Tips Melancong Cara Bajet

TIPS
Loading...

Perkara terbaik untuk mendapatkan percutian impian adalah dengan mengetahui jenis pengalaman yang anda inginkan. Sebelum anda mula menempah tiket, berbincanglah bersama teman atau beberapa ejen pelancongan untuk mengetahui destinasi-destinasi yang sesuai dengan bajet anda.

Jika anda sudah mempunyai lokasi, ikuti tips ini untuk membantu anda bercuti dengan bajet yang ada.

Kredit imej: Senang Travel

1. Melancong ketika luar daripada musim

Anda boleh periksa tarikh-tarikh yang dijangka luar dari musim di internet atau pusat ejen pelancongan. Selalunya, tarikh-tarikh yang tidak ramai orang bercuti adalah paling murah.

2. Berkongsi

Apabila anda melancong bersama teman, pastikan anda tidak kisah untuk berkongsi bilik. Menempah satu bilik semestinya lebih murah berbanding menempah dua bilik berasingan. Di tempat penginapan nanti, anda boleh meminta bantal atau tilam lebih.

Kredit imej: KYspeaks

3. Tempahan awal

Mulai sekarang, anda sudah boleh menempah tiket lebih awal untuk percutian pada masa akan datang. Anda boleh mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah jika anda menempah hari ini untuk bertarikh melancong pada tahun hadapan.

Tetapi ada juga penerbangan yang menawarkan tiket murah ketika promosi dan seeloknya anda sentiasa periksa agenda promosi mereka setiap masa.

4. Fleksibel

Jika anda mahu lebih murah, anda boleh menaiki kenderaan awam seperti bas atau keretapi untuk melancong asalkan anda mampu bertahan berjam-jam di dalam kenderaan. Anda bukan sahaja banyak berjimat tetapi boleh melihat keindahan di setiap perhentian.

Kredit imej: Xagd Tour

5. Tempahan berpakej

Percutian akan menjadi lebih murah apabila anda menempah percutian berpakej. Misalnya, tempahan tiket penerbangan merangkumi penginapan, kenderaan dan makanan. Malah, anda tidak perlu risau untuk keluar wang kerana semuanya sudah dibayar awal ketika anda menempah tiket.

6. Penginapan berdapur

Selalunya, wang percutian lebih banyak dihabiskan untuk sesi makan-makan. Bukan semua destinasi mempunyai harga makanan yang murah lebih-lebih lagi jika mereka tahu anda seorang pelancong.

Sebaiknya, tempah hotel atau apa saja penginapan yang ada menyediakan dapur. Memasak boleh menjimatkan wang makan anda.

7. Perbincangan dengan ejen pelancongan

Anda perlu rajin melayari Internet dan menghubungi ejen kerana mereka sentiasa membantu anda untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk pelancongnya.

Kredit imej: iliadint.com

8. Pilih pertukaran wang asing termurah

Jika anda melancong ke luar negara, elak menukar mata wang anda dalam saat terakhir. Tanya pendapat rakan di mana lokasi ejen tukar mata wang asing yang boleh memberi pertukaran yang baik dan menguntungkan sebelum anda berlepas.

9. Kereta jimat minyak

Bagi anda yang memilih untuk memandu kereta sendiri, pastikan anda menggunakan kenderaan yang jimat minyak. Kenderaan jenis kompak dan hibrid adalah pilihan terbaik saat melancong.

Tips untuk lebih penjimatan adalah dengan mengurangkan kelajuan, mengurangkan tahap penghawa dingin dan tidak membawa banyak muatan.

Kredit imej: happytrips.com

10. Satu beg memadai

Elak membawa banyak barangan di mana kesudahannya anda tidak memerlukannya ketika melancong. Barang-barang untuk membersihkan diri biasanya ada disediakan oleh hotel.

Elak membawa seluar atau baju yang tebal  tetapi sebaiknya pakai siap jika anda melancong ke negara sejuk. Jika tidak, bawa baju nipis sudah mencukupi.

Sumber: kakisini

Loading...
No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TEKNOLOGI
WhatsApp Perkenal Fungsi TERBARU Dalam Mesej Berkumpulan.

Loading… Aplikasi popular, WhatsApp telah mengemaskini sistem mereka dengan menyertakan fungsi ‘tagging’ kepada para penggunanya. Menurut laporan The Next Web, pengguna WhatsApp yang ‘mute’ perbualan kumpulan akan tetap menerima notifikasi jika mereka di’tag’ di dalam perbualan. Caranya, pengguna hanya perlu memasukkan simbol ‘@’ diikuti dengan nama penerima notifikasi. Pengguna juga …

KESIHATAN
Anda Adalah Seorang Yang Sangat Kejam!! Jika Biarkan Bayi Hidu Asap Rokok Walaupun Pada Baju! Ini Sebab Dia…

Loading… “Ish, walaupun tempat-tempat awam sekarang dah jadi kawasan larangan merokok, masih ada lagi orang yang berani buat tak nampak. Kasihan pada ibu-ibu mengandung dan yang ada anak kecil. Bahaya kesan asap rokok kepada bayi ni sebenarnya!” Menurut laporan Astro Awani, apabila sebatang rokok dibakar, perokok melepaskan lebih 4 ribu …

KESIHATAN
Sila Ambik Tahu!! Inilah Tanda-Tanda Awal Kemungkinan Anda Menghidap Penyakit Buah Pinggang

Loading… Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Hai guyss.. Hari saya nak kongsi 10 tanda2 awal seseorang itu menghidap penyakit buah pingang. Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui …