Kambing Boleh Dikenakan Dipenjara 7 Tahun Jika Sabit Kesalahan

LUAR NEGARA

Janakpur (India): Seekor kambing (gambar) berhadapan penjara sehingga 7 tahun kerana didapati memakan tanaman seorang majistret di daerah itu.

Polis menangkap kambing tersebut kerana memakan tanaman jenis petunia dan kobis di kebun milik majistret tersebut.

Selain dari kambing betina itu, individu yang ditangkap adalah seorang lelaki pemilik kepada kambing penceroboh itu.

Mereka berdua walaubagaimanapun dilepaskan dengan ikat jamin setelah ditahan semalaman di dalam lokap, tetapi kemungkinan besar jika sabit kesalahan kedua mereka boleh dihukum penjara 2 atau sehingga 7 tahun atas tuduhan “nakal” dan menceroboh.

Menurut seorang anggota polis di wilayah itu, Ram Sewak Paikra, kambing betina nakal itu adalah “pesalah berulang”.

Polis berjaya mengesan aktiviti memakan tanaman di kebun majistret itu apabila tukang kebun yang bekerja di tempat itu bernama Rajesh Paikra bertindak menangkap dan menarik kambing betina itu ke balai polis lalu mendesak pihak polis untuk bertindak.

Setelah laporan polis diterima, pemilik kambing tersebut bernama Abdul Hassan turut ditahan atas tuduhan menceroboh.

Sumber: Whatsapp/Agensi.

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KINI TRENDING
Selepas Terabai Bertahun Lamanya, Kucing Ini Bertukar Menjadi ‘Sotong Oktopus’

Seekor kucing bernama Hidey ‘bertukar menyerupai sotong oktopus’ setelah dia bertahun-tahun diabaikan oleh tuannya yang mengalami penyakit Alzheimer. Difahamkan, Hidey mula menjadi tidak terurus sehinggakan bulu-bulunya menjadi kusut seterusnya bertukar menyamai rambut dreadlocks. Foto kucing feline itu dimuat naik oleh laman Facebook, Animal Rescue League Shelter & Wildfire Center di …

INFORMASI
Selepas 18 Tahun Tinggal Di Hutan. Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Cukup Luar Biasa.

Bila mendengar ada manusia yang tinggal di hutan, pasti ramai menyangka mereka itu orang asli atau sebagainya. Kehidupan dalam hutan pastinya penuh dengan risiko kerana hutan dihuni oleh pelbagai hidupan liar yang boleh mengancam nyawa. Menurut Laman Era Baru, seorang wanita Emma Orbach dari Wales telah nekad untuk meninggalkan semua …

LUAR NEGARA
Selepas Menghantar Gambar Ini Pada Suaminya,Suaminya Terus Menceraikan Isterinya. Apa Yang Tidak Kena Pada Gambar Ini??

Jika anda melihat gambar ini, anda mungkin akan mendapati bahawa tiada apa yang mencurigakan berlaku di sini. Hanya seorang isteri tersenyum untuk suaminya yang jauh dari rumah untuk bekerja. Sebelum anda berkata: “Tunggu, jika dia sendiri, siapa yang mengambil gambar itu ?!” Kami perlu mengingatkan anda bahawa setiap kamera dan …