Nampak Dua Orang Askar Dan Seorang Polis Sedang Makan. Lelaki Ini Buka Dompet Dan Buat ‘Sesuatu’ Yang Ramai Tak Sangka

INSPIRASI

Zaman sudah berubah di mana kini ramai yang mengejar kekayaan dan semakin pentingkan diri sendiri, membuatkan kita alpa dan tidak berfikir tentang apa yang lebih penting dalam dalam hidup kita.

Seorang rakyat Malaysia bernama Jagdish Singh berkongsi tindakan dan tanggapannya yang memberi inspirasi di Facebook.

Status berkenaan dikongsi pada 4 February 2016 di Facebook miliknya namun kisah berkenaan menjadi vlral dalam sekelip mata dan disebarkan semula oleh netlzen baru-baru ini.

Berikut adalah perkongsian yang ditulis Jagdish,

“ Pagi ini aku pergi potong rambut. Tukang gunting rambut itu agak muda dan berasal dari India. Bayaran sebenar hanyalah RM12 tapi hari ini aku bayar dia RM32, termasuk RM20 tip untuk dia.”

“ Dia agak terkejut dan aku beritahu dia ‘Kamu simpan yang ini’ dan berterima kasih padanya kerana mengguntingkan rambut sebelum bergerak pulang ke rumah.”

“ Secara tiba-tiba aku terfikir, berapa sangatlah gaji yang diperolehi dan berapa banyak dia dapat berikan ke India dengan kadar mata wang Malaysia sekarang.”

“ Adakah dia mempunyai isteri dan anak-anak di rumah? Sudahkah dia makan sarapan pagi? Berapakah nilai RM20?”

“ Sebentar tadi pula aku menikmati makan tengahari di sebuah gerai kecil di Bukit Bintang.”

Nampak 2 orang askar dan seorang polis sedang makan

“ Aku ternampak dua askar dan seorang pegawai polis sedang makan bersama-sama dengan senjata di tangan. Aku buka dompet aku dan hanya mempunyai RM20.”

“ Aku memanggil pelayan kedai dan beritahu akan kembali selepas mengeluarkan wang tunai dari bank berdekatan. Selepas pulang dari bank, aku perasan mereka masih di situ.”

“ Aku tanya pelayan jika mereka sudah membayar dan dia menjawab ‘Belum’. Aku beritahunya aku akan bayar untuk mereka juga.”

“ Lagipun, berapa sangatlah aku belanjakan? Ia hanyalah RM30 untuk mereka bertiga. Adakah RM30 itu cukup bagi mereka yang bertugas melindungi nyawa orang lain? Adakah nilai itu mampu membeli nyawa mereka jika mereka terk0rban?”

Jagdish sangat jelas cuba menekankan bahawa duit bukanlah segala-galanya.

“ Ia hanyalah satu nilai di atas sekeping kertas. Selepas hidup selama 31 tahun, jika aku ma ti esok, kertas ini semua tidak memberikan apa manfaat kepada aku pun.”

“ Aku mengaku aku tidaklah mempunyai wang yang banyak tetapi adakah itu menghalang aku untuk memberi? Apa yang membuatkan kita berfikir bahawa hanya dengan mencari duit, menyimpan dengan banyak dan mengumpul dengan banyak dan gunakan untuk diri sendiri akan membuatkan kita bahagia?”

“ Adakah wang itu menjamin hidup yang kekal? Of course tak!”

Jagdish berkata jika beliau tidak menggunakan RM50 itu untuk orang lain, mungkin sahaja ianya digunakan untuk beli makanan mahal, pakaian baru atau bersantai di bar sambil menikmati minuman. Namun, beliau tidak percaya bahawa perkara itu semua penting.

“ Adakah itu sahaja yang penting? Bukankah kita semua manusia yang hidup dengan matlamat yang sama? Jadi, kenapa wujudnya sikap kedekut?”

“ Hari ini, RM50 milik aku ini yang aku berikan kepada orang lain, tidak membuatkan aku sedih, tidak membuatkan aku lapar, aku tidak menyesal dan ia sememangnya tidak membuatkan aku miskin.”

“ Apa yang aku hilang, aku akan sentiasa boleh dapatkannya semula.”

“ Ia hanya menyedarkan aku bahawa apa yang aku miliki hanyalah nilai di atas sekeping kertas. Tetapi jika kita letakkan nilai kertas itu pada diri sendiri, barulah ia benar-benar berbaloi. Hidup ini bernilai, hanya jika kita mempunyai nilai.”

“ Pada akhirnya, apa yang anda ‘ada’ adalah apa yang anda berikan (bersedekah).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sweeetnutella via lobakmerah

INSPIRASI
Awalnya Budak Ini Datang Nak Pinjam RM50. Lusa Dia Datang Lagi Nak Pinjam Dan Akhirnya Semuanya Terbongkar

Kisah ini diambil dari laman Facebook Encik Nazmi Daud. Seorang hamba Allah, budak lelaki umor 12 tahun sering kerumah. Hari pertama, selepas memberi salam, katanya “Pak Chik jangan marah. Mak suroh pinjam duit RM 50.00. Nanti lepas dapat bantuan kebajikan, dia akan bayar balik”. Saya kata ” Dik kalau pinjam …

INSPIRASI
Pekerja KFC Ini “Gelabah” Sampai Terjatuh Ayam Yang Dikepit Dan Disuruh Buang. Namun Apa Yang Dikatakan Budak 10 Tahun Ini Buat Semua Terpana!!

  Pekerja KFC Ini “Rushing” Sampai Terjatuh Ayam Yang Dikepit Dan Disuruh Buang. Namun Apa Yang Dikatakan Budak 10 Tahun Ini Buat Semua Terpana!!   Perkembangan seorang kanak-kanak bergantung kepada tahap didikan dan asuhan ibu bapa dan guru. Jika contoh dan akhlak yang terbaik diterapkan, berkemungkinan jugak akhlak atau sikap …

INSPIRASI
Akibat Tak Sombong. Wanita Ini ‘DISELAMATKAN’ Pak Guard Ketika Dia Sudah Berputus Asa..

  Akibat Tak Sombong. Wanita Ini ‘DISELAMATKAN’ Pak Guard Ketika Dia Sudah Berputus Asa..   Assalamualaikum,   Ini ada satu kisah yang boleh dikongsi kepada orang lain, atau anak-anak kita atau sesiapa sahaja. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat daripada kisah ini. Walaupun tak dapat dipastikan kebenaran kisah ini, tapi …