Tertanya-tanya Ketika Mandi “Nape banyak limau purut yang terbelah dalam sungai”. Suami Cakap “Dia” Ada Kat Atas Pokok Tu. Bila Saya Pandang, Allahu..

SERAM & MISTERI

 

Tertanya-tanya Ketika Mandi “Nape banyak limau purut yang terbelah dalam sungai”. Suami Cakap “Dia” Ada Kat Atas Pokok Tu. Bila Saya Pandang, Allahu..

 

Dia berlaku dalam minggu ni, sahabat saya mengajak saya dan suami untuk pergi ke Air Terjun Sungai Gobai. Cadangan awal sebenarnya nak ke Sungai Chiling tapi ada info mengatakan Sg Chiling ditutup dan disebabkan info tu kami tukar ke Sungai Gobai.

 

1 jam lebih akhirnya kami sampai ke situ. Sahabat saya cadang kiteorg naik ke atas lagi tapi half way tu kiteorg stop dan duduk dekat pondok yang disediakan.

 

Time ni semuanya bermula, suami saya dan teman lelaki sahabat (kita gelar dia Abe) saya ni buat perangai pelik sikit. Suami saya kejap2 bangun dan jenguk tempat yang sama manakala Abe ni macam hilang ke dunia lain. Untuk memecahkan suasana pelik dan meredakan debaran hati saya, saya mengajukan soalan “Nak naik atas lagi ke?”.

 

Suami saya dan abe bermati-matian menolak. Mulanya saya agak kecewa sebab saya teringin nak tengok suasana di bahagian atas. Al maklumlah pertama kali jejak kaki di sungai Gobai tapi disebabkan kedegilan mereka, saya mematikan niat.

 

Kami turun balik ke bawah, masa ni si Abe entah kenapa tak turun sekali dengan kiteorang dan yang paling hairan, beberapa kali saya panggil dia langsung tak sahut. Bila kami dah nak sampai bawah baru nampak batang hidung dia.

 

Saya dah rasa pelik tapi saya tepis perasaan tu. Okay, kami pun mandi-manda sambil menikmati kesejukkan air terjun, saya sembang-sembang dengan sahabat saya. Semua okay sampailah suami saya menjerit dan saya nampak suami saya pegang limau purut. Time ni saya teringat waktu nak masuk mandi tu saya ada ternampak sebiji liamu purut dalam air.

 

Mula-mula, saya ingat ada orang nak buat air asam pastu limau terjatuh dalam air. Bersangka baik.

 

Saya perlahan-lahan bergerak ke arah suami saya. Masa tu dunia saya macam nak kelam bila saya tengok bawah tempat suami saya berdiri. Ada berbelas-belas limau purut yang dah dibelah. Sahh bukan orang nak buat air asam ni. Saya cuba tepis perasaan takut tapi saya tak mampu.

 

Suami saya naik ke atas dan saya ikut. Kami duduk dekat batu tu, masa ni abe dan suami saya bincang perkara yang betul2 buat saya nak mengamuk.

 

Abe: “aku rasa ada orang buat ritual kat sini, aku bukan nak bagi korang semua takut tapi aku rasa tempat ni lah budak2 paranormal bigo tu datang”.

 

Suami saya: “ jadi kau pun perasan jugak la? Aku perasan masa kita stop dekat pondok tu. Kan kita ada lalu jambatan yang flat sikit tu. Masa tu aku tau tempat ni tempat yang sama dalam vide0 tu”.

 

Abe: “aku perasan pokok pisang tu abang, masa aku tengok pokok pisang tu aku dah tau dah ni tempat tu”.

 

Saya selitkan diri dalam perbincangan dorang.

 

“Kalau dah perasan, asal awal2 sebelum kita terjun, korang tak ajak balik je”.

 

Pot pet pot pet..kiteorg semua decide untuk mengundurkan diri. So tukarlah baju, apa semua.

 

Dah tukar baju, suami saya cakap ‘dia’ ada kat atas pokok tu, saya spontan pandang pokok..takda apa pun. Bila suami saya ulang sekali lagi saya perhatikan abe senyap.

 

On the way nak masuk kereta, saya rasa panas tapi yang lain kata dorang biasa je. Suami saya cakap tulah kenapa pandang pkok tu. Saya nak marah pun ada, udah nama pun manusia bila sebut mesti lah dia curious. Saya diamkan diri malas nak bertekak.

 

Malam tu nak masa nak tidur, tiba-tiba badan saya jadi sejuk, seram sejuk. Saya tarik comforter dan minta suami untuk pluk saya. Sikit pun sejuk tu tak hilang yang paling buat saya bertambah takut bila suami saya out of nowhere sebut ayat ni.

 

“Dia dah pergi. Dia dah pergi”.

 

Saya nak menangis…tapi saya tahankan perasaan saya. Lama-lama saya terlelap sendiri.

 

Keesokkan harinya, pelbagai perkara berbangkit. Abe mesej dalam group kata bahu dia rasa sakit dan berat manakala suami saya pulak tanya soalan yang buat saya lagi cepumas nak balik rumah.

 

“Sayang takut sebab sayang dengar ‘dia’ ketuk tingkap ke?”.

 

Saya jawab tak..sebab memang betul saya tak dengar apa-apa. Jadi apa yang suami saya dengar? Dan kenapa saya jadi sejuk sangat malam tu? Kenapa bahu abe sakit dan berat?

 

Jadi saya nak tanya korang semua, betul ke pasal vide0 paranormal bigo tu? Dan ada sesiapa yang pegi sana kena macam kitoerang tak?

 

Apa patut saya, suami dan abe buat? Sahabat saya tak kena kacau sikit pun mungkin sebab masa tu dia kurang bagi perhatian. – Ian via edisiharian

 

Terima kasih kerana membaca. Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua.

 

Anda juga boleh Like Page Kami Juga Di Facebook Arena Informasi Terkini Dan Menarik untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik.

SERAM & MISTERI
Diganggu Oleh 18 Makhluk Yang Tidak Diundang, Yang Seramnya Kesemua Makhluk Tersebut Berada Dalam Asrama!!

  Diganggu Oleh 18 Makhluk Yang Tidak Diundang, Yang Seramnya Kesemua Makhluk Tersebut Berada Dalam Asrama!!   Perhatian, kisah ini agak panjang tapi berbaloi. Video Di Atas Hanyalah Video Hiasan ( Disclaimer )   Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak …

INFORMASI
Ternganga Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali”

Usah pelik dan usah tidak percaya , semua ini sememangnya ada berlaku . Bukan sahaja di kedai mamak, kedai mana-mana pun ada juga cuma caranya berbeza. Ambil ikhtibar atas kejadian ini, dan peringatan juga kepada pemilik kedai makan agar tidak melakukan perbuatan ini. Yakinlah pada rezeki yang Allah telah tetapkan …

SERAM & MISTERI
Kajang Ke Kulim Naik Moto Ex5, Berhenti Di Rnr- Jangan Lama Sangat Dok Kat Sini. Pesan Seorg Pakcik

Kita semua kena ingat, bukan semua sesuatu pengalaman itu dapat dirasai oleh semua kita. Pengalaman pahit, manis, s3ram, pelik…itu semua tidak penting. Yang penting sekarang ini ialah mereka yang terpilih untuk merasai sesuatu yang memang tidak terfikir dek akal fikiran logik. Pengalaman apapun kalau diambil iktibar dengan sempurna dia akan …