SERAM: 23 Kisah Kematian Seram Dan Ngeri Dari Seluruh Dunia

SERAM & MISTERI
Loading...

Ingat mati, kerana setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Sesungguhnya kematian itu adalah haq, pasti terjadi dan tidak dapat disangkal lagi. Kematian boleh datang dalam pelbagai cara dan keadaan. Bermacam-macam cara kematian yang umumnya kita ketahui contoh seperti kemalangan, lemas, mati dibunuh, mati akibat penyakit dan banyak lagi.

Namun begitu, terdapat juga kisah-kisah kematian pelik dan ngeri yang berlaku di serata dunia. Malah kisah kematian tersebut pernah menggemparkan dunia ketika ianya terjadi. Ada 23 kisah kematian pelik yang dapat dikumpulkan di sini. Jika difikir-fikirkan semula, antara punca yang menyebabkan kematian mereka ini memang sangat pelik. Mari kita hayati satu-persatu.

Related image

Meninggal Kerana Ingin Menggapai Bayangan Bulan Di Dalam Air

Penyair Cina Li Po (abad VII-VIII Masihi) merupakan penyair terkenal yang suka meminum arak. Pada suatu hari ketika dia sedang naik perahu melewati sungai Yangtze dalam keadaan mabuk, dia melihat bayang-bayang bulan di dalam air. Disebabkan mabuk, dia berusaha menggapai bayangan itu untuk memeluknya, namun gagal. Akhirnya dia jatuh ke air lalu lemas dan tenggelam.

Meninggal Kerana Janggut

Hans Steininger merupakan orang Austria yang terkenal kerana memiliki janggut yang terpanjang di dunia. Panjang janggutnya adalah sekitar 140 cm. Pada suatu hari pada tahun 1567, terjadi kebakaran yang memaksa semua orang berlari keluar. Waktu itu, Beliau terlupa mengikat janggutnya yang panjang. Akibat terburu-buru, dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh menyebabkan lehernya patah dan dia pun mati.

Hans Steininger

Meninggal Kerana Menahan Buang Air Kecil

Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi. Pada tahun 1601, dia menghadiri jamuan makan besar yang memakan masa yang sangat lama, di Praha (sekarang Czechoslovakia). Pada masa itu terdapat satu adat yang menyatakan bahawa jika pergi ketika jamuan makan sedang berjalan, termasuklah untuk membuang air sekali pun, adalah sangat tidak sopan. Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan itu berlangsung. Pundi kencingnya melebar sampai ke hadnya dan terjadilah infeksi (sistitis) yang parah. Beliau meninggal dunia 11 hari kemudian.

Meninggal Kerana Tongkat Konduktor

Jean Baptiste Lully merupakan konduktor yang memimpin orkestra pada perayaan sempena sembuhnya Louis XIV dari sakitnya pada tahun 1687. Ketika memimpin kumpulan orkestra membuat persembahan, secara tidak sengaja dia menjatuhkan tongkat konduktor tepat pada ibu jari kakinya. Terjadi abses (infeksi dengan nanah) dan diikuti gangren (pembusukan) pada ibu jari kaki tersebut. Lully menolak ibu jari kakinya dipotong, dan akhirnya dia pun mati kerana infeksi yang merebak ke seluruh tubuh.

Meninggal Kerana Tergigit Lidah

Allan Pinkerton (1819-1884) adalah seorang agen detektif yang terkenal dan memiliki sebuah syarikat yang diberi nama sebagai ‘Agency Pinkerton Detective’. Pada suatu hari ketika dia sedang berjalan di kaki lima, dia jatuh tergelincir. Sewaktu terjatuh, beliau dengan tidak sengaja tergigit lidahnya sendiri dan terjadilah infeksi yang kemudian membunuhnya.

Meninggal Kerana Menendang Peti

Kisah ini pula terjadi di awal abad 20 kepada seorang pengusaha whiskey terkenal dari Tennessee, Amerika Syarikat yang bernama Jack Daniel. Apa yang berlaku kepada Daniel lebih kurang sama dengan peristiwa yang menimpa Lully. Pada suatu pagi Daniel ingin membuka salah satu peti whiskey namun dia terlupa nombor kombinasinya. Berasa marah, dia mengamuk dan menendang peti tersebut lantas menyebabkan salah satu jari kakinya terluka. Luka itu kemudiannya meradang akibat jangkitan kuman dan akhirnya membunuhnya.

