Awalnya Budak Ini Datang Nak Pinjam RM50. Lusa Dia Datang Lagi Nak Pinjam Dan Akhirnya Semuanya Terbongkar

INSPIRASI

Kisah ini diambil dari laman Facebook Encik Nazmi Daud.

Seorang hamba Allah, budak lelaki umor 12 tahun sering kerumah. Hari pertama, selepas memberi salam, katanya

“Pak Chik jangan marah. Mak suroh pinjam duit RM 50.00. Nanti lepas dapat bantuan kebajikan, dia akan bayar balik”.

Saya kata ” Dik kalau pinjam kena bayar balik“. Dia terdiam, saya tanya apa masalah dia. katanya dia tak ada barang makanan, bapaknya sudah bercerai dengan mak dia. Dia punya 6 orang adik beradik. Abangnya darjah 6 dan dia darjah 5. Dia tinggal dengan emaknya dan adik beradiknya. Adik yang bongsu umor 30 hari. Saya kirim sedikit rezeki untuk emaknya.

Lepas tu selang 2 hari sekali budak tu datang kerumah lalu terfikir juga saya betul ke cerita dia ni. Hari ini saya bawa dia balik kerumahnya supaya saya saksikan sendiri cerita sebenarnya. Luloh rasa hati bila bertemu dengan emaknya. Memang lah mereka menderita. Saya tanya emaknya Kebajikan Masyarakat tak bantu ke. Jawapnya belum lagi. Wakil rakyat pun belum jenguk.

Tak payahlah kita salah wakil rakyat ke kebajikan masyarakat ke. Sebagai umat Islam saya harap kalau lah ada yang mendapat rezeki yang lebih tu hulurlah, bantu lah insan yang daif ini. Semuga Allah akan menggandakan rezeki tuan2. Adalah berdosa kiranya kita tidor dengan perut kenyang manakala jiran kita tidor dalam kelaparan.

Seandai nya tuan2 ingin mengunjungi hamba Allah ini, mereka tinggal di Kg PPRT, Jalan Bukit Keluang, Kgg Pengkalan Nyireh, Besut Terengganu. Mereka tak ada telefon dan akaun bank. Atau boleh hubungi saya.

Kepada tuan2 yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menggunakan akaun ini: Maybank ac No. 563046324822 Tabung Amanah Asnaf.

Posted by Nazmi Daud on Saturday, October 13, 2018

Allahu, harap keluarga ini dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Kita bantu mana boleh. Insyallah akan ada balasan dari Allah SWT.

Sumber : Facebook Encik Nazmi Daud Via Klviral

INSPIRASI
Pekerja KFC Ini “Gelabah” Sampai Terjatuh Ayam Yang Dikepit Dan Disuruh Buang. Namun Apa Yang Dikatakan Budak 10 Tahun Ini Buat Semua Terpana!!

  Pekerja KFC Ini “Rushing” Sampai Terjatuh Ayam Yang Dikepit Dan Disuruh Buang. Namun Apa Yang Dikatakan Budak 10 Tahun Ini Buat Semua Terpana!!   Perkembangan seorang kanak-kanak bergantung kepada tahap didikan dan asuhan ibu bapa dan guru. Jika contoh dan akhlak yang terbaik diterapkan, berkemungkinan jugak akhlak atau sikap …

INSPIRASI
Akibat Tak Sombong. Wanita Ini ‘DISELAMATKAN’ Pak Guard Ketika Dia Sudah Berputus Asa..

  Akibat Tak Sombong. Wanita Ini ‘DISELAMATKAN’ Pak Guard Ketika Dia Sudah Berputus Asa..   Assalamualaikum,   Ini ada satu kisah yang boleh dikongsi kepada orang lain, atau anak-anak kita atau sesiapa sahaja. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat daripada kisah ini. Walaupun tak dapat dipastikan kebenaran kisah ini, tapi …

INSPIRASI
Nampak Dua Orang Askar Dan Seorang Polis Sedang Makan. Lelaki Ini Buka Dompet Dan Buat ‘Sesuatu’ Yang Ramai Tak Sangka

Zaman sudah berubah di mana kini ramai yang mengejar kekayaan dan semakin pentingkan diri sendiri, membuatkan kita alpa dan tidak berfikir tentang apa yang lebih penting dalam dalam hidup kita. Seorang rakyat Malaysia bernama Jagdish Singh berkongsi tindakan dan tanggapannya yang memberi inspirasi di Facebook. Status berkenaan dikongsi pada 4 …