Semasa Masak Isteri Tiba2 JATUH. Bila Ke Hospital Dapat Result Terus Aku GELAP MATA

KELUARGA

Luahan seorang suami yang dah empat tahun kehilangan isterinya tercinta, segalanya hanya bermula dengan isterinya tiba-tiba jatuh di dapur. Sedih sangat. Boleh baca luahan beliau di bawah ini.

Hi admin..Aku pinjam FB kawan pompuan aku kejap..Jgn sabotaj dia k..A ku nk share kisah sedih aku dn someone y aku kenang buat selamanya.

Aku dgn wife satu tempat kerja. Wife aku ni jenis lasak. Dia kerja bahagian stor keeper. Tapi tak de la 24 jam angkat berat. Dia sorang je perempuan kt unit tu. Sebelum kami bernikah, aku tak tau yg wife aku ni selalu sakit belakang dn sakit kepala. Dia tak pernah cerita pun kat aku.

Smpai lah kami kahwin, baru aku tau pasal ni. Aku ajak dia pergi checkup, tapi dia tak nak. Katanya nanti doctor cakap alah sakit biasa je ni, u stress ni, nanti doctor bagi pain killer je. So aku tak leh buat apa2.

Rezeki kami, dia mengandung. Waktu tu pun dia aktif gerak sana sini. Nak senang bersalin katanya. Kuasa Allah, sepanjang 9bln tu, tak pernah dia mengadu dia sakit belakang. Kadang aku tanya jugak, dia kata tak lah, seronok rupanya pregnant ni, boleh bawa baby ke sana sini. Aku senyum je. Syg wife aku.

Lepas bersalin czer, aku da start sibuk. Bukan sibuk kerja. Tapi sibuk dengan game. Sebelum2 ni pun sama. Aku tak tumpu sgt dgn kesihatan dia. Aku dgn game. Anak, time dia masak je aku jaga. Yg lain semua dia. Hampir setiap hari dia mengadu sakit belakang, sakit lutut dn makin lama dia jdi makin pelupa. Aku tetap sama. Tak tumpu sgt pun.

Satu hari tu, tgh dia memasak, dia jatuh terjelupuk kat lantai. Terkejut aku dgr bunyi kuali jatuh. Nasib baik tak kena dia. Dia ckp dia tak leh bangun. Aku dukung dia bwk rest kat ruang tamu. Anak aku terus pergi kat dia. Dia peluk baby, dia ckp mama penat lah syg, mama ok je ni. Anak aku urut2 kaki dia. Senyum dia.

Aku decide nak bawak jugak pergi pakar. Dia akur. Lepas checkup, aku da mcm gelap mata. Gelap dunia aku. Wife aku kanser tulang tahap 4. Sebab tu jugak ingatan dia makin kurang. Doktor ckp lagi bertambah parah sebab dia pregnant dan czer. Selang seminggu terus kena tahan wad. Rambut da start gugur.

Aku bgtau anak aku pasal mama nya sakit. Seolah2 faham apa itu kanser dan hasil didikan kami, anak aku tenang. Baby cuma ckp, baby tau mama kuat, mama kan syg baby dan babah. Berderai air mata aku. Anak lah pemberi semangat, dia lah yg motivate aku saat aku termenung penuh kesal.

2mggu dlm wad, wife aku pergi buat selamanya. 4 tahun dah berlalu, masih terbayang tiap telatah dia di tiap sudut pandangan aku. Dan baby ? Sentiasa ada dengan Babah dia. Tiada lg masa dengan game, tiada lg masa dengan Facebook. Baby la peneman aku, motivator aku, tempat aku kongsi cerita.

Sebelum pergi, wife aku ada pesan, dia suruh aku cari kawan dia, dan dia suh aku bernikah dengan kawan tu, sbb dia percaya kawan dia boleh jaga baby. Tapi aku tak cari dan tak buat. Cukup lah dia seorang.

Syg, maafkan abg..Abg tak dapat tunaikan permintaan syg. Abg masih kuat dn boleh jaga baby. Biarlah cinta syg jdi y terakhir bt abg dn baby. Lagipun baby tak nak mama baru. Dia kata, kalau abg nak kawin, dia nak abg kawin dgn mama yg lama. Salam Takziah bt isteri ku.

Sumber: KRT via khalifahmailonline.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KELUARGA
Aura Kehamilan Boleh Berjangkit, Patutlah Bila Kawan Baik Mengandung, Lepas Tu Seorang Lagi Pun Hamil

Jika kita selalu melayan Facebook mesti kita akan melihat rata-rata rakan dalam Facebook mengandung dan ada anak. Semua cerita pasal orang mengandung dari mula sampai akhir, macam berjanji saja mengandung secara serentak. Pernahkah terlintas di fikiran anda untuk mengandung serentak dengan kawan baik sendiri? Kalau masa dulu anda pernah baca …

KELUARGA
Nasihat Rasulullah Untuk Lelaki Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini. Paling Ramai Zaman Sekarang.

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”. 1.Wanita Ananah Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga …

INSPIRASI
Cara Suami Hiburkan Isterinya Dalam Hujan Buat Ramai Sebak Dan Terharu.

Bak kata pepatah, ‘Hidup ini umpama roda, sekejap kita diatas dan sekejap kita di bawah’, di dunia yang fana ini tidak semua orang kaya dan tidak semua orang miskin. Sudah pasti ada antara inginkan menjadi seorang yang kaya dan hidup mewah, dan ada diantara kita tidak kisah kaya atau miskin …