Sering Sakit Perut Dan Kembung, Remaja 15 Tahun Terkejut Apabila Doktor Mengeluarkan Sesuatu Daripada Perutnya!

BERITA

Anda pasti akan terkejut besar apabila doktor memberitahu bahawa terdapat ‘seseorang’ telah hidup dalam perut anda selama bertahun-tahun. Tiada siapa yang akan percaya dengan berita sebesar itu, sangat mustahil!

Tetapi percaya atau tidak, kejadian ini dialami oleh seorang remaja lelaki berusia 15 tahun. Doktor walau bagaimanapun telah mengeluarkan ‘seseorang’ yang dikatakan kembarnya dalam sebuah pembedahan.

Shahril yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu dikatakan sering mengadu sakit perut dan mengalami kembung perut.

Keadaannya semakin runcing memaksa keluarganya untuk membawanya ke Hospital Sultan Abdul Halim. Doktor pada mulanya mengesyaki dia mungkin menghidapi kanser lalu melakukan imbasan CT untuk mengetahui punca sebenar sakit yang dialaminya selama bertahun-tahun itu.

Keputusan imbasan CT benar-benar mengejutkan apabila doktor menemui tulang belakang dan jisim intra-abdomen yang besar dengan kepanjangan 23.8cm seperti yang tertulis di dalam Jurnal Perubatan British (BMJ), bukan tumor seperti yang disyaki pada awalnya.

BMJ adalah sumber maklumat dalam kalangan kebanyakan pelajar perubatan, khususnya di Britain. Laman ini menyediakan jurnal kes, artikel jurnal, artikel penyelidikan dan artikel berkaitan kesihatan yang berkaitan.

Ternyata, penemuan tersebut adalah kembar kepada Sharil. Apa yang lebih mengejutkan ‘kembar’ Shahril dikatakan telah hidup dengan makanan dan minuman yang didapati melalui remaja itu. Perkara itu telah menyebabkan Shahril perlu makan lebih banyak daripada mereka yang sebaya dengannya.

Ketika doktor melakukan pembedahan untuk membuang sedikit badan, mereka mendapati bahawa janin, yang beratnya 1.6kg, bahkan mempunyai rambut yang sama panjang dengan tubuhnya, kaki dan alat sulit yang sudah terbentuk.

Sumber: KL Coconuts

Walaupun pembedahan itu berjaya, kemungkinan berlakunya komplikasi tetap ada. Ketua pembedahan itu, Dr Rashide Yaacob, memberitahu media,

 

“Ada kemungkinan malignan akan berlaku jika ada tisu yang tidak dikeluarkan sepenuhnya. Pembedahan untuk mengeluarkan fetus in fetu adalah sebuah pembedahan yang mencabar kerana ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada pembuluh darah dan pelbagai saluran makanan.

 

“Saiz janin yang besar juga membuatkan pembedahan lebih sukar kerana terdapat kemungkinan besar struktur sekitarnya akan tercedera.”

 

Kejadian seumpama ini dianggarkan hanya berlaku sekali dalam 500,000 kelahiran. Pada tahaun 1999 seorang lelaki dari India yang berusia 36 tahun direkodkan telah mengalami kes yang sama dan kemudian pada 2013 sekali lagi kes serupa dilaporkan berlaku di Indonesia.

 

Era Baru

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LUAR NEGARA
Gadis Ini Membawa Balik Anak Itik, Tapi Bila Ibunya Tengok, Terus Pucat Lesi Muka Dan Bergegas Ke Hospital.

Seorang gadis kecil menemui seekor haiwan kecil yang memiliki hidung seperti itik di luar rumah. Oleh kerana haiwan itu terlihat sangat comel, dia pun membawanya pulang ke rumah. Sangkaan nya itu merupakan anak itik. Namun, ketika ibunya melihat anak nya membawa pulang haiwan itu, wajah nya terus berubah dan segera …

LUAR NEGARA
Anjing Ini Tiba-tiba Bertindak Aneh Pada Majlis Perkahwinan, Namun Tindakan Itu Kemudian Mendapat Pujian Ramai

Memang benar haiwan mempunyai deria bau dan gerak hati yang luar biasa untuk mencari makanannya dan mengesan keadaan yang berbahaya. Seperti anjing ini juga, ia telah membuktikan bahawa mereka adalah makhluk yang mempunyai kebolehan tersebut. Pada mulanya anjing ini bertindak aneh namun rupa-rupanya tindakannya itu telah menyelamatkan nyawa penduduk kampung. Kredit: MARCO …

BERITA
Shafee Hadapi Empat Tuduhan, Mengaku Tak Salah

Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. …