Tabung Derma Masjid Dipasang Kamera Kecil. Apa Yang Orang Tua Ini Sedekahkan Buat Ramai Terkedu

INSPIRASI

Walau Bagaimana Pun Caranya, Semoga Allah Buka Pintu Hati Kita Untuk Ringan Tangan Buat Amal Sedekah Di Mana-mana Sahaja. InsyaAllah Amin.

Tabung Derma Dipasang Kamera. Apa Yg Orang Tua Ini Sedekahkan Buat Ramai Terkedu. Bagi umat Islam, berinfak dan bersedekah merupakan cara yang lazim untuk berbagi kebaikan.

Bahkan, caranya pun boleh pelbagai cara, mulai dari yang mutakhir melalui internet atau cara umum dengan memasukkan duit ke kotak amal.

Melihat keunikan infak dan sedekah ini, sekumpulan aktivis dari Kitabisa.com mencuba melakukan eksperimen sosial.

Dalam eksperimen sosial untuk mengetahui jumlah derma yang diberikan jemaah masjid, ahli kumpulan yang menjalankan ekspirimen ini telah memasang kamera tersembunyi di dalam kotak amal.

Dari beberapa orang yang menderma, kumpulan ini telah menemukan seorang pedagang di Pasar Kiaracondong, Bandung, Didi Suhardi, memberi derma yang berbeza dari jemaah lainnya.

Setelah ditanya selepas selesai solat, Didi mengatakan alasannya bersedekah. Didi mengaku bersedekah merupakan cara untuk berkongsi rezeki.

“ Jangan sampai termasuk orang kedekut,” ucap Didi.

Ditanya apakah pekerjaan beliau, dengan senang beliau menjawab mencari rezeki dengan berniaga di pasar.

Berdasarkan video tersebut, Didi telah menderma sebanyak Rp100,000 dan jika ditukar kepada mata wang Malaysia, ianya bersamaan RM28.

Mungkin sesetengah kita di Malaysia jumlah tersebut adalah biasa, namun jika dibandingkan dengan nilai mata wang dan ekonomi Indonesia, jumlah itu sebenarnya agak tinggi dan amat jarang untuk melihat jemaah menderma sebanyak itu.

Pendek kata jika di Malaysia, jarang untuk kita melihat jemaah menderma sebanyak RM100 ringgit ke dalam tabung. Mungkin ada, tapi kebiasaanya sedekah yang banyak selalunya disalurkan secara terus kepada AJK masjid untuk memastikan ianya lebih selamat.

Sementara bagi lelaki yang ditemubual ini, beliau sentiasa merendah diri dalam menutur kata. Walau didesak beberapa kali berapa jumlah wang yang disedekahkan namun beliau bijak untuk tidak menjawab secara terus terang.

Walaupun jumlah dermanya sudah diketahui, dengan rendah hati Didi tetap tak mahu menyebutnya.

Jom saksikan video penuh eksperimen sosial di bawah ini:

Mungkin ada pihak di Malaysia boleh melakukan aktiviti serupa. Bukan untuk tujuan riak, tetapi untuk mengajak masyarakat ringan tangan bersedekah.

Sumber : cantiknetwork.com

INSPIRASI
Hari Ni, Hari Last Kita Makan Sama-Sama Tp Talak Dilafazkan Dimeja Makan. Suami Menangis Saat Melihat Isi Kandungan Di Dalam Kotak Yg Ditinggalkan Itu

Kisah sedih…(si isteri setia yang ditalakkan) Malam… Isteri mencedukkan nasi ke pinggan suaminya Masing-masing tidak bersuara. Diam membisu seribu bahasa. Memang begitu. Dah tiga bulan suasananya begitu… Dingin. Tegang. Hari itu, nampaknya lebih dingin dari biasanya. Hujan renyai-renyai menambahkan kedinginan.Dingin dalam dua hati. “Hari ni, hari last kita makan sama-sama.” …

INSPIRASI
Semoga Akak Tadi Jadi Customer Terakhir Dalam Hidup Adik Yang Jatuh Air Muka Di Tangan Adik Di Kaunter Pembayaran.

Alkisah di kedai Eco tadi. Beli beberapa barang sambil layan anak-anak beli barang mereka. Sewaktu di kaunter pembayaran, orang pun tak berapa ramai. Tak beratur sampai sejam, kira tak ramai la kan. Ada seorang ibu lingkungan 30an dengan dua orang anak di hadapan saya. Seorang mungkin umur setahun lebih, didukung. …

INSPIRASI
Aku malu. Masa kitorang makan ramai2, time bayar semua diam. Last2 isteri nak bayarkan, tapi aku terpaksa tarik tangan isteri di sebabkan

Assalamualaikum pembaca iium confession. Nama saya Nizam, berumur lewat 20an. Saya seorang juruteknik di sebuah kilang farmasi di Negeri Pantai Timur. Sudah pun berkahwin dengan isteri yang kira paras rupanya cantik dan manis orangnya. Apa yang buatkan saya lebih tertarik kepadanya adalah sifatnya yang sangat pemurah! Yes, isteri saya seorang …