Seram!! Hospital Hitler Ini Serius Buat Anda Meremang Bulu Roma.

SERAM & MISTERI

Katil berkarat, tumbuhan menjalar memenuhi bangunan, dinding penuh dengan graffiti dan cat yang menggelupas perlahan-lahan adalah sedikit pemandangan sebuah hospital yang pernah merawat pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

Hospital Beelitz-Heilstätten, sebuah kompleks hospital menempatkan 60 buah bangunan terletak di barat daya Jerman, dibina pada akhir kurun ke-19 untuk merawat pesakit-pesakit batuk kering di kota Berlin. Semasa peperangan, Beelitz-Heilstätten – atau Beelitz Sanatorium diubah menjadi hospital tentera di mana Adolf Hitler yang masih muda dirawat akibat kecederaan di paha semasa Pertempuran Somme. Hospital ini mula diabaikan semasa kejatuhan Jerman Timur.

Koridor dipenuhi graffiti dan cat merekah selepas ditinggalkan berdekad lamanya.

Bangunan hospital ini makin ditelan oleh tumbuh-tumbuhan dari hutan berdekatan.

Teater pembedahan menampakkan katil dan lampu yang dimamah usia, dan dinding dipenuhi oleh contengan.

Beelitz-Heilstätten dibina di antara tahun 1898 sehingga 1930 selepas German National Insurance Institute mendapati jarak perjalanannya yang dekat dengan Berlin, dan udara segar membuatkan tempat ini sebuah tempat yang ideal sebagai sanatorium.

Sebahagian kompleks ini diubah menjadi hospital tentera oleh German Imperial Army apabila Perang Dunia Pertama meletus dan Adolf Hitler dihantar untuk rawatan di sini pada akhir tahun 1916.

Hospital ini bukan sahaja mempunyai pusat rawatan, tetapi berfungsi juga sebagai pekan kecil, dan mempunyai kedai daging, pejabat pos, restoren, kedai roti dan station janakuasa elektrik yang sangat berkuasa sehinggakan salji tidak pernah mengeras ketika musim sejuk di tanah Beelitz-Heilstätten.

Walaupun krisis ekonomi menyaksikan banyak wad ditutup, Beelitz-Heilstätten masih dianggap sebagai peneraju global untuk rawatan batuk kering.

Semasa Perang Dunia Kedua beberapa bangunan telah dibom oleh Tentera Bersekutu dan pada tahun 1945 ia telah diduduki oleh tentera Soviet dan kekal sebagai hospital tentera Soviet walaupun selepas Jerman bersatu pada tahun 1990.

Bangunan yang cantik ini, kini hanyalah sebuah tinggalan usang.

Pokok menjalar naik ke atas bangunan, menimbulkan rasa seram.

Tangga ini mempunyai papan tanda bertulis ‘Obstetrics’, ‘Surgery’ dan ‘Internal’ – dan nombor berkemungkinan menunjukkan bilangan pesakit ketika ia ditinggalkan.

Sebuah bilik pembedahan lain yang ditinggalkan.

Tentera Soviet berundur pada tahun 1995 , selepas itu beberapa percubaan telah dibuat untuk menswastakan Beelitz- Heilstätten, tetapi tidak berjaya. Beberapa seksyen hospital masih dibuka selepas tentera meninggalkan hospital itu dan telah digunakan sebagai pusat pemulihan neurologi untuk membantu penghidap penyakit Parkinson.

Akhirnya, pada tahun 2000, operasi terakhir dalam Beelitz- Heilstätten ditutup dan kompleks itu terbengkalai sepenuhnya .

Tab mandi juga ada di sini tetapi ianya bukan tempat bercuti.

Hospital ini juga menyaksikan beberapa insiden menakutkan berlaku. Pada bulan Julai 2008, Anja, seorang peragawati berusia 20 tahun dipukul dengan sebuah frying pan (kuali) dan dicekik sampai mati oleh seorang jurugambar, yang kemudian mengadakan hubungan seks dengan mayat beliau. “Something got out of control there. My client didn’t want that,” ujar peguam pembunuh itu.

Tingkap dan pintu yang berusia lebih 100 tahun membawa 1001 kisah di sebalik bangunan hospital yang penuh misteri ini.

Sebelum itu, hospital ini juga telah menarik perhatian seorang pembunuh bersiri bernama Wolfgang Schmidt. Beliau digelar “Beast of Beelitz” dan merupakan bekas anggota polis. Beliau membunuh lima wanita dan seorang bayi pada tahun 1989 sehingga 1991, dan cuba membunuh sekurang-kurangnya tiga lagi, di mana seorang wanita diserang sehingga parah dan dua kanak-kanak perempuan 12 tahun diserang menggunakan pisau. Manakala di antara dua orang yang mati dibunuh, adalah seorang bayi berusia 3 bulan dan dan ibunya yang juga isteri kepada seorang doktor yang bekerja di Beelitz. Ironinya, Wolfgang Schmidt membunuh isteri doktor itu dengan cara yang sama seperti kes yang dinyatakan di atas – mencekik dan mengadakan hubungan seks dengan mayat. “Beast of Beelitz” ditangkap ketika sedang memakai pakaian wanita di dalam hutan.

Hospital hantu ini juga pernah digunakan sebagai set penggambaran Valkyrie lakonan Tom Cruise.

Pusat penyembelihan dan kedai daging.

Apa yang berada di udara di Beelitz-Heilstätten, tidaklah kami ketahui. Tetapi dua kes pembunuhan dengan cara yang sama dari orang yang berbeza, hanya menimbulkan rasa seram dalam hati kami.

Sumber

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SERAM & MISTERI
Ini Pulau Paling Menyeramkan di Dunia, Banyak Kepala Dimutilasi di Pohon, Berani Datang??

Ada beberapa orang begitu tertarik dengan hal-hal berbau horor. Pengalaman menegangkan, dengan jatung berdebar kencang sepertinya menjadi pengalaman mengasyikkan bagi pecinta horor. Meski ada rasa takut, tapi cerita misteri selalu saja laris manis baik dalam cerita maupun film yang berbau mistis. Nah, bagi penyukan hal-hal tersebut. Mungkin pulau ini layak …

SERAM & MISTERI
14 Kota Hantu Paling Menyeramkan dan Mengerikan di Dunia

Pernahkah kamu membayangkan ketika kamu sedang melakukan perjalanan lalu tiba-tiba tak sengaja tersesat ke sebuah kota yang sudah tak berpenghuni? Jika demikian maka kamu harap berhati-hati karena siapa tahu kamu akan masuk ke beberapa kota hantu tak berpenghuni berikut ini. Kota-kota berikut ini mendapat julukan hantu lantaran tak ada seorang …

INFORMASI
10 Perairan Yang Paling Berbahaya Di Dunia. Yang Last Tu Paling Ngeri !!

Bercuti di kawasan perairan, tidak kisahlah sama ada ianya tasik atau pun lautan pastinya sangat menyeronokkan. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa bukanlah semua kawasan perairan itu selamat untuk dikunjungi, seperti mana yang kami senaraikan di bawah ini: 10. Great Blue Hole, Belize Kejadian air pasang dan surut membuatkan fenomena …