Ngeri… Kepala Remaja Ini Boleh Pusing 180 Darjah!

INFORMASI

SEPERTI sedia tahu, sememangnya banyak cerita superhero ditayangkan sekali gus mendedahkan kita kepada manusia berkebolehan luar biasa seperti Captain America, Hulk dan sebagainya.

Namun, semua itu hanyalah pendedahan dari segi fiksyen semata-mata dan bukan pun reality.

Tapi… tanpa kita sangka sebenarnya orang yang berkebolehan luar biasa ini memang wujud dalam dunia nyata.

Perkara ini lah yang berlaku kepada salah seorang remaja lelaki berusia 14 tahun apabila mempunyai kebolehan luar biasa iaitu boleh memutarkan kepalanya sehingga 180 darjah!

What?!! 180 darjah? Ish… Biar betul? Kita ni nak menghadap kawan dekat tepi pun dah sakit urat leher oi…

Remaja yang dikenali sebagai, Muhammad Sameer ini dikatakan mampu memutarkan kepalanya 180 darjah yakni kepalanya daripada depan dipusing ke belakang sekali gus ramai menggelar dirinya sebagai burung hantu.

Memetik sumber, remaja ini hanya menggunakan tangan untuk membuat lagak ngeri berkenaan.

Difahamkan, Sameer tidak menggunakan kebolehan itu untuk menakut-nakutkan orang sebaliknya menggunakan kebolehan itu sebaik-baiknya.

Di mana dengan membuat persembahan bersama kumpulan tarian, Dangerous Boys sebagai initiative menyara keluarga selepas bapanya sakit.

“Ketika kecil, saya sering melihat filem seram Hollywood dengan hantu memusing kepala untuk melihat ke belakang.

“Ia amat menarik. Sejak itu saya sering berlatih berbuat demikian dan selepas beberapa bulan, boleh memusing kepala saya sepenuhnya,” katanya yang berhasrat untuk berlakon dalam filem Hollywood suatu hari nanti.

Dalam pada itu, Sameer turut berkata ibu pernah menamparnya apabila melihat dia memusingkan kepala sedemikian ekoran risau anaknya itu cedera.

“Bagaimanapun, ibu kemudian sedar itu adalah kebolehan istimewa saya,” kata remaja berasal dari Karachi, Pakistan ini.

Sementara itu, ibunya, Rukhsana Khan berkata bapa Sameer yang dahulunya bekerja di kilang tekstil, terpaksa berhenti kerana sakit jantung.

Susulan perkara itu, Sameer dikatakan mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan menubuhkan kumpulan tarian yang terdiri daripada tujuh lagi remaja lain.

Lapor sumber, Dangerous Boys membuat persembahan di seluruh daerah Karachi. Bagi setiap persembahan Sameer akan menerima bayaran antara Rs600 (RM24) hingga Rs1,000 (RM40).

Ia turut membolehkan remaja ini mendapat lebih kurang RM665 dalam sebulan. – MYNEWSHUB.CC/Agensi/AM

Lihat Video Dibawah:

 

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VIRAL
Nenek Manih Berusia 78 tahun disahkan hamil setelah berkahwin dengan lelaki berusia 28 tahun

Nenek Manih pernah mengemparkan dunia apabila mengawini seorang pemuda berusia 28 tahun. Kini masyarakat digegarkan dengan khabar kehamilan seorang nenek berusia 78 tahun bernama Manih yang tersebar di media sosial beberapa hari kebelakang. Manih dikabarkan hamil oleh seorang pemuda bernama Ade Irawan yang berusia 28 tahun. Ade Irawan merupakan warga …

VIRAL
Lelaki Ini Mendengar Sesuatu Yang Mencurigakan Dari Tandas Masjid, Dia Memeriksanya Sambil Merakam Video

Usia tua tidak membataskan seseorang itu untuk melakukan apa sahaja baik baik ataupun jahat. Biasanya seseorang yang sudah memasuki usia emas sepatutnya memilih untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Dan sebagai orang tua pasti lebih mengerti bahawa masjid adalah tempat suci untuk melakukan ibadah dan harus dijaga dengan sebaiknya. Tetapi segalanya …

KINI TRENDING
Baru Pantang 4 Hari Suami Paksa Bersama Sampai Rahim Tersembur Keluar.

Perkahwinan itu nikmatnya terlalu indah… Tapi yang jadi bergolak antara sebabnya bila pasangan yang disangka baik & nak jaga kita rupanya terlalu kejam & baran. Sebab tu kita perlu memilih pasangan yang terbaik untuk diri. Ini kisahbenar tentang seorang suami yang terlalu kejam kepada isteri… Jadikan ia pengajaran… Dipaksa berpantang …