Huawei Mahu Cabar Apple dan Samsung?

TEKNOLOGI

BERLIN: Syarikat gergasi elektronik China, Huawei bakal melancarkan telefon bimbit terbaharunya bulan hadapan yang antara lain akan menggunakan teknologi kepintaran buatan (artificial intelligence atau AI) dengan harapan menjadi pemain utama industri telefon bimbit dunia.

Ketua Eksekutif Peniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu pada Sabtu berkata syarikatnya optimis bahawa cip Kirin 970 yang merupakan cip telefon bimbit berkuasa tinggi baharu bagi peranti Mate 10 dan Mate 10 plus akan memberikan penggunanya kadar pemprosesan yang lebih laju dan penggunaan tenaga bateri yang lebih rendah.

Cip Kirin 970 dijangka mampu boleh memelihara hayat bateri pada telefon sehingga 50 peratus lebih lama.

Yu, bagaimanapun tidak mendedahkan ciri-ciri telefon baru tersebut, tetapi beberapa blog teknologi menjangkakan ia menampilkan paparan skrin penuh bersaiz lebih 6 inci.

Katanya, cip AI baru ini dapat menarik minat pengguna selain mewujudkan pengalaman yang lebih bersifat peribadi.

Yu memberi contoh bahawa AI membolehkan penterjemahan bahasa dalam masa nyata, pemerhatian arahan suara, dan memberi kelebihan melalui ‘augmented reality’ (AR).

Beliau optimis kelajuan dan kuasa cip Kirin 970 akan memberikan kelebihan kepada model telefon bimbit itu berbanding Apple iPhone 8 yang dijangka dilancarkan pada September serta beberapa model Samsung yang akan dilancarkan tahun ini.

Huawei merupakan pengeluar telefon pintar ketiga di dunia selepas Samsung dan Apple.

Sumber: Astro Awani

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TEKNOLOGI
Pengguna kad Touch ‘n Go kini boleh semak baki menerusi telefon.

Terbaru, Touch ‘n Go telah mengemas kini dan melancarkan aplikasi e-wallet bagi membolehkan para pengguna untuk memautkan (sync) kad Touch ‘n Go masing-masing terus ke telefon pintar. Aplikasi itu yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini berfungsi sebagai dompet tanpa tunai yang memudahkan pelanggan untuk membayar segala keperluan. Antaranya seperti …

TEKNOLOGI
WhatsApp Perkenal Fungsi TERBARU Dalam Mesej Berkumpulan. Semoga Bermanfaat

Aplikasi popular, WhatsApp telah mengemaskini sistem mereka dengan menyertakan fungsi ‘tagging’ kepada para penggunanya. Menurut laporan The Next Web, pengguna WhatsApp yang ‘mute’ perbualan kumpulan akan tetap menerima notifikasi jika mereka di’tag’ di dalam perbualan. Caranya, pengguna hanya perlu memasukkan simbol ‘@’ diikuti dengan nama penerima notifikasi. Pengguna juga boleh …

TEKNOLOGI
4 Kesalahan Ini Sering Dilakukan Anda Cas Telefon! Silakan Share!

Berbanding telefon biasa, telefon pintar memakan banyak tenaga bateri lebih-lebih lagi ketika melayari internet untuk membuka media sosial peribadi atau menonton video di laman Youtube. Akibatnya, kita semua akan berulang kali mengecas telefon kerana kehabisan bateri. Namun, terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pengguna smartphone ketika mengecas telefon sehingga boleh …