5 Tanda-Tanda Anda Seorang Isteri Yang Bertuah

KELUARGA

Dalam sebuah perkahwinan, tiada seorang isteri pun yang tidak mengimpikan seorang suami yang terbaik dan dapat membahagiakannya.

Walaupun kadang-kadang sikap si suami tidak menepati citarasa kita, namun anda perlu belajar bersyukur jika tanda-tanda dibawah ini ada pada suami anda. Ini kerana anda adalah seorang wanita yang bertuah kerana memiliki suami yang terbaik.

#1 – Sentiasa cuba menenangkan hati anda

Walau dalam apa pun kesusahan, kehadiran suami anda sentiasa menenangkan hati dan ini menunjukkan anda telah membuat pilihan yang tepat memilihnya sebagai pasangan hidup.

#2 – Sentiasa meminta nasihat anda

Ketika ingin membuat sesuatu keputusan, si dia sentiasa menjadi kan anda sebagai rujukan dan penasihat utama.isteri bertuah, isteri bahagia, isteri tenang, suami isteri, suami pandai jaga isteri, suami jaga hati isteri, suami bertanggungjawap

#3 – Tidak gemar menonton pornografi atau gambar lucah

Si suami yang tidak gemar melihat gambar lucah atau tidak menyimpan video lucah ditelefon bimbitnya adalah seorang yang sangat menghargai isterinya. Dia sentiasa menjaga matanya dan hanya bernafsu apabila bersama isterinya sahaja. Jangan hairan di zaman sekarang ramai suami yang menyimpan video lucah di telefon bimbit, alasannya video tersebut dihantar oleh rakan-rakan di group WhatsApp.

isteri bertuah, isteri bahagia, isteri tenang, suami isteri, suami pandai jaga isteri, suami jaga hati isteri, suami bertanggungjawap

#4 – Tegas tapi romantik

Jangan sedih jika dapat suami jenis “muka ketat” atau suka berleter asalkan dia tidak pernah lupa tarikh hari lahir anda, hari ulang tahun perkahwinan, atau apa-apa hari yang bersejarah dalam hidup anda. Dia sentiasa membuat kejutan dengan hadiah atau walaupun sekadar ucapan dan ciuman. Yakinlah dia seorang yang sangat romantik, kata orang muka garang tapi dalam hati ada taman.

#5 – Tidak lupa tanggungjawab agama

Kunci sebuah kebahagian rumah tangga adalah bimbingan dan dorongan yang baik dari seorang suami. Jika suami anda seorang yang tidak pernah lupa akan tanggungjawab pada agama, InsyaAllah kehidupan anda sekeluarga akan senang dunia dan akhirat.

Lihatlah lima kebaikkan dan kelebihannya dari sentiasa memikirkan satu kekurangan yang ada padanya. Dalam dunia mana ada manusia yang serba sempurna. Jadi ada tak ciri-ciri diatas pada suami anda? Kalau ada, jaga lah si dia elok-elok kerana risau juga dikebas orang jika anda tidak pandai menghargai.

 

Sumber: Petuaibu

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KELUARGA
Siapa Sakitkan Hati Isteri Memang Allah Jadikan Hidupnya Tak Berkat! Tak Berjaya!! Ini Kisah Benar Seorang Lelaki Bergelar Suami.

  Sakitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab, tetapi ramai suami yang berpura-pura buat tak nampak dan tak kisah sebab tak nak panjangkan cerita. Tetapi yang mana masih mencari sebab kena rezeki kurang lebat, tolonglah baca perkongsian Ebit Lew ini… Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. …

KELUARGA
8 Tahun KAHWIN Siapa Sebenarnya BINI Aku Ni?? Alangkah Terkejutnya Aku Bila Mengetahuinya…

Aku tergerak hati nak tulis since baca ‘Abang makenik’. Kalau yg tulis tu bini dia, kali ni yg tulis lelaki. A.k.a suami. Opss bukan suami akak tu. Sebelum tu, thanks laa kt page iium ni. Aku tergerak nk tulis pun sebab xtau nak luahkan mcmne. Aku dah kawin. Usia perkahwinan …

KELUARGA
Awas Ramai Yang TAK TAHU! Berdosa Besar Suami Beri Nafkah Begini Pada Isteri. Sila Ambil Tahu!

Nafkah untuk isteri? Apa yang dimaksudkan dengan nafkah? Kenapa ianya hanya untuk isteri? Untuk suami tidak ada ke? Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada si suami. Pemberian nafkah kepada isteri adalah tanggungjawab suami seperti yang telah ditetapkan oleh Islam. Suami perlu menyediakan nafkah …