Pasangan Suami Isteri Diburu! Sembur Cecair Ke Muka Penguatkuasa Kerana Tak Puas Hati Tayar Dikunci.

BERITA

SERDANG: Seorang lelaki bertindak menyembur cecair ke muka anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kerana tidak berpuas hati apabila tayar keretanya dikunci, di hadapan sebuah restoran di Bandar Puteri Puchong, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari, ketika anggota penguat kuasa itu sedang menjalankan operasi kunci tayar di lokasi berkenaan sebelum mendapati sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih diparkir bukan di tempat letak kereta.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, berkata kesalahan itu menyebabkan anggota berkenaan dan rakannya mengunci tayar kereta terbabit.

Image result for kunci tayar
Gambar Hiasan

“Tiba-tiba sepasang suami isteri datang memarahi anggota terbabit dan bertindak agresif.

“Si suami kemudian menyembur sejenis cecair yang tidak diketahui ke muka anggota sebelum melarikan diri bersama isterinya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Megat Mohamad Aminuddin berkata, akibat kejadian penguatkuasa itu mengalami pedih pada bahagian mata selain penglihatannya kabur.

Katanya, polis kini sedang mengesan pasangan terbabit dan meminta mereka segera menyerah diri.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324/353 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut mengenainya sedang dijalankan.

 

Sumber: BH

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BERITA
Tak Dapat Kawal ‘KESEDAPAN’ Ketika Berjimak, Ini Apa Yang Isteri Buat Sehingga Telur Suami Hampir Putus.

SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada salah satu testikal miliknya dalam satu kejadian di bandar Taichung, Taiwan, baru-baru ini. Memetik sumber, mangsa yang dikenali sebagai Wang itu dilaporkan kehilangan testikel pada bahagian kanan akibat digigit hingga putus oleh isterinya, Hsieh ketika mereka sedang ‘bermadu kasih’. Menurut …

BERITA
Kejam! Wanita Cantik Diseksa Selama 6 Jam oleh Kekasihnya, Wajahnya Jadi Hancur Seperti Ini

Kirby Weegram (22), percaya bahwa dia akan mati ketika kekasihya, Jonathan Graham meninju, menendang dan memukulnya dengan sepotong kayu secafa brutal, di apartemennya selama 6 jam. Wanita itu telah berbicara setelah Graham dijatuhkan hukuman 21 bulan penjara. Dia mengakui penyerangan yang dilakukannya dapat membunuh pacarnya. Jonathan Graham Jonathan juga mencekik …

BERITA
Tiba-Tiba Terdengar Anak Perempuan Menangis Dengan Kuat. Lihat Lelaki Pegang Tangan Anak.

Seorang lelaki warga Rohingya ditahan kerana dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, lapor China Press. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang semalam di sebuah pasar malam di Kuala Kangsar, Perak, ibu mangsa sedang sibuk berniaga sayur-sayurannya. Tiba-tiba terdengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat di …