Cara Basuh Kereta Yang Betul Yang Jarang Diketahui Orang Ramai.

INFORMASI

Biasanya masyarakat kita suka membasuh kereta ikut suka mereka seperti di body kereta atau di bonet kereta terlebih dahulu dan seterusnya keseluruhan body baru menyembur dengan air. Ini akan menyebabkan water spot kat cat kereta kerana buih sabun yang kering akan meninggalkan kesan. Jadi di sini dikongsikan cara basuhan kereta yang betul yang dikongsikan oleh Lai Fatt Chua di dinding facebook beliau.

Cara Basuh Kereta Yang Betul Yang Jarang Diketahui

1. Guna 2 bucket system: iaitu satu baldi ialah “car shampoo” sahaja manakala satu lagi baldi “rinse water”.
2. Selalunya basuh pada tempat yang dijauhi daripada matahari dan semasa kereta anda tidak panas.
3. Kain yang digunakan perlu microfiber towel. Pilihlah wash mitt yang berkualiti. Kain yg digunakan untuk cuci wheels dan rims jangan campur dgn yang digunakan untuk bahagian lain kereta.

Image result for cuci kereta

Langkah – langkah:
1. Guna air tekanan tinggi untuk seluruh kereta
2. Mulai dengan wheels dan rims. Sebiji wheels sekali. Rims boleh dicuci dengan Sonax wheels cleaner
3. Basuh wheels dan rims.
4. Mulai basuh bumbung kereta dan juga tingkap-tinkap kereta. Basuh sekali dah cukup, basuh di tempat sama secara berulangan akan mencalarkan cat kereta anda.
5. Rinse dengan air bahagian bumbung dan tingkap supaya semua bubble sabun kereta hilang. Jangan tunggu sampai basuh seluruh kereta baru rinse sabun kereta kerana sabun yang kering akan menyebabkan water spot kat cat kereta.
6. Teruskan ke bonet, dan bahagian – bahagian lain kereta.
7. Guna air tekanan tinggi untuk rinse bersih seluruh kereta, termasuklah bahagian wheels.
8. Guna air tekanan biasa dengan hose sahaja untuk menyenangkan anda mengeringkan kereta anda nanti.
9. Keringkan kereta anda dengan MF towel.

Bahagian atas adalah cara cuci kereta biasa. Jikalau guna rinseless car shampoo. Bezalah cara cucinya.

Image result for cuci kereta

Selepas tu bubuh lah wax/sealant unttk melindungi cat kereta anda yang bersih. Kalau anda sibuk, boleh guna spray wax, hanya 10-15 minit sahaja utk seluruh kereta.

Selepas tu, spray lah instant detailer untuk menguatkan rintangan terhadap habuk dan minyak. Selamat mencuba 🙂

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFORMASI
10 Perairan Yang Paling Berbahaya Di Dunia. Yang Last Tu Paling Ngeri !!

Bercuti di kawasan perairan, tidak kisahlah sama ada ianya tasik atau pun lautan pastinya sangat menyeronokkan. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa bukanlah semua kawasan perairan itu selamat untuk dikunjungi, seperti mana yang kami senaraikan di bawah ini: 10. Great Blue Hole, Belize Kejadian air pasang dan surut membuatkan fenomena …

INFORMASI
Pernahkah Kucing Datangi Anda ketika Makan, Ini 3 TANDANYA Anda Patut Tahu.. Sila Baca & Sebarkan.

KUCING merupakan salah satu hewan yang dicintai oleh Rasulullah ﷺ. Tetapi, tak banyak orang menyukai hewan ini. Salah satu alasannya karena rasa takut atau memang punya pengalaman buruk mengenai hewan ini. Hanya saja, hewan ini banyak ditemui di mana-mana. Sehingga, cukup sulit bagi kita berpaling dari hewan ini. Seperti halnya …

INFORMASI
Betul Ke Anak Lahir Dalam Sampul Ni DEGIL? Ibu Konsi Pengalaman Lahir Anak Dalam Sampul. Memang JARANG Berlaku

Siapa disini pernah lahirkan baby encaulbirth..saya ada seorang anak sulong saya sekarang sudah 5tahun. Menurut Kajian dokter Amerika – 1 dalam 80ribu akan jadi (x tau betol ke x) .. Dalam keluarga ibu saya anak sulong keluar macam ni.. Bukan gambar Sebenar Contoh Sahaja: Memang susah nak teran sebab keluar dalam …