Ditertawakan kerana memakai but besar, rupa-rupanya ada pengalaman sedih yang dialami oleh remaja perempuan ini

INSPIRASI

Tidak ramai yang tahu apa yang kita alami. Terkadang orang di luar sana hanya melihat dan terus membuat kesimpulannya sendiri tanpa mengetahui sebab dan alasan akan apa yang dilakukan oleh seseorang.

Katie Shuler dari Selatan Carolina menulis di halaman Facebook Love What Matters tentang seorang remaja perempuan yang dia temui di Kroger pada 4 Julai lalu.

Remaja itu dilihat telah ditertawakan oleh seorang wanita kerana memakai sepasang but yang besar di sebuah pasar raya. Namun selepas mengetahui kisah sebenar mengenai remaja perempuan itu barulah dia sedar bahawa remaja itu ada alasan tersendiri mengapa dia memakai but tersebut.

Rupa-rupanya but tersebut adalah milik bapanya yang telah meninggal dunia. Oleh kerana terlalu rindu akan bapanya dia memutuskan untuk memakai but itu, sebagai pengubat rindu.

Menurut Katie Shuler dia ketika itu berada di tempat letak kereta pasar raya Kroger. Ketika hendak masuk ke dalam pasar raya untuk membeli barang-barang dapur dia terlihat seorang remaja perempuan dengan but yang lebih besar daripada tubuhnya. Dia terus membuat bunyi, seakan-akan memerli budak perempuan itu.

Shuler kemudian berlalu untuk membeli barang keperluannya sehinggalah dia terserempak semula dengan remaja perempuan itu bersama ibunya. Dia memutuskan untuk menegur mereka dan memberitahu remaja perempuan itu bahawa dia suka akan but yang digunakan itu.

 

Mendengar kata-kata itu remaja perempaun itu hanya tersenyum dan memberitahu bahawa “but itu milik ayah,” sambil menambah bahawa “Hari ini sepatutnya hari ulang tahunnya, tetapi dia terbunuh tahun lalu di Afghanistan. Untuk menjadikan hari ini lebih baik, dia dibenarkan untuk memakai kasut but milik ayahnya. “

Ibu remaja perempuan itu mula menangis, begitu juga Shuler dan juruwang. Kemudian, seorang lelaki di belakang Shuler, yang turut mendengar cerita sedih itu memberikan kek cawan yang dibelinya.

“Lelaki itu memberitahu remaja perempuan itu untuk makan kek cawan setiap kali hari jadi ayahnya. Dia memberitahunya bahawa ayahnya adalah seorang pahlawan dan dia harus bangga menjadi anaknya,” tulis Shuler lagi.

Status tersebut telah menarik perhatian pengguna Facebook lain. Ramai yang memberikan komen dan rata-rata mereka sangat terharu dengan kisah yang dikongsikan oleh Shuler.

Bercakap kepada Yahoo Style, dia berkata, “Saya gembira kerana begitu ramai orang tersentuh dengan perbualan saya dengan remaja itu dan ibunya. Saya harap orang ramai tidak hanya mengingati status ini pada 4 Julai, tetapi sepanjang tahun.”

Kredit gambar: Facebook | Lovewhatreallymatters

Era Baru

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFORMASI
Pernahkah Kucing Datangi Anda ketika Makan, Ini 3 TANDANYA Anda Patut Tahu.. Sila Baca & Sebarkan.

KUCING merupakan salah satu hewan yang dicintai oleh Rasulullah ﷺ. Tetapi, tak banyak orang menyukai hewan ini. Salah satu alasannya karena rasa takut atau memang punya pengalaman buruk mengenai hewan ini. Hanya saja, hewan ini banyak ditemui di mana-mana. Sehingga, cukup sulit bagi kita berpaling dari hewan ini. Seperti halnya …

INSPIRASI
Kaki Lumpuh Terpaksa Jalan Terbalik Guna Tangan Untuk Hidup

Anak kecil dari China ini walaupun kakinya lumpuh namun tidak putus asa malah dirinya berjalan ke sekolah ia menggunakan kedua tanganya untuk berjalan. Berjalan menggunakan dua kaki adalah perkara biasa dilakukan orang namun bagaimana jika berjalan menggunakan kedua tangan? Pastinya aneh dan jarang sekali terjadi namun di China ada seorang …

INSPIRASI
Ya!! Memang Betul Saya Ada Keluar Dengan Lelaki Lain. Dia Pandai Bergaya,Ada Kereta.. Awak?? Tak Ada Apa Kan? ‘Saya Minta RM14K Je, Itu Pun Tak Mampu? Kita Putus!’

Screenshot perbualan WhatsApp seorang lelaki bersama pasangannya yang mahu memutuskan hubungan mereka kerana lelaki itu gagal memberi duit hantaran RM14,000 viral di media sosial. Oleh kerana gagal memenuhi permintaannya, gadis itu nekad memutuskan perhubungan mereka dan dalam masa yang sama, dia juga sudah mempunyai pengganti. “Maaf, saya tak kenal manusia …