Siapakah Cikgu Yang Cantik Ni Yang Menjadi Tular Di Media Sosial? Kebanyakan Netizen Memuji Kegigihannya..

BERITA

“SAYA takut depa main ayaq (air) sebab ada cikgu nampak ulaq (ular) berkeliaran di sekolah,” kata Farrah Norashikin Juhari, 35, guru pendidikan jasmani Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar, Lepai, Alor Setar, Kedah yang gambarnya mengendong lima murid sekolah itu menjadi tular di media sosial, hari ini.

Kebanyakan netizen memuji kegigihan Farrah yang bertindak mengendong beberapa murid selepas sekolah itu dilanda banjir pagi tadi.

Farrah berkata, pada 7.45 pagi sekolah berkenaan dilanda banjir kilat menyebabkan beberapa kelas Tahun Satu dan Dua dinaiki air menyebabkan mereka terpaksa ditempatkan di kelas tingkat atas.

“Bagaimanapun, beberapa murid mengatakan mereka tertinggal bekalan makanan dan wang dalam kelas menyebabkan saya risau sekiranya mereka dipatuk ular jika membenarkan mereka meredah air banjir.

“Saya kemudian menawarkan diri mengendong lima murid dari dewan tempat berkumpul ke kelas mereka yang hanya terletak puluhan meter saja,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, kebanyakan mereka adalah murid Tahun Satu dan sudah menjadi lumrah kanak-kanak seronok apabila melihat air banjir menyebabkan guru sekolah berkenaan membuat kawalan ketat.

“Ada beberapa murid Tahun Dua mengatakan malu dikendong saya, tetapi saya menerangkan keadaan ketika itu sudah darurat dan saya tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku terhadap mereka.

“Keadaan pagi tadi memang kalut, tetapi ini bukan kejadian pertama banjir kilat berlaku, setiap kali hujan lebat pasti terjadi bah,” kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Dia yang baru dipindahkan ke sekolah itu Januari lalu berkata, dia mengambil tanggungjawab berkenaan kerana sudah menjadi tugas seorang guru sentiasa melindungi anak didiknya.

“Saya tidak sangka gambar berkenaan menjadi tular kerana saya hanya laksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru,” katanya.

 

Sumber: hmetro

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BERITA
Tiba-Tiba Terdengar Anak Perempuan Menangis Dengan Kuat. Lihat Lelaki Pegang Tangan Anak.

Seorang lelaki warga Rohingya ditahan kerana dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, lapor China Press. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang semalam di sebuah pasar malam di Kuala Kangsar, Perak, ibu mangsa sedang sibuk berniaga sayur-sayurannya. Tiba-tiba terdengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat di …

BERITA
Lelaki Ini Berani Mati Menembak Doktor Yang Menyambut Isterinya Melahirkan Bayi.. Punca Sebenar Adalah Sangat Mengejutkan!!

RIYADH – Seorang lelaki ditahan selepas menembak seorang doktor pakar obstetrik lelaki, dipercayai tidak berpuas hati kerana doktor itu telah menyambut kelahiran anaknya di mana tugas itu sepatutnya dilakukan oleh doktor pakar ginekologi wanita. Doktor Muhannad Al Zabn, berasal dari Jordan itu telah menyambut kelahiran bayi pasangan berkenaan sebulan yang …

BERITA
Bunuh Budak Elak Bayar Pampasan!

Beijing: Seorang pemandu didakwa membunuh seorang budak perempuan yang dilanggarnya untuk mengelak membayar pampasan kepada keluarga mangsa. Media tempatan melaporkan, mangsa bernama Tao, sembilan tahun, dilaporkan hilang dari kampungnya di wilayah Hubei pada 25 November lalu sebelum mayatnya ditemui dalam belukar berhampiran tempat tinggalnya. Saksi memberitahu ayah mangsa, dia melihat …