Ambil Perhatian!! Emas Dalam Kawasan Rumah Adalah Milik Kerajaan – Boleh Gali Tapi Tidak Boleh Ambil!!

BERITA

 

Kuala Terengganu: Boleh gali tetapi tidak boleh ambil. Itu kata Presiden Institut Geologi Malaysia Datuk Yunus Abd Razak berhubung aktiviti menggali emas oleh penduduk Kampung Jenang, Marang di kawasan tanah berhampiran kediaman masing-masing.

 

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berkata, bahan galian seperti emas tersenarai antara mineral yang menjadi milik kerajaan walaupun berada di dalam kawasan tanah persendirian mengikut undang-undang.

 

“Pada asasnya semua sumber mineral adalah tertakluk dan menjadi hak kerajaan negeri.

Related image

“Penduduk dibenarkan menggali tanah tetapi sekiranya menemui sumber mineral antaranya emas dan timah, ia adalah milik kerajaan seperti termaktub dalam undang-undang,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

 

Menurut Yunus, penduduk terbabit bagaimanapun boleh membuat permohonan Lesen Melombong Tuan Punya untuk mencari dan menggali emas di tanah milik masing-masing.

 

“Lesen ini perlu dipohon daripada Pejabat Tanah dan Galian negeri (PTG) dan selepas memperolehnya, mereka perlu memohon lesen operasi pula daripada JMG.

 

“Pemilik tanah juga perlu mengemukakan satu skim yang mana perlu mendapatkan bantuan jurutera perlombongan berdaftar.
Image result for emas di kawan rumah kita bukan milik kita

“Skim ini secara mudahnya untuk menunjukkan keluasan, sistem pengairan dan beberapa aspek keselamatan lain yang perlu dipatuhi.

 

“Selain itu, wujud peruntukan dalam Enakmen Mineral Negeri yang memerlukan mereka membayar royalti sekitar 2.5 peratus daripada keuntungan kepada kerajaan negeri,” katanya.

 

Sehubungan itu, Yunus menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya merujuk kepada JMG untuk mendapatkan nasihat bagaimana mereka boleh meneruskan aktiviti menggali emas di tanah milik masing-masing.

 

 

“Tidak perlu terburu-buru, sebaliknya dapatkanlah nasihat daripada pakar. Mereka juga boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana syarikat yang mampu melakukan aktiviti berkenaan secara lebih berkesan dan terserah kepada persetujuan mereka mengenai nisbah pembahagian keuntungan,” katanya.

 

Kredit: HarianMetro

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BERITA
Shafee Hadapi Empat Tuduhan, Mengaku Tak Salah

Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. …

BERITA
Kenapa Anwar Pilih Port Dickson? Ini jawapan Beliau.

Selepas menimbangkan sejumlah kerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memilih untuk bertanding di Port Dickson selepas melihat betapa seriusnya anggota parlimen di situ, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, menawarkan kerusinya. Kata Anwar lagi, beliau tambah tertarik selepas Danyal menyatakan hasrat untuk kekal membantunya di kawasan parlimen itu. “Bukan beliau saja …

BERITA
Seorang Pegawai Timbalan Menteri Kantoi Rakam Bawah Skirt Wanita, Ini Tindakan Yang Dikenakan Kepadanya

Seorang staf wanita kedai cermin mata membuat laporan polis terhadap lelaki yang mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman yang didakwa merakam dari bawah skirt wanita berkenaan. Dalam sebuah klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 8 September 2018 di sebuah kedai cermin mata, seorang wanita dilihat …