Ambik Perhatian!! Peraturan Baharu Cermin Gelap Tinted Mulai 1 Januari 2018 Sumber: Peraturan Baharu Cermin Gelap Tinted Mulai 1 Januari 2018

INFORMASI

Peraturan baharu cermin gelap tinted JPJ mulai 1 Januari 2018. Selepas berkuatkuasa tarikh tersebut, semua pengguna kenderaan dijalan raya wajib untuk mematuhi peraturan tinted berkuatkuas serta merta mulai tahun 2018.

Peraturan baru itu menetapkan VLT (Kadar Ketelusan Cahaya) bagi cermin depan adalah 70 peratus, manakala cermin sisi pemandu 50 peratus, cermin sisi belakang dan cermin belakang penumpang 30 peratus. Pengguna yang gagal mematuhi peratusan cermin gelap boleh dikenakan saman maksimum RM300 untuk kali pertama. Manakala maksimum RM2,000 dan 6 bulan penjara untuk kesalahan kali kedua dan kes dibawa ke Makhamah.

Kadar Saman Gagal Patuhi Cermin Gelap Mulai 1 Januari 2018

Kesalahan Kali Pertama: Berdasarkan peraturan yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, pengguna jalan raya yang ingkar boleh dikompaun maksimum RM300 untuk kesalahan kali pertama.

Kesalahan Kali Kedua: Jika berulang dan tidak mengendahkan saman pertama. Denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara seperti yang dilaporkan itu adalah bagi undang-undang mahkamah terhadap pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan trafik bagi kesalahan pertama.

Kenyataan Akhbar Peraturan Baru Tinted Mulai 1 Januari 2018

Peraturan Baharu Cermin Gelap Tinted Mulai 1 Januari 2018

Peraturan Baharu Cermin Gelap Tinted Mulai 1 Januari 2018

Sumber: Teabeng

 

Artikel Seterusnya:

 

Peraturan Cermin Gelap Dilaksana Serta Merta – Denda Sehingga RM2k Atau 6 Bulan Penjara Menanti Pesalah

Peraturan Lama (kiri) dan baharu. VLT mengikut peraturan; makin rendah angkanya, makin gelap cerminnya

jpj-old-tint-rules-infographic jpj-new-tint-rules-infographic
Bagi pemilik kenderaan yang masih degil melanggar undang-undang dan terus membiarkan tahap cermin gelap melebihi had akan berhadapan dengan denda yang cukup tinggi dan penalti di bawah akta undang-undang yang digazetkan awal bulan ini, disahkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi The Sun.

Peraturan baharu berhubung cermin gelap pada ini diletakkan di bawah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2016 yang lebih diperketatkan berbanding peraturan 1991.

Pindaan peraturan ini telah pun mula dikuatkuasakan sejak 6 Februari lalu, pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara untuk kesalahan pertama, manakala pesalah yang mengulangi kesalahan tersebut akan didenda sehingga RM4,000 atau 12 bulan penjara, atau kedua-duanya.

Peraturan sebelum ini hanya mengenakan denda sebanyak RM500 atau dua minggu penjara bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan berikutnya didenda sebanyak RM1,000 atau hukuman penjara tidak sebulan tidak melebihi satu bulan.

Satu-satunya perubahan ketara di bawah peraturan 2016 ialah tahap lut cahaya yang minimum bagi cermin depan atau kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) untuk cermin sisi dan belakang ditetapkan sebanyak 30%.

Sebelum ini, tahap minimum bagi VLT untuk cermin hadapan kekal 70%, sementara cermin sisi (tempat pemandu dan penumpang di sebelah pemandu) kekal pada 50%.

Dengan peraturan baharu yang telah digazetkan ini, difahamkan pihak polis akan memburu dan menahan pemilik kenderaan yang menerima notis amaran sejak November 2014.

Menurut Liow, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program advokasi bagi peraturan baharu cermin gelap ini.

“Buat setakat ini tiada operasi khas. Undang-undang ini telah termaktub dan orang ramai perlu mematuhinya sepanjang masa,” ujar Liow.

Manakala Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad pula berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan yang berbeza untuk mengingatkan orang ramai tentang peraturan baharu cermin gelap ini.

“Kita akan meminta para pemilik kenderaan terbabit supaya mematuhi peraturan baharu ini dan akan memberikan masa bagi mereka menanggalkan lapisan cermin gelap yang melanggar undang-undang ini,” ujar Ismail.

Sumber: paultan

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFORMASI
Fakta Menarik Tentang Orang Sabah Yang Anda Tidak Tahu

Lelaki ataupun wanita Sabah memang terkenal dengan raut wajah yang kacak dan jelita. Memiliki wajah seperti persis cina, berkulit putih, kulit halus dan licin, jika sekali pandang anda sudah pasti akan mengenali mereka. Jika anda perasan, mereka sering menggunakan perkataan ‘Bah’ di hujung-hujung perkataan mereka, pasti anda tertanya-tanya, apakah fungsi …

INFORMASI
Inilah 5 Tanda Sebelum Nyawa Ditarik Yang Boleh Diketahui Manusia Tapi Sering Diabaikan.

Meskipun kematian yaitu satu hal yang di rahasiakan oleh Allah, namun terlebih dulu kematian itu datang bakal ada tanda-tanda yang mungkin saja dapat kita ketahui. Namun, biasanya seseorang tidak bisa menyadarinya. Tanda-tanda itu terlebih dulu kematian. 1. 40 hari terlebih dulu kematian Tanda-tanda kematian ini bisa terlihat setelah masuk waktu …

INFORMASI
Ini Sebab Pendapatan Mengemis Sehari Lebih Lumayan Dari Kerja Pejabat Gaji Bulanan.

BAYANGKAN anda bergaji kira-kira RM1,000 berdasarkan tangga gaji minimum yang ditetapkan kerajaan pada Julai lalu, kemudian menderma RM1 kepada pengemis. Seorang pengemis pula meminta sedekah daripada orang ramai di mana-mana sahaja dan memperoleh hasil kira-kira RM150 sehari. Jika pengemis terbabit mengemis selama 24 hari dalam sebulan, maka dia mampu mengutip …