Pensyarah Ini Memohon Maaf Kerana Sepanjang Kuliah Dia Terpaksa Mendukung Kucing. Ini Sebab Kenapa Kucing Ini Boleh Ada Dalam Kuliah Sekali

INFORMASI

KELETAH seorang pensyarah wanita mengajar sambil mendukung seekor kucing berjaya mencuit hati netizen.

Rata-rata kagum dengan kasih sayang yang ditunjukkan pensyarah tersebut bersama kucing kesayangannya yang dikenali sebagai ‘Baby’.

Video pensyarah tersebut mengajar di dalam kelas ditemani ‘Baby’ tular di Twitter selepas momen itu dikongsi salah seorang pelajarnya, Ku Ummi Syakirah.

Sejak dimuatnaik pada petang Khamis, posting tersebut diulang kicau lebih 23,000 kali dan mendapat 19,314 tanda suka.

Ku Ummi ketika dihubungi mStar Online berkata, dia dan rakan sekelasnya terkejut dengan kehadiran ‘Baby’ ke kelas bersama pensyarah mereka yang dikenali sebagai Madam Rohaiza.

Kucing tersebut berkelakuan baik sepanjang tuannya mengajar.

“Kami semua terkejut. Dia masuk kelas kendong kucing itu macam bawa budak. Dia juga layan kucing tu macam anak sendiri.

“Ini memang rare sebab kami tak pernah lalui pengalaman sebegini. Ini kali pertama pensyarah mengajar kami dengan ditemani kucing,” katanya.

Menurut penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Sistem Maklumat di sebuah universiti awam di utara tanah air itu, pensyarah tersebut meminta maaf kepada pelajarnya kerana terpaksa mengajar sambil ditemani kucing peliharaannya itu.

“Sebaik sahaja sampai di kelas, Madam banyak kali minta maaf. Dia beritahu terpaksa bawa sekali ‘Baby’ sebab mereka baru sahaja pulang dari klinik veterinar.

“Dia beritahu kucingnya itu baharu sahaja dibius kerana jangkitan ulser. Kami dapat lihat kucing tu macam tengah mamai ketika diletakkan di atas meja,” katanya.

Ku Ummi berkata sepanjang kelas tersebut kucing berkenaan berkelakuan baik seolah-olah tahu tuannya sedang mengajar.

“Sepanjang masa kucing tu duduk atas bahu Madam. Sebaik sahaja diletak di atas meja, kucing tu tak banyak ragam… behave je.

‘Baby’ dalam keadaan mamai kerana baharu sahaja dibius kerana jangkitan ulser.

“Kami semua kagum sebenarnya kerana Madam boleh handle dua perkara dalam satu masa. Dia boleh mengajar dan beri tumpuan kepada kucingnya,” kata gadis berusia 20 tahun itu.

Bagaimanapun sepanjang kelas subjek Statistik itu, Ku Ummi mengakui dia dan rakannya tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas.

“Kucing tu comel sangat. Mata kami pun lali tengok. Boleh kata semua hilang fokus sebab lebih tertarik dengan kucing gebu tersebut,” katanya.

Gadis berasal dari Kedah itu memberitahu dia tidak menduga video yang dimuatnaiknya itu akan mendapat perhatian netizen.

“Saya muat naik sekadar untuk suka-suka. Tak sangka langsung tweet tu akan blow up.

“Rasanya ramai yang retweet tu peminat kucing ditambah pula dengan keadaan kucing itu yang comel dan besar,” katanya.

Sumber Artikel : MSTAR ONLINE

INSPIRASI
Hari Ni, Hari Last Kita Makan Sama-Sama Tp Talak Dilafazkan Dimeja Makan. Suami Menangis Saat Melihat Isi Kandungan Di Dalam Kotak Yg Ditinggalkan Itu

Kisah sedih…(si isteri setia yang ditalakkan) Malam… Isteri mencedukkan nasi ke pinggan suaminya Masing-masing tidak bersuara. Diam membisu seribu bahasa. Memang begitu. Dah tiga bulan suasananya begitu… Dingin. Tegang. Hari itu, nampaknya lebih dingin dari biasanya. Hujan renyai-renyai menambahkan kedinginan.Dingin dalam dua hati. “Hari ni, hari last kita makan sama-sama.” …

INSPIRASI
Semoga Akak Tadi Jadi Customer Terakhir Dalam Hidup Adik Yang Jatuh Air Muka Di Tangan Adik Di Kaunter Pembayaran.

Alkisah di kedai Eco tadi. Beli beberapa barang sambil layan anak-anak beli barang mereka. Sewaktu di kaunter pembayaran, orang pun tak berapa ramai. Tak beratur sampai sejam, kira tak ramai la kan. Ada seorang ibu lingkungan 30an dengan dua orang anak di hadapan saya. Seorang mungkin umur setahun lebih, didukung. …

INFORMASI
Tahukah Anda? Anda Boleh Buat Duit Dengan Menjual Minyak Masak Terpakai? Ini Caranya..

  Tahukah Anda? Anda Boleh Buat Duit Dengan Menjual Minyak Masak Terpakai? Ini Caranya..   “Minyak yang dah lama tak guna ni dah boleh buang terus dah kot, bukan boleh pakai dah..”   Tahukah anda minyak masak terpakai sebenarnya boleh dihantar ke pusat kitar semula Alam Flora (Buy Back Centre) …