Meninggal Kerana Kulit Pisang

Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang pelagak ngeri (stuntman) yang berani dan tidak takut mati. Pada tahun 1911 dia mencatat sejarah apabila menjadi orang kedua di dunia yang berjaya menakluki air terjun Niagara dengan hanya menggunakan barrel. Namun stuntman yang berani ini mengalami kematian yang ironi pada tahun 1926.

Bobby Leach

Pada suatu hari Leach yang sedang berjalan di Selandia Baru terpijak kulit pisang yang membuat terjatuh dan menyebabkan kakinya patah teruk dan harus dipotong. Dua bulan selepas itu, Leach meninggal dunia lantaran komplikasi yang menyerangnya dan terjadinya jangkitan kuman pada bahagian yang dipotong tersebut. Malang sekali ketika itu antibiotik belum tercipta.

Meninggal Kerana Payung Terjun Gagal Mengembang

Pada tahun 1912 Franz Reichelt mendakwa dirinya berjaya mencipta jaket yang digabungkan dengan payung terjun. Ia adalah suatu penemuan baru pada ketika itu. Dia ingin menguji jaket ciptaannya dengan melompat dari puncak menara Eiffel. Pada awalnya dia merancang untuk membuat ujikaji tersebut dengan menggunakan patung, namun dia mengubah fikiran pada saat-saat terakhir. Dia memutuskan untuk menguji sendiri jaket tersebut. Apa yang berlaku seterusnya adalah seperti yang dirisaukan oleh orang ramai, iaitu jaket itu tidak berfungsi dan dia pun jatuh tersungkur daripada puncak menara Eiffel. Beliau meninggal dunia akibat kecederaan yang parah.

Meninggal Setelah Diracun, Ditembak, Dipukul dan Akhirnya Ditenggelamkan

Grigori Rasputin (1869-1916) merupakan seorang tokoh lagenda di Rusia. Rasputin mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kerajaan Rusia. Kerana itu banyak pihak yang tidak menyukai dan ingin menghapuskan Rasputin. Rasputin pernah ditikam pada bahagian perut oleh Khionia Guseva, seorang bekas pelacur sehingga isi perutnya terkeluar. Namun Rasputin pulih dengan cepat setelah dibedah.

Grigori Rasputin

Tidak lama kemudian, sekumpulan bangsawan yang diketuai oleh Felix Yusupov merancang pembunuhan terhadap Rasputin. Rasputin dijemput ke istana Yusupov dan dihidang dengan makanan dan anggur yang telah diracun dengan sianida dalam dos yang tinggi, cukup untuk membunuh 10 orang. Namun racun sianida tersebut tidak memberi kesan terhadap Rasputin.
Yusupov kemudian menembak Rasputin dari belakang. Ketika ingin memastikan Rasputin telah mati, tiba-tiba dia bangkit dan menyerang Yusupov.

Melihat keadaan itu, anak-anak buah Yusupov menembak Rasputin sebanyak tiga kali lagi namun dia masih juga tidak mati dan cuba untuk melarikan diri. Kemudian mereka memukul Rasputin, mengikat, membungkusnya dengan karpet dan akhirnya ditenggelamkan ke dalam Sungai Neva yang dingin. Hasil bedah siasat ke atas jasad Rasputin menunjukkan bahawa beliau mati akibat lemas kerana paru-parunya dipenuhi air.

Meninggal Kerana Bola Besbol

Ray Chapman (1891-1920) merupakan satu-satunya pemain besbol yang meninggal dunia ketika pertandingan besbol sedang berlangsung. Dia meninggal dunia kerana kepalanya terkena balingan bola yang laju dari Carl Mays. Pada ketika itu, bola besbol biasanya dilumuri dengan tanah oleh pembaling bola sebelum membalingnya, untuk menyukarkan pihak lawan melihat bola tersebut.

Meninggal Kerana Selendang

Isadora Duncan (1877-1927) terkenal sebagai seorang tokoh tarian moden. Dia gemar memakai selendang ketika keluar ke mana-mana. Pada September tahun 1927, seperti biasanya dia memakai selendang yang berukuran besar dan menaiki sebuah kereta. Sewaktu kereta sedang bergerak laju, selendangnya terbang melalui tingkap kereta yang terbuka dan tersangkut pada tayar kereta menyebabkan beliau tercekik dan meninggal dunia.

