Selesai Padam Kebakaran, Bomba Terkejut Melihat Apa Yang Kucing Ini Lakukan Hingga Buat Mereka Menangis

INSPIRASI

Mungkin cerita ini sudah lama, sudah lapuk tetapi kisah sang kucing ini boleh kita jadikan teladan sampai bila-bila.

Pada 30 Mac, bangunan tersebut terbakar atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Bomba telah dihubungi untuk memadam kebkaran tersebut dari merebak ke bangunan berhampiran. Kisah ini terjadi sekitar tahun 1996 di mana seekor ibu kucing beranak lima yang bernama Scarlett.

Kisah ini telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia dalam satu insiden kebakaran besar. Ibu kucing ini dengan gigihnya berusaha untuk mengeluarkan lima anak-anaknya sekaligus menylamatkan mereka daripada rntung ditempat tinggalnya.

Sememangnya, Scarlett merupakan seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang, sanggup menggadai nyawanya serta menghadapi pelbagai kemungkinan demi anak-anaknya.

Tiada sesiapa sewaktu kebakaran berlaku

Sebenarnya, Scarlett tinggal di dalam sebuah garaj di Brooklyn bersama-sama lima anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, ahli keluarga tuannya tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Ketika api mula berjaya dikawal, salah seorang ahli bomba, David Giannelli terdengar bunyi suara kucing yang halus berdekatan dengan bangunan yang runtuh.

Pasukan anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah hangus.

David terpandang Scarlett yang terbaring bersama 2 ekor anak kucing berpelukan. Manakala 3 ekor lagi dijumpai di seberang jalan kawasan tersebut.

Keadaannya yang hangus dan melecur teruk di mana telinganya terbakar, kaki dan tangan juga melecur. Mujur juga matanya masih terpelihara tidak buta ketika kejadian malang itu.

Setelah berjaya menyelamatkan anak-anaknya, kucing ini menyusun kesemua anaknya agar selamat walaupun keadaan dirinya yang derita kepanasan dek api yang membakar.

Scarlett rebah selepas berjaya selamatkan anak-anaknya

Dengan keadaan matanya yang melecur teruk dan telah melekat dengan hidungnya akhirnya Scarlett rebah dan pengsan selepas berjaya menyelamatkan anak-anaknya itu.

Bulunya juga mempunyai banyak kesan hangus terbakar. Dapatkah anda bayangkan bagaimana keadaannya ketika itu menggonggong anak seekor demi seekor keluar masuk bangunan? Demi kasihnya terhadap anak-anaknya yang baru berusia beberapa minggu.

Seterusnya, ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk menerima rawatan rapi.

Scarlett juga dimasukkan ke dalam bekas oksigen untuk memastikan ianya mampu bertahan untuk hidup. Akhirnya, kucing itu kembali sihat dan yang tinggal hanyalah parut di muka dan badannya. Scarlett diambil semula oleh tuannya, Karen Wellen.

Kini, Scarlett telah tiada lagi kerana telah mati pada 11 Oktober 2008 kerana mengidap penyakit dalaman dalam peliharaan tuannya di Brooklyn. Namun, Scarlett telah dianugerahkan dengan pingat serta sijil atas keberaniannya itu.

Sesungguhnya, kucing ini adalah antara contoh terbaik untuk kita ambil sebagai teladan terbaik biarpun ianya hanyalah seekor haiwan. Scarlett mungkin satu antara seribu kucing yang begitu berani dan sarat dengan kasih sayang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Ariana Rose

INSPIRASI
Hari Ni, Hari Last Kita Makan Sama-Sama Tp Talak Dilafazkan Dimeja Makan. Suami Menangis Saat Melihat Isi Kandungan Di Dalam Kotak Yg Ditinggalkan Itu

Kisah sedih…(si isteri setia yang ditalakkan) Malam… Isteri mencedukkan nasi ke pinggan suaminya Masing-masing tidak bersuara. Diam membisu seribu bahasa. Memang begitu. Dah tiga bulan suasananya begitu… Dingin. Tegang. Hari itu, nampaknya lebih dingin dari biasanya. Hujan renyai-renyai menambahkan kedinginan.Dingin dalam dua hati. “Hari ni, hari last kita makan sama-sama.” …

INSPIRASI
Semoga Akak Tadi Jadi Customer Terakhir Dalam Hidup Adik Yang Jatuh Air Muka Di Tangan Adik Di Kaunter Pembayaran.

Alkisah di kedai Eco tadi. Beli beberapa barang sambil layan anak-anak beli barang mereka. Sewaktu di kaunter pembayaran, orang pun tak berapa ramai. Tak beratur sampai sejam, kira tak ramai la kan. Ada seorang ibu lingkungan 30an dengan dua orang anak di hadapan saya. Seorang mungkin umur setahun lebih, didukung. …

INSPIRASI
Aku malu. Masa kitorang makan ramai2, time bayar semua diam. Last2 isteri nak bayarkan, tapi aku terpaksa tarik tangan isteri di sebabkan

Assalamualaikum pembaca iium confession. Nama saya Nizam, berumur lewat 20an. Saya seorang juruteknik di sebuah kilang farmasi di Negeri Pantai Timur. Sudah pun berkahwin dengan isteri yang kira paras rupanya cantik dan manis orangnya. Apa yang buatkan saya lebih tertarik kepadanya adalah sifatnya yang sangat pemurah! Yes, isteri saya seorang …