Kerja Gila!! Boleh Betul-Betul Mati [METROTV]

BERITA

“ITU kerja gila kerana tindakan itu boleh bawa maut atau remaja berkenaan mendapat serangan strok,” kata Timbalan Ketua Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora.

Beliau mengulas aksi video ‘mati 5 saat tekan dada’ dilakukan tiga remaja yang tular di media sosial hari ini dan menyifatkannya sebagai gurauan yang keterlaluan kerana boleh membawa maut.

Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan seorang remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah menengah melakukan aksi menekan dada rakan sebayanya yang berdiri dan bersandar dinding.

Seorang lagi remaja lelaki lain kemudian turut menolak belakang badan rakannya bagi memberi kesan tolakan lebih kuat pada dada remaja yang sedang bersandar.

Selepas beberapa saat, remaja yang bersandar itu tiba-tiba rebah menyebabkan dua rakannya itu panik seketika sebelum ketiga-tiganya ketawa apabila remaja pertama tersedar daripada ‘kematian’.

Mengulas lanjut, Mohd Taib berkata, remaja berkenaan boleh maut sekiranya oksigen tidak sampai ke otaknya selama tujuh saat.

“Bagi saya ia tindakan yang bodoh kerana selain boleh mengakibatkan kematian, serangan strok juga boleh berlaku menyebabkan remaja terbabit lumpuh.

“Apabila dada kita ditekan, ia menghentikan fungsi jantung yang menghantar oksigen ke otak seterusnya menyebabkan kematian,” katanya.

 

Sumber

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BERITA
Tak Dapat Kawal ‘KESEDAPAN’ Ketika Berjimak, Ini Apa Yang Isteri Buat Sehingga Telur Suami Hampir Putus.

SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada salah satu testikal miliknya dalam satu kejadian di bandar Taichung, Taiwan, baru-baru ini. Memetik sumber, mangsa yang dikenali sebagai Wang itu dilaporkan kehilangan testikel pada bahagian kanan akibat digigit hingga putus oleh isterinya, Hsieh ketika mereka sedang ‘bermadu kasih’. Menurut …

BERITA
Kejam! Wanita Cantik Diseksa Selama 6 Jam oleh Kekasihnya, Wajahnya Jadi Hancur Seperti Ini

Kirby Weegram (22), percaya bahwa dia akan mati ketika kekasihya, Jonathan Graham meninju, menendang dan memukulnya dengan sepotong kayu secafa brutal, di apartemennya selama 6 jam. Wanita itu telah berbicara setelah Graham dijatuhkan hukuman 21 bulan penjara. Dia mengakui penyerangan yang dilakukannya dapat membunuh pacarnya. Jonathan Graham Jonathan juga mencekik …

BERITA
Tiba-Tiba Terdengar Anak Perempuan Menangis Dengan Kuat. Lihat Lelaki Pegang Tangan Anak.

Seorang lelaki warga Rohingya ditahan kerana dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, lapor China Press. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang semalam di sebuah pasar malam di Kuala Kangsar, Perak, ibu mangsa sedang sibuk berniaga sayur-sayurannya. Tiba-tiba terdengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat di …