“Kau Hari-Hari Datang Lepak Sini, Sebab Perempuan (Pelayan) Ini Ke Ape?!” – GF Sound BF. (VIDEO)

KINI TRENDING

Viral di media sosial video seorang wanita memarahi lelaki yang dipercayai kekasihnya yang didakwa berlaku curang kerana seringkali datang ke kedai makan tersebut kerana mahu melihat pelayan perempuan yang diminati.

Bagaimanapun, lelaki itu menafikan dakwaan kekasihnya itu dan mengatakan dia hanya datang lepak bersama rakan-rakannya.

“Tengok handphone kau sekarang. Aku nak tengok handphone kau,” kata wanita itu sambil ditemani rakannya.

“Aku lepak sini, main game. (Awak) kenapa? Jangan bising-bising,” balas si lelaki.

“Sebab apa sebenarnya? Sebab perempuan? Kau datang sini sebab perempuan ke apa? Hari-hari nak lepak sini,” soal wanita itu.

“Kau nampak aku lepak dengan perempuan ke apa?” balas si lelaki berkenaan yang sudah mula hilang kesabaran.

“Manalah aku tahu,” kata kekasihnya lagi.

Tindakan dua pelayan kedai tersebut yang cuba meredakan ketegangan itu mengundang bala apabila wanita itu menuduh salah seorang dari mereka yang menjadi punca kekasihnya kerap datang melepak di situ.

Kedua-duanya saling bertengkar mulut sambil diperhatikan oleh beberapa pelanggan kedai itu yang merakam kejadian tersebut.

Namun tiba-tiba si lelaki itu pula meninggikan suara dan meminta mereka berhenti bertengkar. Berang dengan tindakannya itu, wanita berkenaan pula menjadi hairan mengapa kekasihnya cuba mempertahankan pelayan terbabit.

“Kau apsal? Kau nak back up dia ke apa?” soalnya.

“Tak. Datang sini buat bising, tak malu ke dengan orang,” balas si lelaki menyebabkan wanita itu terdiam dan berlalu pergi.

Tidak berakhir di situ, wanita itu kembali dan mengambil air minuman di meja kekasihnya lalu disimbah pada dua pelayan berkenaan.

“Bodoh sial,” kata si lelaki.

Sementara itu di media sosial, netizen berpendapat si lelaki terbabit tidak berguna kerana masih duduk tanpa cuba menenangkan kekasihnya itu.

“Itu contoh lelaki tak guna. Awek buat hal, boleh duduk lagi. Kalau kahwin, isteri buat hal begitu, tinggal isteri di situ juga. Jadi lelaki gentlemanlah brader. Bangun, angkut awek awak itu keluar, terus balik dan selesaikan sendiri di belakang. Selalu manusia kalau couple dia sayang, dah kahwin bertambah sayang. Kalau couple dah rimas, bila dah kahwin nanti lagi rimas,” kata Airull Skyflower.

“Kadang-kadang lelaki ini tak boleh bagi muka sangat. Mungkin ada orang beritahu girlfriend dia yang boyfriend dia melayan habis pelayan itu. Kemudian pelayan itu pun gedik semacam, memanglah girlfriend naik angin.

“Lain kali bawalah awek keluar. Kadang-kadang saya pun menyampah tengok pelayan gedik begini. Ambil order saja, jangan lebih-lebih. Bukan pelayan bar pun sampai ambil masa nak ambil order. Fikir perasaan orang lain kalau diri sendiri terkena begitu,” kata Tandu Siva L.

“Tengah shooting slot Akasia terbaru untuk TV3 ke? Tajuk apa? Please bagi tajuk yang lain dari lain. Contohnya, Suamiku Kayu, Isteriku Cemburu Tahap Dewa, Kekasihku Stokis Belacan, Kekasihku Suka Makan Ubi Kayu,” kata Tuan Haji Putra Gie.

Video:

https://youtu.be/MA2gks9kEnw

 

Sumber: Reporter

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VIRAL
Nenek Manih Berusia 78 tahun disahkan hamil setelah berkahwin dengan lelaki berusia 28 tahun

Nenek Manih pernah mengemparkan dunia apabila mengawini seorang pemuda berusia 28 tahun. Kini masyarakat digegarkan dengan khabar kehamilan seorang nenek berusia 78 tahun bernama Manih yang tersebar di media sosial beberapa hari kebelakang. Manih dikabarkan hamil oleh seorang pemuda bernama Ade Irawan yang berusia 28 tahun. Ade Irawan merupakan warga …

VIRAL
Lelaki Ini Mendengar Sesuatu Yang Mencurigakan Dari Tandas Masjid, Dia Memeriksanya Sambil Merakam Video

Usia tua tidak membataskan seseorang itu untuk melakukan apa sahaja baik baik ataupun jahat. Biasanya seseorang yang sudah memasuki usia emas sepatutnya memilih untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Dan sebagai orang tua pasti lebih mengerti bahawa masjid adalah tempat suci untuk melakukan ibadah dan harus dijaga dengan sebaiknya. Tetapi segalanya …

KINI TRENDING
Baru Pantang 4 Hari Suami Paksa Bersama Sampai Rahim Tersembur Keluar.

Perkahwinan itu nikmatnya terlalu indah… Tapi yang jadi bergolak antara sebabnya bila pasangan yang disangka baik & nak jaga kita rupanya terlalu kejam & baran. Sebab tu kita perlu memilih pasangan yang terbaik untuk diri. Ini kisahbenar tentang seorang suami yang terlalu kejam kepada isteri… Jadikan ia pengajaran… Dipaksa berpantang …