Kisah Misteri “Bilik Terakhir” Penjara Pudu Yang Dirahsiakan Selama Ini Yang Ramai Tak Tahu.

INFORMASI

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja… Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan “BILIK TERAKHIR ” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

“Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ”
“Ahmad Albab yang punyaaaaaa” Ha Ha Ha Ha Ha “Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa … ”

Tahniah kerana minat membaca anda sangat mendalam..

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFORMASI
Fakta Menarik Tentang Orang Sabah Yang Anda Tidak Tahu

Lelaki ataupun wanita Sabah memang terkenal dengan raut wajah yang kacak dan jelita. Memiliki wajah seperti persis cina, berkulit putih, kulit halus dan licin, jika sekali pandang anda sudah pasti akan mengenali mereka. Jika anda perasan, mereka sering menggunakan perkataan ‘Bah’ di hujung-hujung perkataan mereka, pasti anda tertanya-tanya, apakah fungsi …

INFORMASI
Inilah 5 Tanda Sebelum Nyawa Ditarik Yang Boleh Diketahui Manusia Tapi Sering Diabaikan.

Meskipun kematian yaitu satu hal yang di rahasiakan oleh Allah, namun terlebih dulu kematian itu datang bakal ada tanda-tanda yang mungkin saja dapat kita ketahui. Namun, biasanya seseorang tidak bisa menyadarinya. Tanda-tanda itu terlebih dulu kematian. 1. 40 hari terlebih dulu kematian Tanda-tanda kematian ini bisa terlihat setelah masuk waktu …

INFORMASI
Ini Sebab Pendapatan Mengemis Sehari Lebih Lumayan Dari Kerja Pejabat Gaji Bulanan.

BAYANGKAN anda bergaji kira-kira RM1,000 berdasarkan tangga gaji minimum yang ditetapkan kerajaan pada Julai lalu, kemudian menderma RM1 kepada pengemis. Seorang pengemis pula meminta sedekah daripada orang ramai di mana-mana sahaja dan memperoleh hasil kira-kira RM150 sehari. Jika pengemis terbabit mengemis selama 24 hari dalam sebulan, maka dia mampu mengutip …