Seorang Wartawan Ditemui Mati Di Atas Katil Akibat Bekerja 159 Jam Lebih Masa Dalam Tempoh Sebulan

BERITA

Komited dan rajin bekerja. Inilah sikap warga Jepun yang sentiasa memberi khidmat terbaik dalam karier dan organisasi yang mereka bekerja.

Disebabkan sikap ini, kebanyakkan daripada mereka tertekan hingga mencatatkan Jepun antara negara yang mempunyai kes bunuh diri tertinggi didunia.

Akibat tekanan kerja, seorang wartawan wanita Japan Broadcasting Corporation (NHK), ditemui mati diatas katilnya akibat kegagalan jantung untuk berfungsi.

 

Kredit: The Sun

Mengikut rekodnya, Mida Sado, 31, bekerja lebih masa sehingga 159 jam sebulan dan purata sehari 5.9 jam sehari.

Tempoh ini adalah terlalu lama bagi seseorang kerana tidak termasuk waktu bekerja biasa.

Kredit: CNN

Menurut Kyodo News, NHK juga terkejut apabila mendapati wanita tersebut hanya mengambil masa dua hari bercuti sebelum beliau ditemui mati di tempat kejadian.

Mida Sado bekerja lebih masa bagi membuat liputan mengenai dua pilihan raya iaitu daripada bulan Jun hingga Julai 2013.

Dia ditemui mati di atas katilnya sambil telefon bimbitnya masih dalam genggaman pada 24 Julai 2013.

Selepas empat tahun, berita kematian ini baru didedahkan oleh Japan Times bagi menghormati permintaan keluarga mendiang.

Menurut ibu bapa Mida Sado seperti yang dipetik daripada NHK, mereka masih tidak dapat menerima kematian anak mereka walaupun sudah empat tahun berlalu.

Kredit: Japan Times

Pihak NHK turut mengakui bahawa, kes ini bukanlah masalah individu tetapi datang daripada kelemahan pihak organisasi, sistem buruh, dan bagaimana sepatutnya liputan pilihan raya dibuat.

Kes ini bukanlah kes pertama yang berlaku di Jepun. Pada tahun 2015, seorang pekerja sebuah syarikat pengiklanan terkemuka Dentsu Inc, Matsuri Takahasi,24, ditemui mati kerana bunuh diri.

Isu ini menjadi hangat kerana membuktikan rakyat Jepun perlu berhadapan dengan tekanan kerja yang berlebihan dan pihak kerajaan digesa untuk memperbaiki keadaan bekerja untuk rakyatnya.

Kini, kerajaan Jepun sudah menjalankan sebuah kempen yang menggesa para pekerja pulang ke rumah awal jam tiga petang setiap hari Jumaat minggu terakhir untuk meredakan tekanan bekerja.

Era Baru

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BERITA
Tak Dapat Kawal ‘KESEDAPAN’ Ketika Berjimak, Ini Apa Yang Isteri Buat Sehingga Telur Suami Hampir Putus.

SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada salah satu testikal miliknya dalam satu kejadian di bandar Taichung, Taiwan, baru-baru ini. Memetik sumber, mangsa yang dikenali sebagai Wang itu dilaporkan kehilangan testikel pada bahagian kanan akibat digigit hingga putus oleh isterinya, Hsieh ketika mereka sedang ‘bermadu kasih’. Menurut …

BERITA
Kejam! Wanita Cantik Diseksa Selama 6 Jam oleh Kekasihnya, Wajahnya Jadi Hancur Seperti Ini

Kirby Weegram (22), percaya bahwa dia akan mati ketika kekasihya, Jonathan Graham meninju, menendang dan memukulnya dengan sepotong kayu secafa brutal, di apartemennya selama 6 jam. Wanita itu telah berbicara setelah Graham dijatuhkan hukuman 21 bulan penjara. Dia mengakui penyerangan yang dilakukannya dapat membunuh pacarnya. Jonathan Graham Jonathan juga mencekik …

BERITA
Tiba-Tiba Terdengar Anak Perempuan Menangis Dengan Kuat. Lihat Lelaki Pegang Tangan Anak.

Seorang lelaki warga Rohingya ditahan kerana dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, lapor China Press. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang semalam di sebuah pasar malam di Kuala Kangsar, Perak, ibu mangsa sedang sibuk berniaga sayur-sayurannya. Tiba-tiba terdengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat di …