Tujuh Produk Kosmetik Ini Merbahaya

BERITA

BAHAGIAN Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyenaraikan tujuh produk kosmetik tempatan selepas dikesan mengandungi racun berjadual iaitu hydroquinone dan merkuri.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tujuh produk berkenaan termasuk Nuriz Kosmetik – D’solve Plus, Nuriz Shoppe – Beau One Whitening 3 in 1, Cantiqa Face Toner, Rzac Platinum Toner, Magic cream, Dnars Sunny Cream dan Night Cream Dollys Pinky.

Beliau berkata, pihaknya menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berkenaan.

“Notifikasi produk kosmetik terbabit sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

“Seperti sedia maklum, produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, produk kosmetik yang dicampur dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif.

Dr Noor Hisham berkata, kesan dari penggunaan hydroquinone juga boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Menurutnya, kebiasaannya, produk kosmetik yang dicampur dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

Beliau berkata, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

“Selain itu, produk kosmetik yang dicampur dengan merkuri pula boleh memudaratkan kesihatan kerana ia boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“Malah, ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

“Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu,” katanya.

Katanya, bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik atau orang yang menggunakan produk kosmetik dan kemudiannya memasukkan jari ke dalam mulut.

Dalam pada itu, katanya, penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Dr Noor Hisham berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik dengan serta merta kerana ia tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

” Manakala, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya, ” katanya.

 

Sumber: hmetro

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BERITA
Tiba-Tiba Terdengar Anak Perempuan Menangis Dengan Kuat. Lihat Lelaki Pegang Tangan Anak.

Seorang lelaki warga Rohingya ditahan kerana dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, lapor China Press. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang semalam di sebuah pasar malam di Kuala Kangsar, Perak, ibu mangsa sedang sibuk berniaga sayur-sayurannya. Tiba-tiba terdengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat di …

BERITA
Lelaki Ini Berani Mati Menembak Doktor Yang Menyambut Isterinya Melahirkan Bayi.. Punca Sebenar Adalah Sangat Mengejutkan!!

RIYADH – Seorang lelaki ditahan selepas menembak seorang doktor pakar obstetrik lelaki, dipercayai tidak berpuas hati kerana doktor itu telah menyambut kelahiran anaknya di mana tugas itu sepatutnya dilakukan oleh doktor pakar ginekologi wanita. Doktor Muhannad Al Zabn, berasal dari Jordan itu telah menyambut kelahiran bayi pasangan berkenaan sebulan yang …

BERITA
Bunuh Budak Elak Bayar Pampasan!

Beijing: Seorang pemandu didakwa membunuh seorang budak perempuan yang dilanggarnya untuk mengelak membayar pampasan kepada keluarga mangsa. Media tempatan melaporkan, mangsa bernama Tao, sembilan tahun, dilaporkan hilang dari kampungnya di wilayah Hubei pada 25 November lalu sebelum mayatnya ditemui dalam belukar berhampiran tempat tinggalnya. Saksi memberitahu ayah mangsa, dia melihat …