Pelajar Perempuan Ni Sanggup Tikam Perut Bayinya Sehingga Usus Terburai Kerana Enggan Menahan Malu.

LUAR NEGARA

INDONESIA – Seorang bayi perempuan yang baru saja dilahirkan ditemui dalam keadaan cedera parah di depan pintu bilik mandi, dipercayai cuba dibunuh oleh ibunya sendiri, lapor Warta Ekspres.

Dalam kejadian pada Sabtu 28 Oktober lalu, Fitrianti Wibowo, 20, seorang pelajar perguruan di Universiti Muhammadiyah Purwokerto (UMP), didakwa cuba membunuh darah dagingnya sendiri dengan sebilah gunting sebaik saja bayi itu dilahirkan di rumah tumpangan.

Difahamkan, bayi itu adalah hasil hubungannya bersama teman lelaki.

Oleh kerana tidak mahu menanggung malu dan ingin menyembunyikan kelahiran bayi itu, Fitrianti mengambil keputusan untuk membunuhnya dengan menikam mangsa menggunakan gunting di bahagian tepi perut sehingga terkeluar usus, selain punggung dan dada mangsa dicakar dengan kuku.

Bagaimanapun tindakan Fitrianti terbongkar apabila salah seorang jirannya, Dian, terdengar suara tangisan mangsa sekitar jam 12.15 pagi yang datang dari rumah Fitriani.

Menurut penjaga rumah tumpangan itu, Pujiati berkata, ketika kejadian dia dan suaminya sedang tidur sebelum didatangi oleh Dian yang mengadu terdengar suara tangisan bayi di rumah Fitrianti.

Bertindak di atas aduan itu, Pujiati dan suami terus pergi ke rumah Fitrianti untuk memeriksa dan terkejut apabila mendapati bayi perempuan yang baru dilahirkan cedera parah.

“Saya ketuk dan suami membuka pintu. Saya, suami dan beberapa penghuni yang lain masuk dan terkejut apabila mendapati sekujur tubuh kecil berada di depan bilik mandi dalam keadaan berdarah, sementara ibunya berada di dalam bilik mandi,” katanya.

 

 

 

Bimbang melihat keadaan bayi dan ibunya, pasangan itu kemudian membawa dua beranak itu ke pusat perubatan sebelum membuat laporan polis di balai.

Mangsa kini dibawah jagaan pihak Hospital Umum Magoro Soekarjo dan akan dirawat kerana mengalami luka yang serius di bahagian pinggang sehingga ususnya terburai, selain punggungnya cedera dicakar oleh ibunya.

Sementara itu, ibunya, Fitrianti disahkan meninggal dunia semasa menjalani rawatan.

Sumber: Thereporter

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BERITA
Tak Dapat Kawal ‘KESEDAPAN’ Ketika Berjimak, Ini Apa Yang Isteri Buat Sehingga Telur Suami Hampir Putus.

SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada salah satu testikal miliknya dalam satu kejadian di bandar Taichung, Taiwan, baru-baru ini. Memetik sumber, mangsa yang dikenali sebagai Wang itu dilaporkan kehilangan testikel pada bahagian kanan akibat digigit hingga putus oleh isterinya, Hsieh ketika mereka sedang ‘bermadu kasih’. Menurut …

BERITA
Kejam! Wanita Cantik Diseksa Selama 6 Jam oleh Kekasihnya, Wajahnya Jadi Hancur Seperti Ini

Kirby Weegram (22), percaya bahwa dia akan mati ketika kekasihya, Jonathan Graham meninju, menendang dan memukulnya dengan sepotong kayu secafa brutal, di apartemennya selama 6 jam. Wanita itu telah berbicara setelah Graham dijatuhkan hukuman 21 bulan penjara. Dia mengakui penyerangan yang dilakukannya dapat membunuh pacarnya. Jonathan Graham Jonathan juga mencekik …

BERITA
Lelaki Ini Berani Mati Menembak Doktor Yang Menyambut Isterinya Melahirkan Bayi.. Punca Sebenar Adalah Sangat Mengejutkan!!

RIYADH – Seorang lelaki ditahan selepas menembak seorang doktor pakar obstetrik lelaki, dipercayai tidak berpuas hati kerana doktor itu telah menyambut kelahiran anaknya di mana tugas itu sepatutnya dilakukan oleh doktor pakar ginekologi wanita. Doktor Muhannad Al Zabn, berasal dari Jordan itu telah menyambut kelahiran bayi pasangan berkenaan sebulan yang …