Doktor Pelatih Terpotong Zakar Bayi Disangka Tali Pusat, Dan Ini Yang Terjadi..

KINI TRENDING

Malang betul nasib bayi yang dilahirkan di sebuah hospital Satillo, Mexico semalam. Ini kerana kesilapan seorang pelajar perubatan yang tidak sengaja terpotong alat sulit bayi lelaki yang baru dilahirkan dalam bilik bersalin.

Kejadian tersebut berlaku kerana pelajar perubatan itu menyangka alat sulit bayi lelaki itu adalah tali pusatnya. Malang sungguh!!!!

Sebenarnya pelajar tersebut telah mempunyai pengalaman bertahun lama dalam program perubatan. Setelah menyedari kesilapannya , pelajar itu didakwa cuba menyembunyikan perkara itu daripada ibu bapa bayi tersebut dengan membawa bayi ke bilik pembedahan untuk memperbaiki kesilapannya.

Bapa mangsa bayi itu, Diego Rangel Izaguirre mula mengesyaki sesuatu yang yang pelik berlaku kerana dia tidak dibenarkan untuk melawat anaknya yang baru dilahirkan itu walaupun sudah lebih daripada dua jam menunggu..

Kakitangan hospital berkenaan di Saltillo, Mexico, memberi jaminan kepada Diago bahawa bayinya telah mengalami kecederaan ringan dan menemui kesan lebam setelah mengetahui perkara sebenar.
Sekumpulan doktor pakar bedah ketika cuba menyambung semula alat sulit bayi itu didakwa melakukan kecederaan lanjut.

Rangel berkata, selepas anaknya dilahirkan, pegawai perubatan telah memotong tali pusat bayi dan mencederakan alat sulitnya.

“Malangnya, pakar bedah ketika cuba menjahit semula alat sulit bayi kami, dua lagi kecederaan baru berlaku sedalam dua sentimeter,” dakwanya lagi.

Akhirnya pelatih perubatan yang tidak cekap itu menjahir semula sebagai usaha mencantumkan semula zakar bayi itu tetapi ibunya Zulem Contreras masih marah dengan kakitangan tersebut dengan mendakwa anaknya sepatutnya dibedah pakar profesional.

“Insiden ini tidak sepatutnya berlaku mereka sepatutnya menugaskan pakar genekologi untuk menjaga anak saya bukan pelajar atau pelatih perubatan,” keluhnya.
Hospital yang bertanggungjawab telah melancarkan siastaan dalaman dan disokong oleh pegawai Mexico.

Institut Keselamatan Sosial Mexico berkata mengikut maklumat yang ada pada masa ini, semasa bersalin, apabila memotong tali pusat, kebetulan kulit atas akar telah cedera dan diperbetulkan dengan prosedur biasa berkhatan untuk bayi itu. – Agensi/ malaysiagazzete

Sumber: Sehinggit

Sumber: pendekar hitam

 

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KINI TRENDING
7 Rahsia Kecilkan Perut, Peha & Punggung. Semua Dalam 2 Minggu!

Kegemukan dan lemak lelaki terletak pada perut. Bila nampak ‘boroi’, maka selalunya kita kata dia gemuk. Sebaliknya, lemak perempuan tidak terkumpul di perut tetapi di paha. Oleh kerana itu, ada orang perempuan yang nampak kurus di muka, tapi sebenar masih mengalami masalah berat badan berlebihan. Maka inilah yang paling mereka …

KINI TRENDING
6 Perkara Encik Suami Tak Tahu Tentang Ibu Yang Bekerja Dari Rumah

“Kerja dari rumah bukannya susah mana. Tak payah nak bersiap, boleh buat di mana-mana. Sambil jaga anak pun tak ada masalah.” Inilah antara pendapat suami ataupun sesiapa pun yang belum pernah memerhatikan aktiviti ibu yang menjalankan kerja dari rumah. Tidak dinafikan, pelbagai keistimewaan dan kelebihan mereka yang tidak perlu ke …

KINI TRENDING
11 Perkara Yang Dilakukan Oleh Orang Berjaya Sebelum Usia 30 Tahun

Secara umumnya, usia 20an adalah amat kritikal dan mencabar. Ini kerana, menurut ahli psikologi, wanita sedang dalam memasuki fasa terawal dalam kareer seseorang. Dalam usia ini juga, ramai yang sedang disibukkan dengan persediaan menjejaki alam rumahtangga dan sebagainya. Oleh itu, perasaan insecurity atau ketidakstabilan adalah sesuatu yang sinonim dengan usia …