Pekerja KFC Ini “Gelabah” Sampai Terjatuh Ayam Yang Dikepit Dan Disuruh Buang. Namun Apa Yang Dikatakan Budak 10 Tahun Ini Buat Semua Terpana!!

INSPIRASI

 

Pekerja KFC Ini “Rushing” Sampai Terjatuh Ayam Yang Dikepit Dan Disuruh Buang. Namun Apa Yang Dikatakan Budak 10 Tahun Ini Buat Semua Terpana!!

 

Perkembangan seorang kanak-kanak bergantung kepada tahap didikan dan asuhan ibu bapa dan guru. Jika contoh dan akhlak yang terbaik diterapkan, berkemungkinan jugak akhlak atau sikap tersebut juga akan diaplikasikan oleh kanak-kanak.

 

Lantaran itu sebagai seorang dewasa, nilai-nilai positif perlu ditonjolkan bagi memupuk sifat mulia dalam kalangan kanak-kanak.

 

Kisah kanak-kanak dan KFC ini menarik perhatian netizen. Kata-kata yang terpacul dari mulut seorang kanak-kanak ini membuatkan orang-orang di sekeliling tertumpu ke arahnya. Kanak-kanak ini juga telah diberikan seketul ayam KFC secara percuma kerana kata-katanya.

 

SIAPA KATA BUDAK-BUDAK TAK BOLEH JADI CONTOH KEPADA ORANG DEWASA

 

 

Cerita dia malam tadi masa sebelum aku masuk kerja. Perut bunyi so aku pun pergi la KFC la since dah nak masuk waktu kerja. Then depan aku ni ada sepasang suami isteri dengan anak depa(dalam lingkungn 10 tahun rasanya).

 

Tak apa la aku pun tunggu punya tunggu sampai turn depa kat depan. Then si ibu pesan ayam tiga ketul, cheezy wedges, air pepsi bla bla bla. Aku perasan staf tu macam gelabah sikit. Entah la pekerja baru kot.

 

Time staf tu ambik ayam, tiba-tiba ayam tersebut terlepas dari cengkaman pengepit besi tu. Apa lagi si staff pun melatah. Masa nak kutip ayam yang terjatuh atas lantai tu, aku dengar seorang lagi pekerja, maybe senior or supervisor something like that jerit “ambik ayam tu, kejap lagi, buang!”

 

Then budak 10 tahun depan aku ni tiba-tiba tarik tangan ibu dia. “Ibu nak ayam tu!” Si ibu pun kata balik, “tak boleh, tak leh. Ayam tu dah jatuh, kotor.” Then reaksi budak tu jawab memang buat aku kagum.

 

“Tapi ustazah along cakap makanan Nabi jatuh, tapi Nabi makan jugak. Ustazah cakap tak elok membazir. Jangan buang!” Masa tu semua yang ada dalam KFC tu tengok budak tu. Aku cuak beb sebab aku berdiri belakang dia!

 

Orang yang baik akan dibalas baik. Tiba-tiba staf yang suruh buang ayam tu datang kat diorang and bagi 1 ketul ayam free kat budak tu. “Ok akak tak buang ayam tu, akak bagi kucing makan ya.” Senyum akak tu tengok budak tu.

 

 

Untung kucing tu dapat makan kepsi

 

The point is. Jangan kita ingat kita lebih tua dan lebih lama hidup bermakna kita semuanya betul. Ada masanya Allah hantar budak kecik untuk ingatkan kita benda-benda kecil yang kita selalu lupa. Sebaik-baik dakwah adalah akhlak. Memang betul aku kagum dengan budak tu walaupun tak baligh lagi.

 

Sumber: Denzene31 via The Reporter / klviral

 

Terima kasih kerana membaca. Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua.

 

Anda juga boleh Like Page Kami Juga Di Facebook Arena Informasi Terkini Dan Menarik untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik.

INSPIRASI
Awalnya Budak Ini Datang Nak Pinjam RM50. Lusa Dia Datang Lagi Nak Pinjam Dan Akhirnya Semuanya Terbongkar

Kisah ini diambil dari laman Facebook Encik Nazmi Daud. Seorang hamba Allah, budak lelaki umor 12 tahun sering kerumah. Hari pertama, selepas memberi salam, katanya “Pak Chik jangan marah. Mak suroh pinjam duit RM 50.00. Nanti lepas dapat bantuan kebajikan, dia akan bayar balik”. Saya kata ” Dik kalau pinjam …

INSPIRASI
Akibat Tak Sombong. Wanita Ini ‘DISELAMATKAN’ Pak Guard Ketika Dia Sudah Berputus Asa..

  Akibat Tak Sombong. Wanita Ini ‘DISELAMATKAN’ Pak Guard Ketika Dia Sudah Berputus Asa..   Assalamualaikum,   Ini ada satu kisah yang boleh dikongsi kepada orang lain, atau anak-anak kita atau sesiapa sahaja. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat daripada kisah ini. Walaupun tak dapat dipastikan kebenaran kisah ini, tapi …

INSPIRASI
Nampak Dua Orang Askar Dan Seorang Polis Sedang Makan. Lelaki Ini Buka Dompet Dan Buat ‘Sesuatu’ Yang Ramai Tak Sangka

Zaman sudah berubah di mana kini ramai yang mengejar kekayaan dan semakin pentingkan diri sendiri, membuatkan kita alpa dan tidak berfikir tentang apa yang lebih penting dalam dalam hidup kita. Seorang rakyat Malaysia bernama Jagdish Singh berkongsi tindakan dan tanggapannya yang memberi inspirasi di Facebook. Status berkenaan dikongsi pada 4 …