8 Benda Ni Jarang Orang Jadikan Hantaran Kahwin. Nombor 7 Tu Tak Pernah Terfikir Langsung!

INFORMASI

Bila nak kahwin, macam-macamlah kena prepare termasuk barang hantaran dari kedua-dua belah pihak yang nak dibawa masa akad nikah nanti. Kalau ikut adat orang dulu, cukuplah bagi buah-buahan dan coklat, sepersalinan baju, seperangkat alat solat, senaskah Al-Quran, set wangian dan jam serta banyak lagi keperluan diri.

Kalau sekarang, fuhh lagi advance! Orang Malaysia ni kadang-kadang kreatif jugak, macam-macam jenis hantaran pelik diorang bagi dengan rekaan cantik-cantik. Terkejut tok kadi woi! Haha… Jom kita tengok antara 8 barang hantaran pelik yang pernah orang Malaysia bagi kat pasangan masing2 sampai kecoh kat media sosial kita.. Mind blown betul!

1. Permainan PlayStation 4, FIFA18 untuk ‘kaki gamer’

Kalau lelaki dapat hantaran PlayStation 4, bahagia hidup beb. Confirm dia tak keluar lepak mamak, jumpa kawan atau balik kerja lambat. Jangan risau la kalau laki korang nak berlaku curang… Tak akan punya! Lagi satu kalau dapat bini yang memahami, silap haribulan dia pun join main sekali. Boleh buat perlawanan laki bini lepas balik kerja 😀

2. Aksesori motosikal atau kereta. Kasi modified kenderaan tu cun-cun!

Ini pun menjadi antara favourite dan kegilaan ramai lelaki. Selain game, diorang pun suka aksesori kereta atau motosikal ni! Dari beli sendiri, alangkah baiknya kalau pihak perempuan bagi hantaran contohnya helmet ke, sport rim ke atau apa-apa lah…

Nampak pelik tapi sekali dah dapat, memang sayang habis kat bini tu… Percaya atau tak, diorang pandai ubah suai kenderaan ikut kepuasan dan style yang diorang nak. Memang bahagia la hidup diorang bila boleh bergaya dan tunjuk kat kawan-kawan… Sengih je bawak bini kat belakang… Hehehe

3. Peralatan dan bahan untuk memasak. Tandanya supaya bini korang rajin masak…

Barang hantaran ni paling ‘rare’ sekali tapi sangat unik dan memberi makna yang mendalam. Orang perempuan kalau dapat kuali, periuk, lesung batu atau bahan memasak seperti minyak, tepung dan sebagainya, fahamilah bahawa suami korang tu nak korang rajin masak kat rumah. Takkan suami nak ‘makan luar’ kot?

Bila masak untuk suami, tambah-tambah lauk kegemaran dia, suami pun suka dan bertambah sayang. Barulah hidup bahagia… Tak gitu?

4. Haiwan peliharaan. Comel habis!

Aww cutenya bagi haiwan peliharaan kat pasangan korang.. Barang hantaran ni dikategorikan paling comel antara banyak-banyak hantaran. Mesti salah seorang pasangan tu pencinta haiwan kan?

Unik dan cute habis bila dulang hantaran ada kucing dan haiwan comel-comel yang lain… Nanti dah duduk serumah boleh bela sama-sama. Kalau salah seorang outstation, boleh main dengan kucing tu untuk hilangkan bosan!

5. Buahan dan sayuran. Dengar macam biasa je tapi bukan…

Kalau tradisi dulu bagi buah-buahan segar seperti epal, anggur, oren dan sebagainya, orang Malaysia zaman sekarang memang kreatif. Dari bagi buah biasa, diorang bagi durian, pisang setandan dan sayur seperti petai serta ulam-ulaman lain. Mungkin pasangan diorang suka durian? Letak je dulang hantaran tu depan pengantin, satu rumah bau!

Boleh je buat style hantaran baru, tapi make sure korang hias lawa-lawa dan jangan isi berat sangat sampai nak patah tangan dulang girl atau boy korang pulak!

6. TV LED untuk kegunaan korang jugak nanti…

Kalau dulu zaman belajar tengok TV pun tak, kalau ada pun TV kecik atau tengok kat mamak je bila ada perlawanan bola. Haa, bila nak kahwin bagi la pasangan korang tu TV sebagai barang hantaran. Mesti senyum lebar punyalah… Bukan apa, TV tu pun nanti korang boleh tengok jugak bila dah duduk serumah. Ada sikit hiburan lepas balik kerja…

7. Selipar jepun? Seriously?

Taktahu apa niat sebenar pasangan korang bila selipar dijadikan barang hantaran, tapi ia memang unik dan ‘rare’ betul. Hmm, kalau fikir balik boleh pakai dalam rumah atau ke bilik air. Sebab biasanya lantai ni licin dan senang tergelincir, kalau pakai selipar kan selamat sikit. Nampak jugak korang tu pembersih…

8. Gitar untuk yang gila muzik. Untung boleh nyanyi lagu untuk bini!

Jenis lelaki yang suka main gitar ni memang sweet habis. Sesuai sangat dapat gitar sebagai hantaran. Untung-untung time bini merajuk, boleh pujuk dengan nyanyi lagu kegemaran sambil main gitar. Jangan sesekali pandang rendah pada lelaki yang main gitar ni… Gitar bukan murah, lepastu bakat memetik gitar bukan semua orang ada tau!

 

Sumber

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KINI TRENDING
7 Rahsia Kecilkan Perut, Peha & Punggung. Semua Dalam 2 Minggu!

Kegemukan dan lemak lelaki terletak pada perut. Bila nampak ‘boroi’, maka selalunya kita kata dia gemuk. Sebaliknya, lemak perempuan tidak terkumpul di perut tetapi di paha. Oleh kerana itu, ada orang perempuan yang nampak kurus di muka, tapi sebenar masih mengalami masalah berat badan berlebihan. Maka inilah yang paling mereka …

KINI TRENDING
6 Perkara Encik Suami Tak Tahu Tentang Ibu Yang Bekerja Dari Rumah

“Kerja dari rumah bukannya susah mana. Tak payah nak bersiap, boleh buat di mana-mana. Sambil jaga anak pun tak ada masalah.” Inilah antara pendapat suami ataupun sesiapa pun yang belum pernah memerhatikan aktiviti ibu yang menjalankan kerja dari rumah. Tidak dinafikan, pelbagai keistimewaan dan kelebihan mereka yang tidak perlu ke …

KINI TRENDING
11 Perkara Yang Dilakukan Oleh Orang Berjaya Sebelum Usia 30 Tahun

Secara umumnya, usia 20an adalah amat kritikal dan mencabar. Ini kerana, menurut ahli psikologi, wanita sedang dalam memasuki fasa terawal dalam kareer seseorang. Dalam usia ini juga, ramai yang sedang disibukkan dengan persediaan menjejaki alam rumahtangga dan sebagainya. Oleh itu, perasaan insecurity atau ketidakstabilan adalah sesuatu yang sinonim dengan usia …