Apa Manfaat Minum Arak Beramai-Ramai?

BERITA

SHAH ALAM – Penganjuran pesta arak BetterBeerFestival 2017 seolah-olah mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berimej penagih arak.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, penganjur acara berkenaan tidak melihat ia sebagai satu isu sensitif memandangkan negara ini mempunyai majoriti penduduk Islam.

“Dengan mengungkap bahawa isu keselamatan dan pematuhan semua peraturan pihak berkuasa tempatan ketika acara itu berjalan akan dipatuhi, mereka merasakan penganjuran pesta itu sepatutnya dibenarkan.

Arak
Gambar Hiasan

“Soalnya adakah Malaysia memerlukan acara seperti itu diadakan di negara ini? Apa manfaatnya acara minum arak secara beramai-ramai secara terbuka diadakan dalam bentuk pesta yang khusus untuk arak?,” soalnya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, penyokong pesta arak atas nama hak untuk minum arak dalam kalangan bukan Islam hanya berdalih dengan mendakwa hak mereka tidak boleh dihalang.

“Namun menafikan hak masyarakat untuk menolak akibat buruk dari ketagihan arak kepada kesihatan dan sosial masyarakat tidak pula diberi perhatian.

“Kini Malaysia sudah menjadi antara negara yang memiliki pengambilan arak per kapita yang tinggi. Tidak dapat dinafikan pelbagai masalah sedang dan bakal dihadapi oleh masyarakat jika ketagihan arak di negara ini menjadi fenomena dan tidak dibanteras,” katanya.

Menurutnya, keputusan pihak berkuasa tidak meluluskan acara Beer Fest tersebut adalah wajar.

“Hak orang bukan Islam di bolehkan minum arak di negara ini sering dijadikan hujah. Soalnya apakah hak masyarakat untuk mendapat perlindungan dari kerosakan yang dibawa oleh arak.

“Kami berpendirian pihak kerajaan harus konsisten dengan dasar memelihara kesihatan rakyat dan tidak tunduk kepada pihak yang ghairah dengan promosi industri arak demi meraih keuntungan besar atas kerosakan masyarakat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan terdapat banyak gerakan anti arak di seluruh dunia yang menjalankan kempen membanteras ketagihan arak.

 

Sumber

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BERITA
Tak Dapat Kawal ‘KESEDAPAN’ Ketika Berjimak, Ini Apa Yang Isteri Buat Sehingga Telur Suami Hampir Putus.

SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada salah satu testikal miliknya dalam satu kejadian di bandar Taichung, Taiwan, baru-baru ini. Memetik sumber, mangsa yang dikenali sebagai Wang itu dilaporkan kehilangan testikel pada bahagian kanan akibat digigit hingga putus oleh isterinya, Hsieh ketika mereka sedang ‘bermadu kasih’. Menurut …

BERITA
Kejam! Wanita Cantik Diseksa Selama 6 Jam oleh Kekasihnya, Wajahnya Jadi Hancur Seperti Ini

Kirby Weegram (22), percaya bahwa dia akan mati ketika kekasihya, Jonathan Graham meninju, menendang dan memukulnya dengan sepotong kayu secafa brutal, di apartemennya selama 6 jam. Wanita itu telah berbicara setelah Graham dijatuhkan hukuman 21 bulan penjara. Dia mengakui penyerangan yang dilakukannya dapat membunuh pacarnya. Jonathan Graham Jonathan juga mencekik …

BERITA
Tiba-Tiba Terdengar Anak Perempuan Menangis Dengan Kuat. Lihat Lelaki Pegang Tangan Anak.

Seorang lelaki warga Rohingya ditahan kerana dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, lapor China Press. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang semalam di sebuah pasar malam di Kuala Kangsar, Perak, ibu mangsa sedang sibuk berniaga sayur-sayurannya. Tiba-tiba terdengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat di …