Bunuh Budak Elak Bayar Pampasan!

BERITA

Beijing: Seorang pemandu didakwa membunuh seorang budak perempuan yang dilanggarnya untuk mengelak membayar pampasan kepada keluarga mangsa.

Media tempatan melaporkan, mangsa bernama Tao, sembilan tahun, dilaporkan hilang dari kampungnya di wilayah Hubei pada 25 November lalu sebelum mayatnya ditemui dalam belukar berhampiran tempat tinggalnya.

Saksi memberitahu ayah mangsa, dia melihat seorang lelaki memasukkan seorang budak perempuan ke dalam keretanya sebelum memandu dari situ sekitar waktu tengah hari.

Saksi terbabit sempat mengambil butiran kereta berkenaan yang diserahkan kepada polis. Suspek bernama He ditangkap pada 27 November lalu mengaku membunuh mangsa, lapor akhbar Hebei Daily.

He mengaku terlanggar mangsa ketika memandu melalui kampung itu dan takut perlu membayar kos perubatan yang tinggi. Disebabkan itu, dia melarikan mangsa sebelum membawanya ke sebuah ladang dan membunuh serta membuang mayatnya.

Polis masih menyiasat kes itu.

Mengikut undang-undang China, pemandu yang mencederakan atau membunuh orang dalam nahas jalan raya mesti membayar pampasan. Begitu juga mereka yang didapati bersalah membunuh.

Jumlah pampasan boleh dirunding dengan keluarga mangsa atau ditetapkan hakim. Kes mengakibatkan kematian hanya memerlukan satu bayaran pampasan, namun kejadian membabitkan kecederaan serius mungkin menyebabkan pelakunya terpaksa membuat bayaran berterusan sepanjang hayatnya.

 

Sumber: hmetro

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BERITA
Tak Dapat Kawal ‘KESEDAPAN’ Ketika Berjimak, Ini Apa Yang Isteri Buat Sehingga Telur Suami Hampir Putus.

SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada salah satu testikal miliknya dalam satu kejadian di bandar Taichung, Taiwan, baru-baru ini. Memetik sumber, mangsa yang dikenali sebagai Wang itu dilaporkan kehilangan testikel pada bahagian kanan akibat digigit hingga putus oleh isterinya, Hsieh ketika mereka sedang ‘bermadu kasih’. Menurut …

BERITA
Kejam! Wanita Cantik Diseksa Selama 6 Jam oleh Kekasihnya, Wajahnya Jadi Hancur Seperti Ini

Kirby Weegram (22), percaya bahwa dia akan mati ketika kekasihya, Jonathan Graham meninju, menendang dan memukulnya dengan sepotong kayu secafa brutal, di apartemennya selama 6 jam. Wanita itu telah berbicara setelah Graham dijatuhkan hukuman 21 bulan penjara. Dia mengakui penyerangan yang dilakukannya dapat membunuh pacarnya. Jonathan Graham Jonathan juga mencekik …

BERITA
Tiba-Tiba Terdengar Anak Perempuan Menangis Dengan Kuat. Lihat Lelaki Pegang Tangan Anak.

Seorang lelaki warga Rohingya ditahan kerana dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, lapor China Press. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang semalam di sebuah pasar malam di Kuala Kangsar, Perak, ibu mangsa sedang sibuk berniaga sayur-sayurannya. Tiba-tiba terdengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat di …