“Anak dah berderet, nak mengg4tal apa lagi?” – Lelaki ‘Basuh’ Kawan Kat Group Wasap Sebab Upload Gambar ‘Macamni’

SENSASI

 

“Anak dah berderet, nak mengg4tal apa lagi?” – Lelaki ‘Basuh’ Kawan Kat Group Wasap Sebab Upload Gambar ‘Macamni’

 

Dipetik dari FB Akhtar Syamir:

 

Semalam saya terpaksa luahkan kekecewaan kat group kawan-kawan sekolah. Benda yang sama berulang-kali dilakukan. Bila dinasihat dengan baik, akan berhenti buat benda ni beberapa minggu. Lepas tu akan mula balik.

 

Tak faham-faham nak hormat orang. Dalam group tu kebanyakannya dah berkahwin dan beranak-pinak. Bukan lelaki je, perempuan pun ramai. Telefon pun kadang-kadang anak ade pegang. Bukan masalah setting auto download ke tidak. Walaupun saya sendiri tak set auto download, tapi untuk yang suka set auto download dah tentu sangat-sangat menyusahkan.

 

Leceh yang amat sangat nak menjawab dengan pasangan bila adanya gambar-gambar sebegini keluar kita memang tak download, tapi persepsi pasangan terhadap kawan-kawan kita pasti jadi serong. Mereka pasti tertanya-tanya kenapa pasangan mereka berkawan dengan orang sebegini? Bila ahli group itu wanita dan suami dia sendiri yang tengok, memang takkan lama. Mesti akan left group. Tak berbaloi bertengkar dan bermasam muka kerana orang lain.

 

 

Kalau tak hormat kawan-kawan pun, tak rasa bersalah ke kat isteri sendiri? Isteri mana yang suka suami kongsi gambar-gambar perempuan lain? Tak kira la posisi atau caption apa sekali pun. Tak pernah ke terfikir yang apa yang dibuat tu salah? Apa yang seronoknya melayan nfsu mata dengan perempuan lain? Anak dah berderet, nak menggatal apa lagi? Konon nak ikut sunnah Nabi kahwin 4. Kalau dah rasa mampu sangat, silakan. Tapi sunnah lain buat la jugak. Share gambar perempuan lain, ziina mata ni semua sunnah jugak ke?

 

Jangan ingat orang yang tak suka buat jahat ni tak sporting. Itu alasan hina untuk terus buat benda yang rosak ni.

 

Bukan mudah nak kekalkan silaturrahim dengan sahabat masa sekolah dulu. Kali terakhir persekolahan untuk saya ialah 22 tahun yang lalu. Dari beratus-ratus sahabat masa sekolah dulu, ada hampir 60 je dalam group tu. Itu sahaja yang tinggal sebagai penghubung kepada memori indah, suka dan duka zaman persekolahan.

 

Pengalaman sebegitu kita takkan dapat ulangi lagi. Kita bukan ada mesin masa yang boleh patah balik dan lalui semula benda tu semua. Bila kita tengok seorang sahabat, semua kenangan yang berdekatan dengan dia kita akan dapat ingat dan rasakan. Kalau perhubungan itu dah hilang? Lama-kelamaan memori itu akan lenyap buat selamanya.

 

Ambillah iktibar dari benda ni. Makin lama makin berkurang sahabat dalan group disebabkan hal ini. Di platform lain bukan senang nak berkumpul. Janganlah pentingkan diri dan nafsu sendiri. Berhenti mengajak orang lain ke jalan yang mungkar. Hormati orang sekeliling dan hormatilah isteri sendiri.

 

Kalau betul-betul tak boleh tinggalkan gambar wanita lain yang cantik yang s3ksi dan video p0rno yang dirasakan perlu sangat untuk dikongsi tu, silalah undur diri. Layanlah sorang-sorang. Jangan sibuk nak ajak orang lain.

 

Kepada suami orang yang masih berperangai sebegini. Kamu memang sampah yang menyusahkan. Kepada ahli group yang ada orang sebegini, nasihatlah baik-baik. Kalau tak boleh berubah, fikirlah sama ada nak kehilangan 50 sahabat, atau nak kehilangan 2,3 orang yang tak faham bahasa. Pilihan di tangan anda.

 

Saya pasti masalah ini sering berlaku kepada ramai orang. Jadi, tolong SHARE post ini supaya ramai orang yang berperangai seperti ini faham betapa mereka telah menyusahkan dan memutuskan hubungan di kalangan sahabat mereka.

 

Korang punya group ade tak jadi macam ni?

 

 

 

 

Saya pernah buat satu penulisan mengenai hal ini juga sebelum ini. Baca dibawah :

 

Isteri aku tak cantik.

 

 

Isk… Makin lama makin lemau aku tengok isteri aku nie. Kata si suami dalam hatinya. Handphone dibelek – belek membuka whatsapp group rakan – rakan. Ada yang share gambar wanita – wanita cantik beserta caption “Selamat pagi abang – abang dalam group nie”. Cair si suami menengoknya.

