“Suami Tak Tahu Pun Saya Jadi GRO…” INI Hanya Pendapatan Sampingan Sebagai Teman ‘Berhibur’ Dan Saya Sempat Melakukannya Tanpa Pengetahuan Suami Yang Tiada Di Rumah.

BERITA

“INI hanya pendapatan sampingan sebagai teman ‘berhibur’ dan saya sempat melakukannya tanpa pengetahuan suami yang tiada di rumah,” kata ibu muda dikenali Melati, 20-an.

Wanita warga Indonesia itu antara 14 pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang dicekup polis dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan di Taman Eng Ann, Klang, malam tadi.

Ops Noda itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) diketuai Asisten Superintendan Azhar Ali dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK), jam 9.20 malam.

Ketika serbuan, semua wanita rata-rata warga Vietnam berusia 18 hingga 26 tahun tidak sempat melarikan diri dan ditahan untuk tindakan lanjut.

Melati ketika ditemui mendakwa, dia datang ke pusat hiburan itu sekadar untuk berhibur dan menemani seorang lelaki.

“Saya dibayar hanya untuk ditemani dengan bayaran kebiasaannya RM50 dan ia bergantung kepada pelanggan itu yang diperkenalkan oleh rakan.

“Bagi mengelak diketahui suami warga tempatan, saya keluar ketika dia berada di rumah isteri pertama,” kata isteri kedua yang mempunyai seorang anak berusia enam tahun itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat awam mengenai kegiatan tidak bermoral di premis berkenaan.

“Dalam operasi lebih sejam itu, kita turut menahan penjaga premis warga tempatan berusia 26 tahun bagi membantu siasatan.

“Selain itu, beberapa barangan dirampas antaranya resit perniagaan dan sejumlah wang tunai,” katanya.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63.

 

Sumber

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BERITA
Tiba-Tiba Terdengar Anak Perempuan Menangis Dengan Kuat. Lihat Lelaki Pegang Tangan Anak.

Seorang lelaki warga Rohingya ditahan kerana dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, lapor China Press. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang semalam di sebuah pasar malam di Kuala Kangsar, Perak, ibu mangsa sedang sibuk berniaga sayur-sayurannya. Tiba-tiba terdengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat di …

BERITA
Lelaki Ini Berani Mati Menembak Doktor Yang Menyambut Isterinya Melahirkan Bayi.. Punca Sebenar Adalah Sangat Mengejutkan!!

RIYADH – Seorang lelaki ditahan selepas menembak seorang doktor pakar obstetrik lelaki, dipercayai tidak berpuas hati kerana doktor itu telah menyambut kelahiran anaknya di mana tugas itu sepatutnya dilakukan oleh doktor pakar ginekologi wanita. Doktor Muhannad Al Zabn, berasal dari Jordan itu telah menyambut kelahiran bayi pasangan berkenaan sebulan yang …

BERITA
Bunuh Budak Elak Bayar Pampasan!

Beijing: Seorang pemandu didakwa membunuh seorang budak perempuan yang dilanggarnya untuk mengelak membayar pampasan kepada keluarga mangsa. Media tempatan melaporkan, mangsa bernama Tao, sembilan tahun, dilaporkan hilang dari kampungnya di wilayah Hubei pada 25 November lalu sebelum mayatnya ditemui dalam belukar berhampiran tempat tinggalnya. Saksi memberitahu ayah mangsa, dia melihat …