Kisah Realiti Yang Menyeramkan Di Sebalik Pembikinan Filem The Exorcism of Emily Rose

SERAM & MISTERI

Bagi para penggemar filem seram hollywood, filem The Exorcism of Emily Rose adalah suatu tidak asing serta merupakan sebuah filem yang menarik perhatian dunia berkenaan upacara menghalau hantu “exorcism”. Filem ini juga meninggalkan pelbagai persoalan kepada penonton sama ada kejadian dirasuk makhluk halus adalah “real” atau pun suatu fenomena yang boleh dijelaskan melalui kaedah saintifik.

Filem The Exorcism of Emily Rose adalah sebuah filem yang diinspirasikan daripada kisah sebenar mengenai seorang gadis bernama Anneliese Michel yang berasal dari Leiblfing, Jerman. Anneliese dilahirkan pada tahun 1952 dan mula mengalami gangguan paranormal ketika berusia 17 tahun.

Sewaktu di sekolah menengah Anneliese telah mula mengalami gangguan dan doktor di Psychiatric clinic Wurzburg telah mendiagnoskan Anneliese mengalami Grand Mal epilepsi. Semenjak itu, dia juga mula berhalusinasi dan mendengar bisikan suara ghaib. Setelah menerima rawatan perubatan moden untuk beberapa lama, Anneliese tidak menunjukkan sebarang tanda beransur pulih dan ini menyebabkan ibu bapanya beralih kepada rawatan alternatif “Exorcism” yang dijalankan oleh paderi gereja katolik bernama Father Arnold Renz dan Pastor Ernst Alt.

Selama mengalami gangguan paranormal, dikatakan Anneliese melakukan perkara-perkara pelik seperti kencing di atas lantai dan menjilat kencing sendiri, memakan lalat dan lelabah. Selain itu, Anneliese merangkak dibawah meja dan menyalak seperti anjing. Anneliese juga kerap menjerit berjam-jam lamanya dan telah menjadi rutin.

Sepanjang tempoh 10 bulan tahun 1975-1976, Anneliese mendapat rawatan “exorcism” sebanyak 67 kali dimana rawatan dilakukan sekali atau dua kali dalam seminggu dan ritual”Exorcism” juga telah menyebabkan ligamen Anneliese koyak disebabkan setiap rawatan berlangsung selama hampir 4 jam dimana memerlukan dia untuk melutut ataupun dikenali sebagai “Genuflection”.

Anneliese juga memaksa dirinya untuk berpuasa sehingga ke akhir hayatnya kerana percaya ia dapat menjauhkan dirinya daripada gangguan syaitan, Anneliese menghembuskan nafas terakhir pada 1 July 1976 dirumahnya. Pada waktu kematian dilaporkan juga Anneliese mengalamai demam yang tinggi serta Pneumonia.

Hasil laporan bedah siasat, Anneliese mengalami malnutrisi dan dehydrasi yang sangat teruk dimana beratnya sekadar mencecah 30kg pada waktu kematiannya. Berikutan itu, ibu bapa dan dua orang paderi didakwa di mahkamah kerana berlaku cuai sehingga menyebabkan kematian dan dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan.

Dikatakan, Anneliese dirasuk lebih daripada satu makhluk antaranya Lucifer, Judas iscariot, Nero, Cain dan Fleishmann.

Selepas kematiannya, pihak gereja memberi kenyataan bahawa Anneliese mengalami masalah penyakit mental dan bukanlah gangguan ataupun rasukan makhluk jahat dan memberi kebenaran hanya kepada paderi yang bertauliah sahaja untuk menjalankan ritual “Exorcism”. Kes Anneliese telah dinyatakan sebagai salah satu kes misidentified mental disorder.

Kredit: Fiksyenshasha

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SERAM & MISTERI
Ini Pulau Paling Menyeramkan di Dunia, Banyak Kepala Dimutilasi di Pohon, Berani Datang??

Ada beberapa orang begitu tertarik dengan hal-hal berbau horor. Pengalaman menegangkan, dengan jatung berdebar kencang sepertinya menjadi pengalaman mengasyikkan bagi pecinta horor. Meski ada rasa takut, tapi cerita misteri selalu saja laris manis baik dalam cerita maupun film yang berbau mistis. Nah, bagi penyukan hal-hal tersebut. Mungkin pulau ini layak …

SERAM & MISTERI
14 Kota Hantu Paling Menyeramkan dan Mengerikan di Dunia

Pernahkah kamu membayangkan ketika kamu sedang melakukan perjalanan lalu tiba-tiba tak sengaja tersesat ke sebuah kota yang sudah tak berpenghuni? Jika demikian maka kamu harap berhati-hati karena siapa tahu kamu akan masuk ke beberapa kota hantu tak berpenghuni berikut ini. Kota-kota berikut ini mendapat julukan hantu lantaran tak ada seorang …

INFORMASI
10 Perairan Yang Paling Berbahaya Di Dunia. Yang Last Tu Paling Ngeri !!

Bercuti di kawasan perairan, tidak kisahlah sama ada ianya tasik atau pun lautan pastinya sangat menyeronokkan. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa bukanlah semua kawasan perairan itu selamat untuk dikunjungi, seperti mana yang kami senaraikan di bawah ini: 10. Great Blue Hole, Belize Kejadian air pasang dan surut membuatkan fenomena …