TERBONGKAR!! Video Tular Seorang Remaja Perempuan Gemar Membuang Air Besar Di Hadapan Dobi

BERITA

SEREMBAN – “Kami jiran pun takut dengan mereka (anak dan ibu). Kadangkala ibu pelajar itu bertindak di luar kawalan,” kata seorang jiran yang mengenali keluarga remaja perempuan yang bertindak membuang air besar di sebuah dobi di Lobak, di sini, sehingga menjadi tular di laman sosial, kelmarin.

pelik

Terdahulu, Sinar Harian membuat tinjauan di kawasan tempat tinggal remaja berkenaan di Rasah Jaya, di sini, bagaimanapun rumah berkenaan tidak berpenghuni dan dipercayai remaja perempuan itu dan ibunya sudah keluar rumah pada kira-kira 7 pagi dan dikatakan akan pulang semula pada sebelah malam.

Jiran yang enggan dikenali berkata, keluarga itu tinggal di taman perumahan ini kira-kira 20 tahun lalu.

“Kami tahu bagaimana sikap mereka. Ada kalanya ibu pelajar berkenaan bertindak di luar kawalan.

Kami syak kedua beranak itu mengalami masalah mental ditambah pula dengan tindakan anak perempuannya yang selamba buang air besar di sebuah kedai dobi di Lobak,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai dobi berkenaan, Datuk Adzwan Ab Manas, 42, berkata, dia mahu tindakan diambil terhadap dua beranak itu selepas laporan polis dibuat, kelmarin.

Katanya, jika orang ramai termasuk netizen mengatakan dua beranak itu mengalami masalah mental dan orang kelainan upaya (OKU), remaja berkenaan tidak akan ke sekolah dan mereka tidak akan tahu di mana rumahnya.

“Tindakan dilakukan mereka itu hanya disebabkan kurangnya kesedaran sivik,” katanya yang telah membuka kedai dobi 24 jam berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Dalam pada itu, Adun Mambau, Yap Yew Weng menjejaki dua beranak itu di rumahnya.

Menurutnya, pihaknya akan cuba mencari keluarga berkenaan bagi membolehkan bantuan dapat disalurkan terutamanya dari segi kaunseling.

“Hari ini (semalam), kita cuba berkunjung di rumah keluarga berkenaan, malangnya tidak berpeluang berjumpa dengan mereka. Mungkin akan datang semula selepas ini,” katanya.

Kelmarin, tindakan seorang remaja perempuan yang dirakam membuang air besar di sebuah kedai dobi berkenaan sehinga menjadi tular di laman sosial.

Kejadian pelik itu dipercayai berlaku pada tengah hari Selasa ketika kebetulan tiada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan cucian pakaian secara layan diri tersebut.

Sumber: sinar harian

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BERITA
Tak Dapat Kawal ‘KESEDAPAN’ Ketika Berjimak, Ini Apa Yang Isteri Buat Sehingga Telur Suami Hampir Putus.

SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada salah satu testikal miliknya dalam satu kejadian di bandar Taichung, Taiwan, baru-baru ini. Memetik sumber, mangsa yang dikenali sebagai Wang itu dilaporkan kehilangan testikel pada bahagian kanan akibat digigit hingga putus oleh isterinya, Hsieh ketika mereka sedang ‘bermadu kasih’. Menurut …

BERITA
Kejam! Wanita Cantik Diseksa Selama 6 Jam oleh Kekasihnya, Wajahnya Jadi Hancur Seperti Ini

Kirby Weegram (22), percaya bahwa dia akan mati ketika kekasihya, Jonathan Graham meninju, menendang dan memukulnya dengan sepotong kayu secafa brutal, di apartemennya selama 6 jam. Wanita itu telah berbicara setelah Graham dijatuhkan hukuman 21 bulan penjara. Dia mengakui penyerangan yang dilakukannya dapat membunuh pacarnya. Jonathan Graham Jonathan juga mencekik …

BERITA
Tiba-Tiba Terdengar Anak Perempuan Menangis Dengan Kuat. Lihat Lelaki Pegang Tangan Anak.

Seorang lelaki warga Rohingya ditahan kerana dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, lapor China Press. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang semalam di sebuah pasar malam di Kuala Kangsar, Perak, ibu mangsa sedang sibuk berniaga sayur-sayurannya. Tiba-tiba terdengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat di …