Jom Ikuti 5 Cara Atasi Rasa Malas Setiap Hari Isnin

INFORMASI

Habis je cuti setiap hujung minggu, mula la datang rasa malas yang amat sangat untuk menempuh hari Isnin.Siapa la yang sukakan hari Isnin? Memang tak cukup cuti dua hari.

Setiap hari Isnin je mesti rasa tak semangat dan malas.Jangan malas! Cuba 5 cara mudah ini supaya anda lebih bersemangat untuk memulakan minggu yang baru.

1. BANGUN JE TERUS MANDI AIR SEJUK

Bermalas atas katil selepas bangun tidur buatkan anda rasa mengantuk dan lagi malas. Lepas ni, bangun je terus mandi supaya anda rasa lebih segar dan bersedia. Lebih elok kalau mandi air sejuk. Brrrr…

2. JANGAN LUPA SARAPAN

Sarapan pagi sangat penting. Ia mampu memberikan anda tenaga dan minda anda lebih bersedia. Mengabaikan sarapan pagi, membuatkan tubuh anda lemah dan mengantuk.

3. MINUM TEH ATAU KOPI

Minum kafein di waktu pagi membuatkan anda lebih fokus dalam pekerjaan. Kafein juga membuatkan anda rasa segar dan kekal aktif. Tapi, jangan sampai berlebihan.

4. PAKAI PAKAIAN YANG MENARIK

Tahukah anda memakai pakaian yang menarik dapat meningkatkan keyakinan diri? Bukan itu je, ia membuatkan anda lebih bersemangat. Jadi, pilih pakaian yang menarik untuk anda gayakan.

5. DENGAR LAGU-LAGU YANG BERI SEMANGAT

Mendengar lagu-lagu yang bersemangat dan anda sukai dapat membakar semangat untuk bekerja sepanjang hari. Tak ada la monyok je muka tu setiap hari Isnin.

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFORMASI
Fakta Menarik Tentang Orang Sabah Yang Anda Tidak Tahu

Lelaki ataupun wanita Sabah memang terkenal dengan raut wajah yang kacak dan jelita. Memiliki wajah seperti persis cina, berkulit putih, kulit halus dan licin, jika sekali pandang anda sudah pasti akan mengenali mereka. Jika anda perasan, mereka sering menggunakan perkataan ‘Bah’ di hujung-hujung perkataan mereka, pasti anda tertanya-tanya, apakah fungsi …

INFORMASI
Inilah 5 Tanda Sebelum Nyawa Ditarik Yang Boleh Diketahui Manusia Tapi Sering Diabaikan.

Meskipun kematian yaitu satu hal yang di rahasiakan oleh Allah, namun terlebih dulu kematian itu datang bakal ada tanda-tanda yang mungkin saja dapat kita ketahui. Namun, biasanya seseorang tidak bisa menyadarinya. Tanda-tanda itu terlebih dulu kematian. 1. 40 hari terlebih dulu kematian Tanda-tanda kematian ini bisa terlihat setelah masuk waktu …

INFORMASI
Ini Sebab Pendapatan Mengemis Sehari Lebih Lumayan Dari Kerja Pejabat Gaji Bulanan.

BAYANGKAN anda bergaji kira-kira RM1,000 berdasarkan tangga gaji minimum yang ditetapkan kerajaan pada Julai lalu, kemudian menderma RM1 kepada pengemis. Seorang pengemis pula meminta sedekah daripada orang ramai di mana-mana sahaja dan memperoleh hasil kira-kira RM150 sehari. Jika pengemis terbabit mengemis selama 24 hari dalam sebulan, maka dia mampu mengutip …