TERKINI!! 2 Lagi Anggota TLDM Dilapor Cedera.

KINI TRENDING

DUA lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan cedera di Bilik Tahanan Unit Sungai Wang, Sitiawan.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.

“Laporan polis dibuat hari ini dan polis sedang menjalankan siasatan sama ada insiden ini berlaku ketika di dalam bilik tahanan, ketika dikurung atau di luar.

“Kita juga akan menyiasat sekiranya ada lagi anggota TLDM terlibat dengan insiden seperti ini,” katanya

Beliau berkata, dua lagi anggota TLDM turut ditahan semalam dan direman bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Katanya, setakat ini jumlah tangkapan membabitkan kes berkenaan adalah lima orang.

“Kita dalam proses merakam percakapan mereka kerana terdapat kecederaan hampir sama pada mangsa yang kini berada di hospital.

“Siasatan forensik akan dijalankan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) yang dirampas. Pasukan polis Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak akan menjalankan siasatan lanjut,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menghadiri majlis itu.

Hasnan berkata, kedua-dua supek berusia 29 dan 37 tahun manakala kedua-dua mangsa berusia 30 tahun.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 325/506 kanun yang sama.

Dalam kejadian Jumaat lalu, dua anggota TLDM Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Bahaiqy Nik Mat, 28 dan Laskar Kelas 1, Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan.

Bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian dua anggota berkenaan berpunca akibat berlaku penderaan fizikal hingga mengakibatkan kecederaan dalaman.

 

Sumber

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BERITA
Tiba-Tiba Terdengar Anak Perempuan Menangis Dengan Kuat. Lihat Lelaki Pegang Tangan Anak.

Seorang lelaki warga Rohingya ditahan kerana dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, lapor China Press. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang semalam di sebuah pasar malam di Kuala Kangsar, Perak, ibu mangsa sedang sibuk berniaga sayur-sayurannya. Tiba-tiba terdengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat di …

INFORMASI
10 Perairan Yang Paling Berbahaya Di Dunia. Yang Last Tu Paling Ngeri !!

Bercuti di kawasan perairan, tidak kisahlah sama ada ianya tasik atau pun lautan pastinya sangat menyeronokkan. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa bukanlah semua kawasan perairan itu selamat untuk dikunjungi, seperti mana yang kami senaraikan di bawah ini: 10. Great Blue Hole, Belize Kejadian air pasang dan surut membuatkan fenomena …

INFORMASI
Pernahkah Kucing Datangi Anda ketika Makan, Ini 3 TANDANYA Anda Patut Tahu.. Sila Baca & Sebarkan.

KUCING merupakan salah satu hewan yang dicintai oleh Rasulullah ﷺ. Tetapi, tak banyak orang menyukai hewan ini. Salah satu alasannya karena rasa takut atau memang punya pengalaman buruk mengenai hewan ini. Hanya saja, hewan ini banyak ditemui di mana-mana. Sehingga, cukup sulit bagi kita berpaling dari hewan ini. Seperti halnya …