Meninggal Ketika Membicarakan Hitler

Pada tahun 1943, Alexander Woollcott yang merupakan seorang pengkritik nazisme dan fasisme meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung ketika sedang membahaskan tentang kekejaman Adolf Hitler semasa zaman pemerintahannya.

Meninggal di Atas Pentas Konsert

Leslie Harvey yang merupakan seorang gitaris kumpulan Stone the Crows, meninggal dunia pada tahun 1972 akibat terkena renjatan eletrik dari mikrofon yang digunakan olehnya di atas pentas konsert. Aliran arus elektik yang tinggi telah menyebabkan kematian beliau.

Meninggal Ketika Siaran Televisyen

Christine Chubbuck (1944-1974) merupakan satu-satunya wartawan televisyen yang meninggal dunia ketika sedang bersiaran langsung. Dia membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri semasa siaran Suncoast Digest (WXLT-TV) pada tanggal 15 Julai 1974 dengan menggunakan sebuah Revolver 38 mm. Chubbuck dipercayai mengalami masalah depresi yang teruk sebelum bertindak membunuh diri.

Christine Chubbuck

Meninggal Kerana Dibunuh Oleh Robot

Robert Williams sedang berusaha mengambil suatu barang di atas rak penyimpanan Ford Motor’s Flat Rock kerana robot yang sedang digunakan tidak berfungsi. Namun secara tiba-tiba robot tersebut bergerak dan lengan robot itu terkena kepala Williams. Dia kemudiannya meninggal dunia pada 25 Januari 1979. Dua tahun selepas kejadian itu, kemalangan yang serupa terjadi di negara Jepun. Kenji Urada gagal mematikan sebuah robot yang akhirnya dengan secara tidak sengaja menolak tubuhnya masuk ke dalam mesin putar.

Meninggal Kerana Terpenggal oleh Kipas Helikopter

Victor Morrow (1929-1982) dan dua orang pelakon kanak-kanak meninggal dunia kerana terpenggal oleh kipas helikopter ketika sedang berlakon untuk filem Twilight Zone, pada tahun 1982. Kes tragis ini mendorong kerajaan Amerika Syarikat meminda undang-undang perlindungan tenaga kerja kanak-kanak dan peraturan keamanan serta jaminan keselamatan di lokasi penggambaran filem.

Meninggal Kerana Kaktus

Kisah ini juga berlaku pada tahun 1982, David Grundman dan seorang sahabatnya sedang pergi memburu kaktus. Mereka kemudian menemui sebuah kaktus yang besar. Kaktus ini merupakan kaktus Saguaro yang berketinggian mencecah hampir 8 meter dan berumur kira-kira 100 tahun. Di depan kaktus besar tersebut terdapat sebuah kaktus yang kecil. Mereka menembak kaktus kecil itu terlebih dahulu, dan berjaya. Apabila tiba giliran kaktus yang besar, sesuatu terjadi. Kaktus raksasa itu tertembak sampai berlubang, dan menyebabkannya jatuh menimpa Grundman. Dia mati terhempap dek kaktus di situ juga. Kaktus tersebut nampaknya berjaya membalas dendam!

Meninggal Kerana Penutup Botol

Seorang penulis drama Amerika Syarikat yang bernama Tennessee Williams (1911-1983), meninggal dunia ketika dia mabuk di sebuah hotel di New York akibat tercekik penutup botol yang tertelan olehnya. Perkara ini dipercayai berlaku dek kerana kebiasaannya meletakkan penutup botol di atas kedua-dua mata dan di dalam mulutnya ketika sedang minum-minum.

Meninggal Ketika Melawak

Dick Shawn (1924-1987) merupakan salah seorang pelakon dan pelawak yang meninggal dunia di atas pentas. Ketika kejadian beliau sedang melawak tentang kempen politik di Amerika Syarikat. Setelah mengatakan “I will not lay down on the job!” (Saya tidak akan meletakkan jawatan!), dia secara tiba-tiba terbaring di atas lantai.

Dick Shawn

Para penonton menganggap itu adalah sebahagian daripada lawak jenakanya. Tetapi kerana dia tidak juga bangun-bangun, beberapa petugas pentas terus memeriksanya dan melakukan bantuan nafas kecemasan. Dikatakan bahawa beliau diserang sakit jantung dan tidak lama kemudian dia pun meninggal.

