ni NAFKAH yang Sepatutnya Suami bagi Setiap Bulan, Kalau Isteri tak Halalkan , Suami Berdosa Besar..

INFORMASI

TURUTAN NAFKAH SUAMI

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Turutan nafkah adalah seperti berikut;

a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).

Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Related image
Gambar Hiasan

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.

2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan

Kredit: @keluargasihat.com

Sumber: Sahabat Mahkamah Syariah

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFORMASI
Inilah 6 Bandar Maksiat Yang Paling Terkenal Di Dunia. No 6 Paling Ramai Yang Nak Pergi!

Bagi sesetengah bandar yang ada di dunia, pesta seks, arak dan pelacuran sememangnya menjadi tumpuan pelancong yang datang berkunjung dari seluruh pelosok dunia semata-mata untuk berhibur. Berikut merupakan 6 buah bandar di dunia yang mempunyai reputasi yang terkenal dengan aktiviti maksiat sepanjang tahun. 1. PATTAYA, THAILAND – BANDAR SEKS Pattaya …

INFORMASI
Sila Ambik Tahu, Inilah 5 Perkara Buruk Akan Terjadi Bagi Yang Suka Menonton Tayangan Iucah.

Hasil kajian, seperti dilaporkan doktor Muhammad Anwar Irzan, ahli redaksi perubatan KlikDokter, ada lima kejadian pada otak saat melihat pornografi. Bagaiman itu? berikut ini: 1. Menyebabkan Neuron di Otak Laki-laki Neuron ini, yang terlibat dengan proses bagaimana manusia boleh meniru perilaku, mengandungi sistem motorik yang berhubung kait dengan fungsi luhur …

INFORMASI
Betul Ke Perempuan Sukakan Zakar Yang Besar Dan Panjang? Ini Kajianya

Dalam satu kajian sebanyak 67% wanita yang ditemubual tidak gembira dengan saiz zakar suami mereka. Jadi siapa kata wanita tidak ambil berat tentang saiz zakar pasangan? Jika anda hendak menambah kenikmatan dalam hubungan seks, ini adalah tips yang perlu anda tahu: besar & panjangkan zakar anda! Pertama sekali, saiz zakar …