Seorang Pomen Ini TERSENTAK Bila Ustaz Cakap “Mungkin Ketika Ini Allah Juga BOSAN Dengan Kamu…”

INSPIRASI

Subhanallah, sungguh menginsafkan kisah pomen ni…

Seorang ustaz kampung yang sedang menaiki motorsikal dalam perjalanan ke sebuah surau. Ketika dalam perjalanan tiba-tiba tayar motornya terkena paku dan pancit. Maka beliau pun singgah ke bengkel motor yang kebetulan ada berdekatan untuk menukar tayar motorsikalnya.

Setelah sampai dibengkel, ustaz tersebut memberitahu kepada pomen motor untuk menukar tayar motorsikalnya. Pomen motor tersebut segera menukar tayar motorsikal ustaz tersebut seperti mana rutin harian kerjanya.

Oleh kerana yang datang itu seorang ustaz, maka pomen motor tersebut terus bertanya soalan :

“Ustaz, boleh saya tanya satu soalan? kenapa hidup saya susah dan banyak masalah? Cari rezeki susah, cari kerja susah, gaji saya tak cukup untuk menampung keluarga saya. Mak saya sakit, nak tanggung isteri dan anak-anak lagi. Hutang saya pula keliling pinggang…”

Saya dah bosan dengan hidup saya yang macam ni ustaz. Terasa hambar, tak ada tujuan. Bosan saya ustaz. Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat ye? Sedangkan saya rajin kerja siang malam cari duit.”

Lalu ustaz itu menjawab;

“Oooo..! Mungkin ketika ini Allah juga BOSAN dengan kamu.”

“Hahh! Allah bosan dengan saya, macamana tu ustaz? Apa maksud ustaz?” tanya si pomen tersebut itu dengan wajah yang terpinga-pinga..

“Mungkin Allah letih cari kamu, Sebab dicari dimana-mana tapi kamu tak jumpa.”

“Ya.. mungkin Allah cari diantara dikalangan orang yang solat berjemaah di masjid, tetapi kamu tiada.

Dicari di antara hamba yang solat dhuha, juga tiada.

Dicari di antara hamba yang solat tahajjud pun tiada.

Dicari di antara kalangan hamba yang puasa sunat juga tiada.

Dicari di antara hamba yang rajin bersedekah juga tak kelihatan.

Dicari di antara hamba yang mentadabbur Al-Qur’an, juga tak nampak.

Dicari di antara hamba yang menunaikan umrah, jangan kata jumpa.. niat nak pergi pun takde.”

Pomen motor tersebut tertunduk dan terus tertunduk…

Lalu ustaz tu menyambung kata-katanya…

“Sehingga dicari Allah di antara hamba² yang tepat waktu SOLATNYA, juga tak ada. Malah solat pun kalau buat, paling hujung waktu baru buat. Tu pun mujur buat.

Lebih mengutamakan dunia.. Cuba fikir, siapa yang mengatur waktu, hidup dan umur kamu ??

Lalu.. Allah nak cari kamu di mana lagi? Cuba beritahu ustaz..!

Pomen tersebut diam. Tangannya yang sedang sibuk mencari lubang-lubang tayar yang bocor tadi terus berhenti.

“Cakaplah kat ustaz… jangan diam.” ucap ustaz kampung itu.

Maka menangislah pomen tersebut. Sambil mengusap airmatanya yang jatuh bercucuran, lalu ia berkali-kali beristighfar.

Astagfirullahal adzim ya Allah.. Astagfirullahal adzim ya Allah.. Astagfirullahal adzim ya Allah..

Sambil mengusap-usap bahu pomen tersebut, ustaz itu berkata..

“Hidup ni sederhana bang..”

“Jika kita mengutamakan Allah…, Maka Allah pun pasti mengutamakan keperluan kita.”

“TUNAIKAN KEWAJIPAN KITA PADA ALLAH, MAKA ALLAH AKAN PENUHI SEGALA HAK KITA.”

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Selagi masih ada waktu…

Semoga bermanfaat… Wallahua’lam…

Sumber: telagananbiru.

INSPIRASI
Hari Ni, Hari Last Kita Makan Sama-Sama Tp Talak Dilafazkan Dimeja Makan. Suami Menangis Saat Melihat Isi Kandungan Di Dalam Kotak Yg Ditinggalkan Itu

Kisah sedih…(si isteri setia yang ditalakkan) Malam… Isteri mencedukkan nasi ke pinggan suaminya Masing-masing tidak bersuara. Diam membisu seribu bahasa. Memang begitu. Dah tiga bulan suasananya begitu… Dingin. Tegang. Hari itu, nampaknya lebih dingin dari biasanya. Hujan renyai-renyai menambahkan kedinginan.Dingin dalam dua hati. “Hari ni, hari last kita makan sama-sama.” …

INSPIRASI
Semoga Akak Tadi Jadi Customer Terakhir Dalam Hidup Adik Yang Jatuh Air Muka Di Tangan Adik Di Kaunter Pembayaran.

Alkisah di kedai Eco tadi. Beli beberapa barang sambil layan anak-anak beli barang mereka. Sewaktu di kaunter pembayaran, orang pun tak berapa ramai. Tak beratur sampai sejam, kira tak ramai la kan. Ada seorang ibu lingkungan 30an dengan dua orang anak di hadapan saya. Seorang mungkin umur setahun lebih, didukung. …

INSPIRASI
Aku malu. Masa kitorang makan ramai2, time bayar semua diam. Last2 isteri nak bayarkan, tapi aku terpaksa tarik tangan isteri di sebabkan

Assalamualaikum pembaca iium confession. Nama saya Nizam, berumur lewat 20an. Saya seorang juruteknik di sebuah kilang farmasi di Negeri Pantai Timur. Sudah pun berkahwin dengan isteri yang kira paras rupanya cantik dan manis orangnya. Apa yang buatkan saya lebih tertarik kepadanya adalah sifatnya yang sangat pemurah! Yes, isteri saya seorang …