Meninggal Kerana Tahi Lembu

Pada tahun 1991, seorang wanita warga Thailand berusia 57 tahun bernama Yooket Paen, terpijak tahi lembu ketika sedang berjalan di sekitar kebunnya. Selepas itu dia terpegang sebuah kabel yang tidak dibaluti oleh penebat elektrik (kabel telanjang), dan terkena renjatan eletrik sehingga meninggal dunia. Setelah pemakamannya, adik Paen datang ke kebun tersebut. Malang sekali dia turut terpijak tahi lembu yang sama, terpegang kabel yang sama, terkena renjatan elektrik dan juga meninggal dunia.

Meninggal Kerana Kambing

Pada tahun 1999, Betty Stobbs sedang memberi makan kepada kambing-kambingnya dengan motosikal. Makanan untuk kambing-kambing tersebut terletak di belakang motosikalnya. Ketika itu, kambing-kambing tersebut semuanya sedang kelaparan. Mereka terus menyerbu makanan di belakang motosikal tersebut, sehinggakan Stobbs tercampak ke dalam gaung sedalam 30 meter. Selepas tercampak, Stobbs masih hidup namun malang sekali nasibnya apabila motosikal beliau turut tercampak ke dalam gaung tersebut. Lalu Stobbs meninggal dunia tertimpa motosikalnya sendiri.

Meninggal Kerana Rak Buku

Mariesa Weber yang berumur 38 tahun dipercayai hilang pada November 2006. Sudah dua minggu dia tidak ditemui oleh keluarganya (padahal dia mati di rumah sendiri!). Namun akhirnya dia ditemui berada di bawah timbunan rak buku yang jatuh. Kemungkinan dia sedang berusaha memasang kabel Televisyen yang hanya dapat dicapai dengan berdiri di atas meja tulis di sebelah rak buku. Namun malang nasibnya apabila dia terjatuh dengan kepala terlebih dahulu, dan rak bukunya ikut jatuh menimpa Weber dan memyebabkan dia meninggal dunia di bawah timbunan buku-buku.

Meninggal Kerana Permainan Atas talian

Pada tahun 2005, seorang lelaki bernama Lee dari Korea Selatan dan berusia 28 tahun, meninggal dunia setelah 50 jam bermain permainan atas talian (game online) Starcraft tanpa henti di sebuah cyber cafe di Daegu. Dia dipercayai meninggal akibat keletihan melampau dan dehidrasi.

mati

Tiada siapa yang dapat menghalang dan lari daripada kematian. Kematian akan datang menjemput kita apabila tiba masa yang telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Oleh itu, diharap semoga kita semua mati dalam keadaan beriman hendaknya.

 

Sumber

Loading...
No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SERAM & MISTERI
Ini Pulau Paling Menyeramkan di Dunia, Banyak Kepala Dimutilasi di Pohon, Berani Datang?

Loading… Ada beberapa orang begitu tertarik dengan hal-hal berbau horor. Pengalaman menegangkan, dengan jatung berdebar kencang sepertinya menjadi pengalaman mengasyikkan bagi pecinta horor. Meski ada rasa takut, tapi cerita misteri selalu saja laris manis baik dalam cerita maupun film yang berbau mistis. Nah, bagi penyukan hal-hal tersebut. Mungkin pulau ini …

SERAM & MISTERI
14 Kota Hantu Paling Menyeramkan dan Mengerikan di Dunia

Loading… Pernahkah kamu membayangkan ketika kamu sedang melakukan perjalanan lalu tiba-tiba tak sengaja tersesat ke sebuah kota yang sudah tak berpenghuni? Jika demikian maka kamu harap berhati-hati karena siapa tahu kamu akan masuk ke beberapa kota hantu tak berpenghuni berikut ini. Kota-kota berikut ini mendapat julukan hantu lantaran tak ada …

INFORMASI
10 Perairan Yang Paling Berbahaya Di Dunia. Yang Last Tu Paling Ngeri !!

Loading… Bercuti di kawasan perairan, tidak kisahlah sama ada ianya tasik atau pun lautan pastinya sangat menyeronokkan. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa bukanlah semua kawasan perairan itu selamat untuk dikunjungi, seperti mana yang kami senaraikan di bawah ini: 10. Great Blue Hole, Belize Kejadian air pasang dan surut membuatkan …