TERKINI: Amuk Di Festival Muzik Las Vegas Sekurang-Kurangnya 50 Orang Maut Dan 406 Cedera

BERITA

SEKURANG-KURANGNYA 50 orang maut dan 406 cedera selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan dari bilik hotel di tingkat 32 ke arah kira-kira 22,000 pengunjung festival muzik country di Las Vegas.

Jumlah kematian itu yang mungkin meningkat menjadikannya serangan tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), menjangkaui pembunuhan 49 orang di kelab malam di Orlando, tahun lalu.

Ribuan yang orang panik bertempiaran menyelamatkan diri termasuk saling merempuh dalam pada anggota keselamatan bergegas mengesan penyerang berkenaan.

Lelaki itu ditemui mati di dalam bilik hotelnya, dipercayai kerana membunuh diri.

Polis turut menemui sejumlah senapang di dalam bilik berkenaan.

Polis mengenal pasti penembak berkenaan sebagai penduduk tempatan, Stephen Paddock, 64, tetapi tidak menyatakan motifnya selain percaya dia bertindak sendirian tanpa sebarang kaitan dengan kumpulan militan, kata Syerif Daerah Clark, Joseph Lombardo.

Lombardo turut menafikan khabar angin mengenai kejadian tembakan lain atau letupan seperti bom kereta di kawasan itu.

Sehingga waktu Subuh (waktu tempatan), polis masih mencari orang yang bersembunyi ketika tembakan dilepaskan.

Sementara itu, Presiden Donald Trump mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Simpati dan takziah saya untuk keluarga mangsa tembakan yang dahsyat ini.

“Moga tuhan merahmati anda” katanya di Twitter.

Las Vegas adalah bandar peranginan utama terkenal dengan perjudian, beli-belah dan hiburan waktu malam, yang penuh dengan orang ramai ketika kejadian jam 10 malam (waktu tempatan) itu.

Kejadian tembakan berkenaan berlaku di luar Mandalay Bay Resort dan Kasino di Nevada pada malam terakhir festival tiga hari Route 91 Harvest, acara laris yang dihadiri ribuan orang serta menampilkan artis terkenal dalam muzik country.

Media Amerika Syarikat termasuk Fox News, melaporkan penyanyi Jason Aldean sedang melakukan persembahan ketika tembakan berlaku, tetapi sempat keluar dari pentas dengan selamat.

CNN melaporkan semua artis yang hadir pada acara itu juga selamat.

Sementara itu, Lombardo berkata, tembakan itu datang dari tingkat 32 Hotel Mandalay Bay, manakala penyerang berkenaan ditemui mati selepas biliknya diserbu polis.

Polis berkata, tiada maklumat yang menunjukkan motif tembakan.

Kejadian berkenaan sekali gus mengingatkan pada kejadian tembakan besar-besaran yang berlaku di konsert rock di Paris pada November 2015 yang mengorbankan 89 orang, sebahagian daripada beberapa siri serangan oleh kumpulan militan.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Christine berkata, dia dan suaminya membawa dua mangsa tembak ke dua hospital secara berasingan.

“Tembakan dilepaskan secara berterusan. Semua orang menjerit supaya kami semua lari,” katanya.

Keluarga suspek yang terkejut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Kami tidak tahu (apa-apa) dan sangat keliru serta terkejut,” kata abangnya Eric.

Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran yang terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan turut berkata di Twitter, ia terpaksa menghentikan penerbangan untuk seketika disebabkan kejadian berkenaan sebelum disambung semula beberapa jam kemudian.

 

Sumber

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KINI TRENDING
7 Rahsia Kecilkan Perut, Peha & Punggung. Semua Dalam 2 Minggu!

Kegemukan dan lemak lelaki terletak pada perut. Bila nampak ‘boroi’, maka selalunya kita kata dia gemuk. Sebaliknya, lemak perempuan tidak terkumpul di perut tetapi di paha. Oleh kerana itu, ada orang perempuan yang nampak kurus di muka, tapi sebenar masih mengalami masalah berat badan berlebihan. Maka inilah yang paling mereka …

KINI TRENDING
6 Perkara Encik Suami Tak Tahu Tentang Ibu Yang Bekerja Dari Rumah

“Kerja dari rumah bukannya susah mana. Tak payah nak bersiap, boleh buat di mana-mana. Sambil jaga anak pun tak ada masalah.” Inilah antara pendapat suami ataupun sesiapa pun yang belum pernah memerhatikan aktiviti ibu yang menjalankan kerja dari rumah. Tidak dinafikan, pelbagai keistimewaan dan kelebihan mereka yang tidak perlu ke …

KINI TRENDING
11 Perkara Yang Dilakukan Oleh Orang Berjaya Sebelum Usia 30 Tahun

Secara umumnya, usia 20an adalah amat kritikal dan mencabar. Ini kerana, menurut ahli psikologi, wanita sedang dalam memasuki fasa terawal dalam kareer seseorang. Dalam usia ini juga, ramai yang sedang disibukkan dengan persediaan menjejaki alam rumahtangga dan sebagainya. Oleh itu, perasaan insecurity atau ketidakstabilan adalah sesuatu yang sinonim dengan usia …