan keadaan tu nampak teruk,” tambahnya lagi.

Betul, jangan sesuka hati buat andaian sendiri. Cuma orang yang ada anak autisme je faham situasi ini..

sumber lobak merah

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFORMASI
10 Perairan Yang Paling Berbahaya Di Dunia. Yang Last Tu Paling Ngeri !!

Bercuti di kawasan perairan, tidak kisahlah sama ada ianya tasik atau pun lautan pastinya sangat menyeronokkan. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa bukanlah semua kawasan perairan itu selamat untuk dikunjungi, seperti mana yang kami senaraikan di bawah ini: 10. Great Blue Hole, Belize Kejadian air pasang dan surut membuatkan fenomena …

INFORMASI
Pernahkah Kucing Datangi Anda ketika Makan, Ini 3 TANDANYA Anda Patut Tahu.. Sila Baca & Sebarkan.

KUCING merupakan salah satu hewan yang dicintai oleh Rasulullah ﷺ. Tetapi, tak banyak orang menyukai hewan ini. Salah satu alasannya karena rasa takut atau memang punya pengalaman buruk mengenai hewan ini. Hanya saja, hewan ini banyak ditemui di mana-mana. Sehingga, cukup sulit bagi kita berpaling dari hewan ini. Seperti halnya …

KINI TRENDING
‘Tergamak Manusia Bunuh Anak Aku Dengan Kejam!’ (GAMBAR)

Sayu, gambar seekor kucing betina meratapi kematian anaknya dipercayai ditikam dan dibunuh dengan kejam oleh individu yang tidak berperikemanusiaan. Anak-anak kucing malang itu belum sempat lagi membuka mata untuk melihat dunia, dibunuh dengan kejam. Bangkai anak-anak kucing malang itu ditemui oleh seorang wanita warga tua yang juga telah menjaga kucing …