 

Tak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar – gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video p0rnografi.

 

 

Yang peliknya, yang tukang share itu adalah suami orang. Anak pun dah berderet. Berkongsi pula dengan rakan – rakan yang sudah berkeluarga dan kadang – kala tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan group keluarga / keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu / anak saudara / mak saudara / sepupu sepapat lain tengok kenakalan mereka.

 

Bila masuk ke media sosial, si suami seronok LIKE gambar – gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat “berinteraksi” kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya, perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.

 

 

Bila buat benda – benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati, tapi si suami ada beribu wanita di mata.

 

Kenapa la isteri aku tak cantik? Bisikan nakal di hati suami. Dulu menarik gila. Tak puas tengok. Pantang bergesel lengan je pun terus jadi. Tapi sekarang nak tengok muka pun tak lalu. Lemau je. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun gelebeh sane sini. Tak selera langsung dah. 2 minggu sekali tu pun sebab terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia. Macam makcik tua. Tepek bedak sejuk je, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain. Sedap je mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu…

 

Kalau si suami ada perasaan macam nie, amatlah menyedihkan. Isteri tu tak cantik kenapa? Isteri tu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk suami. Anda nak isteri anda cantik, tapi anda yang tak jaga. Macam mana nak cantik?

 

 

Rambut dia serabai, gugur sana sini anda nak salahkan dia? Syampu pun anda malas beli. Kalau beli pun cap ayam yang paling murah. Asalkan berbuih.

 

Muka dia tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi je. Ingat ketiak ke? Pastu nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain – lain. Silap – silap foundation pun anda taktau ape.

 

Badan dah gelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan kat badan dia. Orang rumah ajak pergi taman jalan – jalan je pun anda dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai. Terus dicop sebagai nusyuz ! Maksiat ! Walaupun kelas tu semua perempuan. Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja – kerja rumah tu kan berpeluh? Anda nie bela isteri ke bela orang gaji?

 

 

Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online anda tak bagi, membazir la takut kena tipu la. Nak harapkan anda beli? Kalau boleh nak beli bundle je asalkan ade baju. Tak ke membazir? Nak cantik – cantik nie nak tunjuk kat sape? Berdosa tau. Kata si suami memberi alasan. Lepas tu nak kecoh pakaian isteri tak menarik? Hmmm..

 

Makeup pun takda? Pakai bedak sejuk je? Nak makeup macam mana bang, abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Tu yang dia tak pakai dah. Dia nak beli kat Guardian, Watson anda kata membazir, mahal. Padahal makeup tu beli boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada KKM tak? Zzzz…

 

Dan akhir sekali. Cinta dan hormat. Di mana cinta kita kepada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri. Jika anda cintakan dan hormat isteri, anda takkan buat perkara – perkara pelik tu. Anda juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri anda.

 

Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam BroOhsem nie poyo gila. Macam dia sorang je yang best. Jika anda berfikiran sebegini, saya tak dapat bantu anda. Tahap pemikiran anda tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya meminta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada anda.

 

Namun, jika anda terkesan dengan posting ini, tataplah isteri anda. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah. Berbincanglah dengan isteri apa yang dia perlukan. Kadang – kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati anda kembali kepada isteri tercinta.

 

Sumber: Akhtar Syamir / BroOhsem / edisimedia.com

 

Terima kasih kerana membaca. Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua.

 

Anda juga boleh Like Page Kami Juga Di Facebook Arena Informasi Terkini Dan Menarik untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik.

INFORMASI
23 Teka-Teki Tak Luput Ditelan Zaman Dengan Jawapan Yg Logik Dan Paling Legend

23 Teka-Teki Tak Luput Ditelan Zaman Dengan Jawapan Yg Logik. NO 23 Tu Paling Lejan 1. Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan sebab sekali. Jawapan: Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak. 2. Sebab apa …

LUAR NEGARA
Beli Kontena Berharga RM340. Selepas Lihat Isinya, Lelaki Ini Terkejut. Dia Bakal Jadi Jutawan.

Seorang ahli perniagaan kecil-kecilan di Britain tidak menyangka tindakannya membeli satu kontena yang tidak diketahui muatannya berharga AS$100 (RM320) lebih 20 tahun lalu, bakal mengubah nasibnya menjadi jutawan.   Lelaki yang enggan dikenali itu telah membeli satu kontena misteri di Long Island pada 1989 tanpa menyedari ia sebenarnya berisi kereta …

SENSASI
Nak Malu Apa Isteriku? Akhirnya Terjawab, Bapa Kongsi Cerita Sebenar Disebalik Namakan Anak ‘Muhammad Bossku’.

Di sana ‘bossku’ di situ ‘bossku’, di mana-mana sahaja orang ramai terutama netizen mula menyebut perkataan tersebut apabila ia menjadi trend di laman sosial. Difahamkan, perkataan ‘bossku’ merupakan slanga yang digunakan oleh anak-anak muda, termasuk golongan bermotosikal dan penggunaannya didakwa berasal dari Sabah. Malah, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib …