GEMPAR! Ini Punca Sebenar Kematian Dua anggota TLDM…AMAT MENGEJUTKAN!

BERITA

IPOH: Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan di sini, Jumaat lalu dipercayai didera, kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee.

Beliau berkata berikutan itu polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai kes bunuh berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

“Bedah siasat yang dilakukan ke atas kedua-dua mereka mendapati berlakunya kes penderaan yang mendatangkan kecederaan. Daripada penemuan ini, siasatan diklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Gan berkata bedah siasat yang dilakukan ke atas Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, mulai 3.30 petang hingga 7 malam, malam tadi, mendapati kematiannya disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

“Bedah siasat ke atas Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26, mulai 9 malam hingga 11.30 malam mendapati dia meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut,” katanya.

Gan berkata susulan itu, polis telah menangkap tiga lelaki berumur 29 hingga 44 tahun kira-kira 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan.

“Ketiga-tiga suspek ini bertugas bagi syif Jumaat (29 Sept) pukul 10 pagi hingga 11 malam. Penahanan reman kesemua suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Seri Manjung,” katanya.

Gan berkata polis turut merakam percakapan lapan tahanan yang ada di lokasi dan 11 pengawal bilik tahanan yang bertugas di tempat kejadian.

“Selain itu, polis merampas set CCTV, tujuh T baton, sebuah buku log bertugas, buku log SOP (perintah tetap bilik tahanan Unit Sungai Wangi) dan beberapa telefon bimbit pelbagai jenama,” katanya.

TLDM dalam kenyataannya semalam, menyatakan Nik Muhammad Baihaqy dan Muhammad Lailal Tuiman meninggal dunia di bilik tahanan itu ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan semalam.

Ketika menjalani latihan itu, kedua-dua anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang. – BERNAMA

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BERITA
Tak Dapat Kawal ‘KESEDAPAN’ Ketika Berjimak, Ini Apa Yang Isteri Buat Sehingga Telur Suami Hampir Putus.

SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada salah satu testikal miliknya dalam satu kejadian di bandar Taichung, Taiwan, baru-baru ini. Memetik sumber, mangsa yang dikenali sebagai Wang itu dilaporkan kehilangan testikel pada bahagian kanan akibat digigit hingga putus oleh isterinya, Hsieh ketika mereka sedang ‘bermadu kasih’. Menurut …

BERITA
Kejam! Wanita Cantik Diseksa Selama 6 Jam oleh Kekasihnya, Wajahnya Jadi Hancur Seperti Ini

Kirby Weegram (22), percaya bahwa dia akan mati ketika kekasihya, Jonathan Graham meninju, menendang dan memukulnya dengan sepotong kayu secafa brutal, di apartemennya selama 6 jam. Wanita itu telah berbicara setelah Graham dijatuhkan hukuman 21 bulan penjara. Dia mengakui penyerangan yang dilakukannya dapat membunuh pacarnya. Jonathan Graham Jonathan juga mencekik …

BERITA
Tiba-Tiba Terdengar Anak Perempuan Menangis Dengan Kuat. Lihat Lelaki Pegang Tangan Anak.

Seorang lelaki warga Rohingya ditahan kerana dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, lapor China Press. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang semalam di sebuah pasar malam di Kuala Kangsar, Perak, ibu mangsa sedang sibuk berniaga sayur-sayurannya. Tiba-tiba terdengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat di …