Bajet 2018: RM200 Saham Bayi Baru Lahir, 90 Hari Cuti Bersalin Swasta

BERITA

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita gembira buat ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata bermula 1 Januari depan hingga 2022 pada pembentangan Bajet 2018.

Katanya, setiap anak Malaysia yang dilahirkan dalam tarikh tersebut akan dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 dalam bentuk unit Amanah Saham.

“Skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia (Adam) 20150 atau Adam50,” ujarnya.

Selain itu, peruntukan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan yang diumumkan bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM2.2 bilion.

Peruntukan biasiswa yang disediakan oleh kerajaan sejak 2009 hingga kini dianggarkan bernilai RM44 bilion.

Malahan, lebih menarik lagi apabila wanita pekerja swasta yang bersalin mendapat cuti mandatori 90 hari, sama seperti penjawat awam.

Selain itu, sebanyak 500,000 pencarum berusia 7 hingga 12 tahun bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan mendapat geran RM500 dimana ia boleh dikeluarkan apabila usia mencapai 18 tahun.

SSPN juga kini dikenali sebagai Skim Simpanan Pendidikan 1 Malaysia (SSP1M).

Sumber: Mstar Online

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BERITA
Shafee Hadapi Empat Tuduhan, Mengaku Tak Salah

Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. …

BERITA
Kenapa Anwar Pilih Port Dickson? Ini jawapan Beliau.

Selepas menimbangkan sejumlah kerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memilih untuk bertanding di Port Dickson selepas melihat betapa seriusnya anggota parlimen di situ, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, menawarkan kerusinya. Kata Anwar lagi, beliau tambah tertarik selepas Danyal menyatakan hasrat untuk kekal membantunya di kawasan parlimen itu. “Bukan beliau saja …

BERITA
Seorang Pegawai Timbalan Menteri Kantoi Rakam Bawah Skirt Wanita, Ini Tindakan Yang Dikenakan Kepadanya

Seorang staf wanita kedai cermin mata membuat laporan polis terhadap lelaki yang mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman yang didakwa merakam dari bawah skirt wanita berkenaan. Dalam sebuah klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 8 September 2018 di sebuah kedai cermin mata, seorang wanita dilihat …